Bab 60

7.1K 488 253
                                    

Ayna tak nak cakap banyak. Cukuplah comment dan vote hiks.
Kalau boleh nak lebih 100. Boleh tak?

Lepastu ayna nak ucapkan selamat hari raya untuk kesayangan ayna yang membaca cerita sendu ini. Maafkan seketul ayna sebab update lambat dan maafkan seketul ayna kalau cerita ni tak best. Saya hanya manusia biasa. Sowwy.

****

Areena membaringkan tubuhnya di atas rumput yang hijau itu. Fikirannya terlayang tentang semalam. Kemesraan mereka berdua cukup membuatkan hati Areena sesak dan pedih.

Lilly Aqasya.

Siapa dia?

Areena mengeluh, lengannya direhatkan di dahi. Cahaya mentari sudah ditutupi dengan awan tebal. Matanya dipejam perlahan-lahan untuk mengosongkan jiwa yang kacau-bilau.

Penat.

Dia penat untuk tidak cemburu. Dia penat untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi disebabkan tidak mahu memanjangkan masalah, dia sanggup abaikan hatinya yang semakin lama semakin sakit. Kekadang dia benci dengan diri sendiri.

Tidak cukup lagikah kasih sayang yang telah ditaburkan daripada Rayyan?

Jari Areena mengurut pelipis, pening memikirkan masalah yang menjadi tanda tanya di hati.

"Mungkin kau kena bersangka baik." Mata yang dipejam itu dibuka perlahan-lahan. Tangannya diangkat. Awan yang terbentuk indah itu diukir mengguna jari runcingnya.

"Selagi hati ini mencintai Rayyan, selagi itulah kau kena bertahan, Areena." Ralit jarinya mengukir awan, bibirnya pula meluahkan kata-kata dari hati yang lama dipendam. Tanpa dia sedar, Rayyan sudah menuju ke arahnya.

Rayyan membaringkan badannya di atas rumput bersebelahaan Areena. Tangan kanan Areena digenggam. Jari mereka bersatu antara satu sama lain.

"Kau memang suka baring dekat sini eh?" Soal Rayyan. Ini kali kedua Areena baring di belakang halaman rumah. Entah apa yang bestnya.

"Hurm, aku rasa tenang bila tengok awan. Cantik bukan ciptaan tuhan ni?" Ujar Areena perlahan. Senyuman nipis diukir. Rayyan memusing kepalanya menghadap Areena.

"Tapi." Tangan Areena itu digenggam erat.

"Indah lagi ciptaan tuhan yang berada di sebelah aku." Ujar Rayyan. Areena sudah menyimpankan senyumannya.

Dia suka dirinya dimanja begini.

"Lawak."

"Aku tak buat lawaklah. Eh jap you are blushing." Rayyan gelak apabila matanya memandang pipi Areena yang sudah kemerah-merahan. Cukup jelas bahawa Areena blushing.

"Eee, janganlah gelak. Tak baik." Tegur Areena. Pipinya terasa kebas akibat kerap tersenyum. Bila bersama dengan Rayyan, masalah yang dihadapi pasti hilang dibawa angin.

Itu yang istimewanya apabila dirinya bersama Rayyan.

    Rayyan menjeling Areena sekilas, dia bahagia apabila melihat senyuman terukir di bibir isterinya.

She's mine (C)Where stories live. Discover now