Bab 41

8K 484 28
                                    

   Areena dan Ainna menuju ke perpustakaan tingkat atas. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Wajah Areena yang murung di pandang oleh Ainna. Ada masalahkah dia?

  "Reen, kau ada masalah ke?" soal Ainna sambil menongkat dagu memandang Areena yang murung itu. Wajahnya pucat tanpa senyuman. Dah 5 hari dia lihat hubungan Rayyan dan Areena.

  "Reen,"

  "Ha ya?" soal Areena sambil memandang Ainna. Matanya terkebil-kebil. Tu la Areena asyik mengelamun aje.

  "Kau ada masalah ke?"

  "Tak adalah." ujar Areena sambil matanya memandang bunga ros yang berada di situ.

  Cantik.

  Ainna mengeluh perlahan.

  "Cuba bagitahu apa masalah kau dengan Rayyan? aku akan dengar dan bagi nasihat." Ainna membetulkan tempat duduknya supaya selesa. Matanya memandang mata Areena.

   Areena menyandar lalu mengeluh. Dia menutup matanya lama. Perasan sebak di dada semakin tebal.

  "Aku cuma rasa yang Rayyan tak sayangkan aku. Aku yang beria sayangkan dia." ujar Areena sekian dia mendiamkan diri.

   Ainna menarik nafas. Tangannya mengenggam tangan Areena.

   "Siapa kata?"

   "Aku."

   Ainna tersenyum nipis. Susah juga bila jadi doktor cinta untuk kawan sendiri.

   "Apa yang membuatkan kau rasa macam tu?"

  "Aku tengok dia tak beria pun. Aku harap dia beria tau pujuk aku ke apa ke atau bagitahu kalimah cinta."

   "Areena.."

   "Tak semua orang yang tunjuk sayang dia dengan menggunakan beria, pujuk atau kalimah cinta tau. Mungkin Rayyan tu lain cuma kau je tak nampak."

   "Dan.. aku nak nasihatkan kau walaupun Rayyan tu lelaki tak bermakna dia patut sayangkan kau lebih dan kau tak."

    Ainna menarik nafas lagi sebelum menyambung ayatnya.

   "Dan bukan ke lebih elok kalau kau dengan dia saling sayang menyayangi? bukan dia sahaja yang sayangkan kau."

   Areena diam membisu. Ainna berdehem.

   "Kau baca dekat twitter ke?"

   "Hm."

••
  "Jangan terlalu sayangkan lelaki. Biar dia sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia."
••

    "Zaman sekarang lelaki sayangkan perempuan lebih tau tapi ditinggalkan untuk orang ketiga. Reen kau kena tahu walau macam mana sekali pun Rayyan tak pernah tunjuk yang betapa dia sayangkan kau sangat. Kau tak boleh nak kata yang dia tak sayangkan kau. Mungkin dia lebih sayangkan kau sampai sanggup korban nyawa untuk kau. Mungkin dia ada alasan tersendiri."

   Ainna mengenggam tangan Areena kemas.

   "So kau dengar sini. Walau macam mana sekalipun kau gaduh dengan Rayyan ke apa. Janji dengan aku Reen. Jangan sesekali kau minta cerai. Jangan." tegas Ainna berkata manakala Areena hanya mendiamkan diri.

   Perkataan Ainna bagaikan pisau yang menusuk di jiwanya. Betapa tajamnya sampai jiwanya terasa sakit. Sakit yang tak boleh dikatakan.

   Sakit disebabkan cinta.

   Areena tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya.

She's mine (C)Where stories live. Discover now