Bab 26

9.2K 565 53
                                    

Areena menjulingkan matanya apabila telinga dia terdengar suara itu. Air kotak yang dipegang oleh Rayyan dirampas. Rayyan pula dengan selambanya bangun dari kerusi Ainna dan dia duduk di kerusi miliknya yang berhadapan Areena.

"Ala, kita masuk lewat la Ikha." Rungut Batrisya kepada Hanis. Tangan kanan Hanis mencabut sebelah earphone lalu dia menjungkit kening ke arah Batrisya.

"What ever.." Ujar Hanis dan dia menghampiri meja miliknya. Malas dia nak melayan perangai Batrisya yang drama queen itu.

"Reen lagi sekali aku nampak. Aku kata dekat Ainna." Ugut Batrisya walaupun itu hanyalah satu lawak hambar yang dibuat olehnya.

"I don't care Isya dan sekejap mana Ainna?" Soal Areena apabila mata Areena melilau mencari kelibat Ainna tetapi tiada. Batrisya yang duduk disebelah Hanis itu memandang Areena.

"Library,"

"Korang tak teman dia ke?"

"Tak, sebab kitaorang lapar." Areena menganggukkan kepalanya. Novel yang berada di depannya di capai lalu dia memyambung baca novel yang tergendala itu.

Rayyan hanya melihat saja isterinya yang khusyuk membaca novel. Selepas itu, matanya memandang jam yang berada di tangan. Masa rehat tinggal 10 minit lagi.

Bunyi ketukan pintu membuatkan kepala Rayyan berpaling melihat siapakah gerangan itu.

"Rayyan, awal kau masuk. Mana Irfan?" Soal Farhan sambil menyedut air kotak.

"Entah, bukan ke dia dengan kau?"

"Memanglah dengan aku tapi aku suruh dia tunggu aku sekejap. Bila aku datang balik dia dah hilang. Aku ingatkan dia dengan kau." Ujar Farhan panjang lebar dan air kotak yang sudah kosong itu dibuang ke dalam tong sampah yang berhampiran dengannya.

****

"Kau dah siap ke belum lukis?" Soal Irfan sambil melihat Ainna yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan lukisan bunga ros.

"Sikit lagi.."

"Okey, kalau dah siap bagitahu tau." Pesan Irfan.

"Done.." Ujar Ainna manakala pensel yang berada di jarinya itu disimpan. Jari yang membengkak kerana melukis itu diusap. Irfan yang tersedar akan perbuatan Ainna terus menghulur minyak yang berada di dalam poketnya itu.

"Nahhh," Ujar Irfan. Ainna melihat huluran Irfan, pelik. Poket Irfan tu poket doraemon ke? Semua benda ada.

Ainna mengambil huluran Irfan lalu dia menguntumkan senyuman manis. Irfan yang melihat senyuman Ainna terus berpaling ke arah lain.

Jantung dia tak sah kalau tak buat perangai.

Ainna mengerutkan dahinya. Pelik akan kelakuan Irfan, tadi bukan main dia buat ayat manis. Ni aku bagi senyuman dia paling pula.

"Kau dah kenapa?" Soal Ainna kepada Irfan yang tengah mengusap dada. Dia sakit dada ke?

"Tak ada apa-apa pun. Ni jom la masuk kelas 5 minit lagi masa rehat nak habis." Ujar Irfan menukar topik. Ainna menganggukan kepalanya malas nak berfikir dia terus mengemas alat melukisnya.

Mereka berdua melangkah ke arah tangga untuk turun. Entah apa yang salah apabila kaki Ainna yang baru ingin turun itu tersandung. Lalu Ainna menutup mata dengan rapat apabila dia merasa dirinya seperti ingin jatuh. Masa itu dia sudah reda kalau dia dimalukan disebabkan jatuh di sisi crush dia iaitu Irfan.

She's mine (C)Where stories live. Discover now