Bab 22

9.8K 628 63
                                    

Suasana pagi yang tenang kini berubah kepada pekikan suara Areena serta kuali yang dipukul olehnya menggunakan senduk. Manakala Areena memukul kuali itu berdekatan dengan telinga Rayyan. Rayyan yang lena terbuai mimpi kini mencelikkan matanya lalu memandang Areena yang bersebelahan dirinya.

Senduk yang dipegang oleh Areena dirampas lalu dipukul ke atas kepala Areena.

"Aduh, sakitlah." omel Areena sambil tangannya mengusap kepalanya.

"Yang kau pagi-pagi memekak ni kenapa?"

"Hari ni sekolah kan? Rayyan menjulingkan mata. Aku tak nyanyuk lagi la. Buat-buat lupa.

"Aku tahulah tapi tak perlu la pukul dengan kuali bingit tahu tak?"

"Tak tahu," Kaki Areena bergerak ke bilik pakaian sempat dia menyuruh Rayyan supaya mandi.

Selesai mereka memakai uniform sekolah. Areena mengambil lipbalm lalu dipakai ke bibirnya manakala bedak bayi di sapu ke muka.

"Pergi sekolah pun makeup ke?" Areena menjeling Rayyan. Lipbalm diletakkan ke dalam bekasnya.

"Ni cuma asas je lainlah aku pakai foundation 5 inci." Tangannya mencapai Iphone yang sedang dicas. Lalu diletakkan ke dalam poket uniform. Rayyan mengangguk kepala serta mulutnya berbentuk "O".

"Jom turun, sarapan." ujar Areena. Suis lampu ditutup apabila Rayyan sudah berada di hadapannya. Pintu bilik ditutup rapat lalu mereka berdua memasuki lif.

"Good morning Pa, Ma." serentak mereka berkata lalu menjeling antara satu sama lain.

"Good morning too." jawab Papa dan Mama serentak. Rayyan dan Areena duduk bersebelahan. Pinggan di ambil lalu Areena menyenduk nasi goreng untuk Rayyan. Air teh jugak dituang ke dalam gelas.

Suapan nasi dikunyah dengan perlahan manakala matanya mencari kelibat adik kembar mereka.

"Ashraf dan Ashrif mana?"

"Dia awal-awal dah pergi. Ada urusan katanya." Areena mengangguk kepalanya lalu tangan runcingnya mengambil air teh untuk dihirup.

"Reen dan Rayyan pergi sekali ke?" soal Papa manakala Areena dan Rayyan mengelengkan kepala. Tisu di ambil oleh Rayyan untuk mengelap mulutnya yang comot disebabkan sisa makanan.

"Kitaorang pergi asing-asing pa," senyuman diukir buat Papa. Papa menganggukkan kepalanya. Selepas selesai sarapan dan bersalaman dengan papa dan mama. Mereka keluar bersama-sama untuk ke garaj kereta. Enjin dibuka untuk memanaskan kereta. Sempat di melihat jam di tangannya sekilas.

"Jom lawan siapa sampai sekolah dulu dia belanja makan masa rehat," cadang Rayyan manakala Areena menjungkitkan kening sambil bibirnya tersenyum sinis.

"Okey," pintu kereta dibuka lalu Areena menekan pedal minyak dengan sedikit kuat.

Jalan raya yang hening bertukar kepada bingit akibat bunyi enjin dua buah kenderaan yang sedang berlumba. Kereta Lamborghini Aventador memintas kereta Audi R8 apabila sampai disekolah bunyi enjin dua kereta itu menjadi perhatian para pelajar Empire High School.

Vroom, Vroom

Kini kereta Audi R8 mendahului kereta Lamborghini Aventador. Areena keluar dari kereta lalu senyuman sinis terlakar di wajahnya manakala Rayyan yang lambat 2 minit menayangkan wajah cemberutnya.

"Loser." perli Areena sambil tangannya merosakkan rambut Rayyan yang kemas. Rayyan menepis tangan Areena.

"Aku bagi peluang je tu, kau kan isteri aku."

She's mine (C)Where stories live. Discover now