4 2 | rage

1.3K 68 14
                                    

"Tengokkan mangsa dua ekor tu. Check hidup lagi ke tak."

Arahan yang singkat dari si pemanggil hanya dijawab dengan anggukan walaupun dia tahu si pemanggil tidak dapat melihatnya.

"Okay. Anything else?" soalnya.

"Tanya dua ekor tu buat apa kat Malaysia. Kalau dia kata dia cari Carla, belasah dia. Jangan sampai mati pula kau kerjakan."

"Ala, aku baru nak show off skill yang aku baru belajar. Kedekut lah kau ni," omelnya.

"Kau nak aku potong gaji kau?" ugut si pemanggil. Dia mendecit.

"Yalah. Aku tak janji."

"Woi! Kau memang nak kena-"

Tut!

Panggilan terus dimatikan. Malas nak dengar bebelan si ketua. Telefon disimpan ke dalam poket seluar. Bibirnya melorek senyuman sinis sambil melangkah ke arah keretanya yang elok terparkir.

"For the first time in my life, mangsa aku adalah seorang psikopat. Game on."

×××

"Here? Ini ke tempat yang kau nak pergi sangat sepanjang berkurung, Hazel?"

Hazel mengangguk selamba. Aiskrim yang berada di tangan digigit.

"Aku cuma nak release stress. Salah ke?"

Ray menggeleng. Rambutnya yang terjuntai itu dikuak ke belakang.

"No. Aku ingat kan kau nak pergi mana-mana tempat yang special. Rupanya, taman je?"

Soalan Ray membuatkan Hazel tersengih. Aiskrim yang berbaki sedikit sahaja lagi terus dimasukkan ke dalam mulut.

"Ray, takkan lah aku nak ajak kau pergi kelab pula nak release stress?"

Ray terus menoleh ke sisinya. Hazel yang sedang merenung tasik di hadapannya direnung tajam.

"Kau jangan jejak kaki ke sana, Zel. I warn you."

Hazel yang sedar dirinya diperhatikan oleh Ray terus saja menoleh. Matanya bersabung tenung dengan mata Ray.

"Why?"

"Ikut jelah cakap aku. Susah sangat ke?"

Hazel melepaskan tawanya.

"Dude, you sounds like a protective boyfriend," ujar Hazel.

Ray hanya mengangkat bahu. Dia masih lagi tidak melarikan pandangan.

"So what?" kata Ray selamba.

Hazel terdiam seketika. Wajah Ray yang tegang itu dipandang sebelum dia berdeham, cuba untuk menghilangkan rasa janggal yang hadir.

"I'm just kidding, Ray."

"I didn't take it as a joke, Hazel."

Hazel diam lagi. Aku rasa dia salah cakap ni.

"Ray, I mean- the club. I wouldn't go there. I'll never go there," kata Hazel, cuba menerangkan keadaan yang disalah tafsir oleh Ray.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now