Bab 37

7.9K 473 24
                                    

Areena yang sudah sedar itu melihat Rayyan yang masih lena itu dipandang. Areena senyum nipis. Entah jin mana yang merasuk dia semalam. Nakal lain macam. Lengan Rayyan digerak untuk menyedarkan Rayyan.

"Rayyan, bangunlah."

Rayyan mengangkat wajahnya, dia melihat muka Areena. Rambut yang serabai itu dibaiki dan Rayyan mengosok matanya.

"Hm, kau nak apa?" soal Rayyan walaupun dia masih mamai. Areena gelak kecil lalu idea nakal muncul di fikiran.

"Euw, air liur basi dekat muka kau." ujar Areena serta dengan wajah pura-pura jijik. Rayyan mencelik matanya lalu tangannya mengelap bibir dengan kasar.

Areena gigit bibir bawah untuk menahan ketawa. Akhirnya, Areena ketawa.

"Kau tipu aku kan?" soal Rayyan setelah melihat wajah Areena yang kemerahan disebabkan gelak. Rayyan memincingkan mata hazel miliknya. Tangannya diangkat lalu ditunjal dahi Areena.

"Sakit la bangang. Suami apa kau ni?" ujar Areena lalu menjeling Rayyan. Saja nak marah biar sebenarnya tak sakit pun.

"Kau tu isteri apa yang gelakkan sang suami yang kacak ni?"

"Ya Allah, perasannya kau." ujar Areena.

"Bukan perasan tapi aku memang kacak."

Areena menjulingkan matanya, malas mahu melayan perangai kuat perasan. Telefon bimbit dicapai lalu punat tengah ditekan. Aplikasi Whatsapp dibuka, lalu dia membalas mesej yang dihantar oleh kawan-kawannya. Aplikasi Instagram juga dibuka, mesej dari peminat yang mendoakan dia sihat dibaca.

Areena senyum. Semalam dia buat story Instagram gambar tangan yang penuh dengan wayar sebab itulah ramai peminat yang mendoakan dia sihat.

"Rayyan.."

Rayyan menjungkit kening, dia memandang wajah Areena.

"Apa?"

"Bila aku discharge?" soal Areena. Rayyan menyimpan Iphone miliknya.

"Petang ni kau boleh discharge." Areena menganggukkan kepalanya berkali-kali.

****

Areena dan Rayyan berjalan bersama-sama, ramai pelajar yang memandang pelik ke mereka. Ada yang membisik, ada yang memandangnya jijik dan lain-lain. Areena hanya berjalan dengan penuh angkuh, wajahnya langsung tiada senyuman yang dapat menyerikan wajahnya.

Tapi kalau dia tak senyum pun, wajahnya tetap jelita.

Areena duduk di kerusinya, wajahnya diletakkan di atas meja. Bosan dan bosan. Itulah yang dia rasa sekarang. Rayyan yang berada di hadapan Areena menongkat dagu. Matanya hanya memandang Areena.

"Sakit lagi ke?" Areena memandang Rayyan sebelah mata.

"Kau nampak aku ni macam sakit ke?"

"Ha'ah macam pesakit hidap kanser tahap 4." ujar Rayyan tanpa tapis.

Areena mengangkat wajahnya, nak je dia tumbuk wajah Rayyan ni.

Irfan dan Ainna masuk bersama, Areena memandang mereka berdua.

Bercinta ke apa ni?

"Hai Reen."

"Hai Ainna, Isya dan Ikha tak sampai lagi ke?" soal Areena lalu Ainna mengelengkan kepalanya.

She's mine (C)Where stories live. Discover now