Bab 49

7.4K 404 15
                                    

Degupan jantung Areena berdegup dengan kencang apabila mendengar suara garau yang kembali lagi sekian lama dia menghilangkan diri dari radar. Areena menghampiri kerusi kayu yang berada di meja solek. Laci yang berbulan terkunci itu akhirnya dibuka oleh Areena. Kotak yang berhabuk kerana tidak dibuka selama bertahun-tahun akhirnya dicapai jua. Kali terakhir dia memegang kotak ini adalah semasa dia berumur 15 tahun. Bibirnya tersenyum senget.

Diri ini masih mentah

Untuk melupakan seseorang yang dicintai

Dengan sepenuh hati di masa itu.

Terbit rasa bodoh di dalam diri apabila diri ini bodoh akibat cinta monyet dahulu yang dianggap cinta sejati.

Dan sekarang..

Dia mempunyai pemilik hati dan jiwa raganya iaitu

Tengku Rayyan Ammar

Suami yang dia cintai sehingga hujung hayat. Dan dia sangat beruntung kerana dapat mencintai Rayyan sepenuh jiwa raga.

Areena membuka kotak itu perlahan-lahan kenangan 2 tahun yang lepas mula kembali di otak fikirannya. Kenangan yang selama ini dia merasai bahagia sehingga merubahkan dirinya sekarang. Dan hadirnya Rayyan sebagai cahaya kehidupan yang hadir di dalam diri Areena.

    Gambar semasa dia berumur tingkatan dua dipandang sepi. Gunting di sisi meja dicapai lalu gambar itu dipotong.

   "Aku menyesal sayang kau dulu."

    Selesai sahaja memotong, Areena meletak balik serpihan gambar ke dalam kotak itu lalu dikunci ke dalam laci. Bunyi pintu bilik dibuka oleh seseorang. Areena menoleh lalu memberi senyuman manis apabila melihat Rayyan yang baru sahaja balik dari solat tarawih di masjid.

   Kacak.

   Bibir bawah digigit, hati Areena berdegup dengan kencang apabila melihat wajah suaminya. Boleh tak Mummy bagi rahsia macam mana boleh dapat seorang anak yang hensem macam Rayyan ni?

   Aku rasa macam aku dah obses dengan suami sendiri!

   Rayyan mengerutkan dahinya apabila melihat senyuman manis bak mutiara dari Areena. Dia melambai tangannya di hadapan Areena yang masih angau itu.

   Aik.

   Rayyan mencubit pipi Areena sehingga Areena mengadu sakit. Areena memandang Rayyan yang berada di depan wajahnya. Pipinya kemerah-merahan.

    Malu.

    "Kau dah kenapa?" Soal Areena walaupun gagap.

    Rayyan tersenyum senget sebelum dahi Areena dicium sekilas. Songkok yang berada di atas kepala di buang lalu rambutnya diserabaikan.

    "Nothing. Kau yang tengok aku macam nak makan." Ujar Rayyan tanpa segan. Wajah Areena semakin merah seperti delima. Nak aje dia ambil bantal dan sembam muka dekat bantal.

    "Mana ada,"

    "Iya lah tu."

     Rayyan memasuki kamar mandi, Areena hanya memandang sahaja kelibat Rayyan menghilang sebelum dia menyembamkan wajahnya ke dalam bantal.

    "Masha-Allah malunya!"

      ****

      Areena dan Rayyan sudah bersiap sedia untuk pergi ke sekolah. Rayyan menutup suis kamar tidur dan mereka memasuki lif bersama. Areena dan Rayyan memakai kasut bersama-sama sebelum mereka berpandangan mata.

She's mine (C)Where stories live. Discover now