"Awak buat apa ni?"

   "Tengok bintang dan bulan. Meh la baring sini." Ujar Rayyan menunjuk kepada lengannya. Areena mengigit bibir malu. Sebelum dia perlahan-lahan membaringkan tubuhnya lalu memeluk Rayyan. Kepala Areena berada di atas lengan sasa Rayyan. Argh rinduu!

    Wajah Areena sangat dekat dengan wajah Rayyan. Disaat Rayyan sedang melihat bintang dan bulan. Areena mencuri untuk menilik wajah suaminya. Tangan kiri Areena berada di atas dada Rayyan.

    "Puas tilik muka hensem abang?" Suara Rayyan membuatkan wajah Areena pucat. Tangan kiri Areena menutup matanya. Ya Allah, malunya.

    "Manade sayan- eh orang tengok. Perasan." Disaat tangannya menutup mata. Sempat bibir kecil miliknya melawan kata-kata Rayyan. Rayyan tersenyum kecil. Sedikit sebanyak hatinya tercuit dengan karenah Areena. Rayyan mencuit hidung Areena.

   "Eee, dia ni comel betul." Badan Rayyan bergerak menghadap Areena. Tangan kanannya memeluk pingang Areena sehingga wajah Areena tersembam di dada Rayyan. Wajah Areena sudah membahang, tak ubah seperti tomato.

   Rayyan memandang wajah Areena yang melekat di dadanya itu. Tak nak jenguk langsung suaminya yang kacak ni.

   "Sayanggg.." meleret suara Rayyan memanggil Areena. Rayyan mengemaskan pelukan. Areena pula semakin erat memeluk Rayyan. Dia tersangatlah malu. Dan kenapa malam ni Rayyan sangat manis dan sexy ehem.

   "Ya awak nak apa?" Kecil sahaja suara Areena. Rayyan sengih.

    "Sayang okay tak kita duduk macam ni?" Soal Rayyan. Mereka sedang berpelukan sekarang di bawah sinaran bintang dan bulan.

    "Saya okay kalau awak okay." Ujar Areena walaupun suaranya perlahan. Bibir Rayyan melekap di dahi Areena. Areena memejam matanya.

   "Okay. Abang okay kalau kita duduk macam ni." Ujar Rayyan. Mereka berpelukan beberapa minit. Rayyan memejamkan matanya, udara sejuk pada waktu malam membuatkan dia sedikit mengantuk. Oleh itu, Areena mengambil kesempatan untuk keluar dari pelukan Rayyan. Lengan sasa Rayyan diangkat perlahan. Areena duduk lalu kepala Rayyan diangkat dan diletakan di atas pehanya. Bantal kecil diletakan ke dalam bakul.

Areena mengusap pipi Rayyan. Bibirnya tersenyum manis. Jarinya bermain di kening Rayyan yang cantik terbentuk. Dia sangat berterima kasih kepada keluarganya kerana menjodohkan mereka berdua. Walaupun Rayyan menyakitkan hati. Cinta dia kepada Rayyan tidak pernah hilang. Cuma dia sedikit sedih sehingga fikirannya kacau. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Rayyan tetapi dia yang sakit apabila tinggalkan Rayyan. Untuk malam ini dia ingin melihat muka Rayyan puas sepuasnya dan bermain dengan muka Rayyan. Kerana dia tahu, di sekolah mesti dia tiada masa untuk melihat Rayyan walaupun meja Rayyan di hadapannya.

"Saya sayang awak tau." Areena mengusap pipi Rayyan sebelum jarinya gatal untuk bermain rambut Rayyan yang semakin panjang.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
She's mine (C)Where stories live. Discover now