Bab 67

9.6K 504 164
                                    

Terus buka lagu di atas tauu. Insha-Allah bab ni tumpah gula.

Why not?

****

  Wajah Areena terasa membahang, dia memandang ke arah lain. Rayyan tersenyum sebelum tangannya mengambil bakul rotan. Areena mengerutkan dahinya. Tiga kuntum bunga ros itu dipegang erat kekadang bunga itu dihidu.

"Nak buat apa?"

Rayyan memandang Areena, senyuman manis diberi kepada Areena. Wajah Areena terasa membahang apabila melihat senyuman Rayyan. Rayyan melihat jari Areena lalu digenggam kemas. Jari Areena tenggelam dalam genggaman Rayyan.

    "Harini kita kan nak luangkan masa sama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    "Harini kita kan nak luangkan masa sama-sama." Ujar Rayyan lembut. Areena mengembungkan pipinya. Dia memandang suasana pantai yang riuh dengan keluarga dan pasangan bercinta. Di pantai ini mereka menyediakan lampu untuk mengelakkan melakukan maksiat. Jadi pantai ini sangat cerah berderang campur juga sinaran cahaya bintang dan bulan yang menemani mereka berdua.

   Mereka berhenti di pasir yang kering itu, dalam beberapa meter dihadapan mereka ada air pantai. Rayyan menunduk, dia membuka bakul rotan. Tikar getah dikeluarkan lalu dia letak di atas pasir pantai. Areena hanya mampu ternganga kecil.

   "Awak yang buat semua ni?"

   "Ya sayang, sayang kan nak tinggalkan abang 5 bulan. Jadinya malam ni abang nak luangkan masa bersama sayang." Kata-kata Rayyan mampu membuatkan Areena berdiam diri. Dia mengigit bibir. Sedikit sebanyak dia agak terasa dengan Rayyan. Kenapa nak salahkan dia?

   Rayyan yang sedang mengambil barang di dalam bakul rotan itu berkerut apabila suara Areena tidak didengari. Selalunya ada sahaja isterinya akan berceloteh atau membebel. Rayyan mengangkat kepala untuk memandang wajah Areena. Walaupun malam, matanya dapat melihat wajah Areena yang keruh. Rayyan mengetuk dahinya sebelum dia mengeleng. Lampu tidur dicapai lalu dibuka. Areena yang masih berdiri itu dipandang lalu dia menarik tangan Areena sehingga Areena jatuh terduduk di atas peha Rayyan. Rayyan memberi senyuman nakal.

    "Sayang, janganlah serius sangat. Abang okay je sayang nak tinggalkan abang. Abang tahu sayang nak ruang. Abang gurau je." Pipi gebu Areena dicium sekilas. Areena terduduk malu. Jantungnya berdegup dengan kencang. Tapak tangannya berpeluh.

   "Sayang memang nak duduk atas peha abang jeke? Tak nak bangun?" Sakat Rayyan membuatkan Areena berdiri lalu duduk di sisi Rayyan. Rayyan mengeleng lalu ketawa kecil.

   Dia gembira.

   Jari Rayyan mencapai bantal kecil lalu letak di atas tikar. Rayyan membaringkan badannya, kepalanya duduk di atas bantal kecil itu. Areena masih terkedu di sisi Rayyan. Nak suruh dia buat apa ni?

She's mine (C)Where stories live. Discover now