HOL27: Confession

Start from the beginning
                                    

Haih, apa si guruh ni menyebok dekat kelas aku.

"Qeen Wazir, i have something to talk to you" katanya sambil memeluk tubuh dengan wajahnya yang bengis.

Dengan rasa beratnya aku bangun lantas menuju ke arahnya.

"Lepas sekolah, jumpa dekat park" katanya lalu pergi sebegitu sahaja.

Dia fikir aku rajin ke nak pergi jumpa dia.

Tak ada angin, tak ada petir, tiba-tiba ada guruh.

Eh, bukan ea?

Kenapa aku panggil dia guruh? Cuz aku tak suka guruh since dia bising, samalah macam Olivia.

Jadilah seperti kilat, datang selalu berteman, tak bising tapi dangerous in silence. Auch!

×××××××××××××××××××××××

Seperti yang dijanjikan, selepas tamat je sekolah, aku terus pergi park. Aku tak janji pun sebenarnya, tapi disebabkan aku ni gentleman, so aku datang jelah.

Mana dia ni, dia yang ajak, aku pulak yang kena tunggu.

"Qeen" terkejut aku bila dia tiba-tiba muncul dekat belakang aku. Dia ni ada kuasa ajaib ke apa.

"Kau nak cakap apa dengan aku? Bagitahu cepat, aku taknak bazirkan masa dengan kau" aku memandangnya dengan dingin.

"Kenapa kau selalu ganggu hubungan aku dengan Dhir?" Olivia bertanya dalam posisi memeluk tubuhnya sendiri.

"Hubungan korang? What do you mean? Korang tak ada hubungan pun" Olivia menjulingkan matanya mendengarkan kata-kata aku.

"Kau dengar sini. Dhir tu milik aku, okay?"

"Bukan Dhir tu milik Ilahi ke?" aku membalas dengan pantas.

"Shut up!" dia meninggikan suaranya. Terbakar lah tu.

"Or kau sebenarnya ada perasaan dekat Dhir?" aku tidak membalas apa-apa.

"Kenapa diam?" dia bertanya lagi.

"You told me to shut up" aku membalas dengan selamba.

"Listen. Dhir tak suka kau, and he said it clearly. But kau tak habis-habis ganggu dia. I just want to protect my friend!" aku meninggikan sedikit suara aku.

"No, aku akan dapatkan dia tak kira apa pun yang terjadi!" Olivia memberontak.

Aku tahu berusaha untuk dapatkan sesuatu tu bagus, tapi kalau macam ni..

Pergi masuk kubur je lah.

"If only you can"

"Kau fikir kau one of the Qeens, kau boleh dapat segalanya? No way. Everybody around you is fake! Tak ada sesiapa pun yang ikhlas dengan kau sebenarnya! Dhir sudi rapat dengan kau pun sebab dia tahu dia akan dapat benefits bila dia buat macam tu!" aku secara tidak sengaja mengangkat tangan kanan aku akibat rasa terlalu marah. Kau boleh kutuk aku, but not people around me.

"Qeen!" satu suara membuatkan aku fikir yang dunia ini bakal berakhir.

Dhir muncul dengan wajah yang terkejut.

"Dhir!" Olivia terus mendapatkan Dhir.

"Dhir, tolong I. I takut. Dia cakap I retarded slut, lepastu dia cakap I murah sebab I suka you. I cuba untuk pertahankan cinta I pada you baik-baik, lepastu tiba-tiba dia nak pukul I. Nasib baik you datang selamatkan I" rengek Olivia dengan tangisan palsunya.

Aku mati kata mendengar apa yang Olivia baru sahaja katakan. Semudah ABC dia menabur fitnah tentang aku.

"Olivia, you balik dulu. I want to talk with him. Personally" Olivia hanya mengangguk lalu berlalu pergi meninggalkan aku dan Dhir. Sebelum dia pergi, dia sempat menghadiahi senyuman sinis kepada aku.

"Qeen, apa ni?" Dhir bertanya dengan wajah yang serius. Tak pernah aku tengok dia se-serius ni.

"Dhir dia-" belum sempat aku menghabiskan ayat aku, dia mencelah.

"Aku tahu yang Olivia tu menyerabutkan, and aku pun tak suka. But aku tak pernah cakap benda jijik tu dekat dia. Why?" lidah aku menjadi kelu apabila melihat Dhir dalam keadaan sebegini.

"Aku rasa jijik dengan kau bila tahu perangai sebenar kau macam ni. Patutlah tak ada orang nak berkawan dengan kau. Masalah yang timbul bukan sebab orang lain, tapi sebab diri kau sendiri!" hati aku terasa bagai ditikam berkali-kali. Sakit, sakit sangat.

"Selama ni Olivia cerita macam-macam dekat aku, aku tak percaya sebab kau kawan aku. Tapi, sekarang baru aku tahu kebenarannya" aku tak tahu apa yang diceritakan Olivia kepada Dhir, yang pastinya fitnah.

"Kenapa kau selalu sangat ah sibuk dengan life aku?"  aku hanya menunduk.

"Kenapa diam? Ha? Jawablah!"

"Sebab aku cintakan kau!"

Bulat matanya memandang aku.

"Puas hati? Jawapan tu memadai untuk kau?" akhirnya, perasaan yang selama ni aku simpan, aku pendam, disorokkan jauh dalam sudut hati aku, tidak lagi menjadi satu rahsia.
.
.
.
.
.
.
Bukan lagi rahsia.




"Jijik"

Aku memandang pandangan tajamnya yang menakutkan aku.

"Jijik"

Diulangi lagi perkataan yang sama.

Perkataan yang ringkas, tapi sangat menusuk hati aku.

Bagaikan anak panah yang diacukan tepat di hati aku. Berdarah, tanpa henti.

Air mata mula bergenang di tubir mata aku.

"Kau dengan Olivia sama je. Bezanya, kau lagi teruk. Dengan kaedah busuk kau tu, muka bertalam, jijik." tanpa aku sedari, air mata aku mengalir membasahi pipi.

"Bermula daripada sekarang, anggap kita tak pernah kenal. Jangan cuba untuk bercakap dengan aku lagi"

Aku rasa seperti dunia aku sudah hancur. Aku tak percaya orang yang aku sayang akan cakap macam ni dekat aku.

Bukan niat aku untuk mencintai dia, bukan juga niat aku untuk berpaut pada dia. Tapi, orang kata hati tak pernah salah.

Adakah semua itu hanya dusta semata-mata?

_______________________
Ayo, what do you think about this chapter? Horrible? Ala, macam tak biasa pulak.

Apa yang Olivia cerita dekat Dhir?

Kalau nak tahu tunggulah, bluek.

Okie, chiao.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now