Bab 39

7.4K 445 11
                                    

Areena memincingkan matanya, dahinya berpeluh. Rayyan hanya duduk di bangku sambil memandang Putera Aryan yang berlari sekeliling padang 5 pusingan. Areena menuju ke Rayyan untuk duduk di bangku dan Rayyan menghulurkan botol mineral kepada Areena.

"Lambat lagi ke?"

Areena memandang Rayyan sambil meneguk air. Dia mengelap bibir.

"Ada dua pusingan lagi selepas itu dia dah boleh masuk kelas."

"Aku kena lari lagi ke?" soal Aryan dengan suara yang keletihan.

"Dua pusingan lagi."

"Pergh, aku letihlah."

"Kisah pula aku."

Putera Aryan menjeling Areena lalu dia berlari 2 pusingan.

****

Ainna dan Irfan memandang Megat Raykarl dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Apa pandang-pandang?" marah Megat Raykarl.

"Aku suruh kau bersih tandas tau bukan mandi." ujar Ainna yang memandang Raykarl. Baju basah, rambut basah ala-ala kpop. Hensem.

Eh, masya-Allah ingat Irfan weh.

"Aku bersih tandas la ni. Habis baju aku basah." rungut Megat Raykarl.

Irfan menjeling Megat Raykarl.

Fikir comel ke?

"Kau sakit mata ke?" soal Ainna. Irfan berdehem.

"Sakit mata apa?"

"Tu hah kau jeling Raykarl. Kau sakit mata ke?" soal Ainna. Bukan dia tak tahu Irfan jeling Megat Raykarl.

"Hah kantoi." sampuk Megat Raykarl.

"Kantoi apa ni?" soal Ainna menjungkit kening.

"Ainna kau tahu tak si Irfan ni selalu jeling aku yang comel ni." ujar Megat Raykarl dengan bibir yang dicebik, suara pula dikecilkan seperti budak yang marah kerana ais krim dimakan oleh kakak.

"Iya?" soal Ainna.

"Ha'ah iya dia selalu jeling aku then pandang aku macam nak makan."

Irfan memandang Megat Raykarl. Nak je aku tumbuk dia ni.

Pertama sebab dia minta perhatian dengan crush aku.

Kedua sebab dia buat comel depan Ainna.

Ketiga dia kantoikan yang aku jeling dia.

"Kau nak mati awal ke?

"Manade. Ainna tengok dia ni." ujar Raykarl lalu sembunyi di belakang Ainna. Dengan rambut basahnya, lesung pipitnya.

Gugur iman author she's mine.

Dan bermula pergaduhan diantara Irfan yang macho dan Megat Raykarl yang comel auch.

****

"Hanis.."

Hanis yang sedang termenung memalingkan wajahnya untuk memandang Farhan. Kening dijungkit.

She's mine (C)Where stories live. Discover now