2 4 | test

375 25 7

Columbia Asia Hospital

Mata dibuka perlahan-lahan. Saat cahaya putih daripada lampu hospital memancar mengenai mata, terus dikatup semula mata dek kerana kepedihan. Namun dibuka semula dengan penuh kepayahan.

Saat penglihatannya menjadi jelas, dia mengeluh perlahan.

"Hospital lagi?"

Pintu wadnya tiba-tiba dibuka dari luar. Figura seorang jejaka yang berada di pintu terus mendekati dirinya dengan wajah terkejut.

"You're awake? Are you okay?"

Hazel tertawa kecil.

"Mesti la aku dah sedar kalau aku dah buka mata ni hah. Apa punya soalan la kau ni," kata Hazel. Ray tersengih kecil sambil menggaru belakang lehernya.

"Terkejut la kau dah sedar. Hampir seharian kau tak sedarkan diri tau," kata Ray.

"Sekarang pukul berapa?" soal Hazel. Ray mengerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya.

"Sharp 12 am. So, ni dah masuk hari kedua. Dah dua hari la kau tak sedar."

Hazel hanya diam.

"Elena?"

"I've already informed her about you and she said she couldn't visit you for few days. She had an important thing to do before she visits you," kata Ray. Hazel mengangguk.

"Macam mana kau boleh jumpa aku kat rumah tu?" Ray memandang wajah Hazel.

"Kau tak ingat ke yang kita ada on the phone hari tu? Sebelum kau kena tikam?" Hazel mengangguk.

"I see. Kau dengar ke jeritan aku?"

"Of course. Aku datang terus terjah masuk. Samuel, Ariel dengan Daren aku buat tak endah sebab aku dah dengar jeritan kau dari luar."

Dan kau berjaya buatkan jantung aku hampir gugur tengok kau terbaring dengan penuh darah, Hazel. Ray hanya mampu menyambung ayat itu di dalam hati.

Hazel senyum kelat.

"Thanks again Ray. Kalau kau tak ada, memang aku tak tau apa jadi dekat aku masa hari tu."

Dan kau buatkan aku rasa jatuh cinta untuk kesekian kalinya, Rayqal Hakimi.

Ray menggeleng perlahan.

"Kan aku pernah cakap. Kita saling memerlukan. Kau tolong aku, aku tolong kau. Easy."

"Thanks. Kau dah selamatkan nyawa aku."

"No biggie."

×××

Rafiq memandang tetamu-tetamu yang hadir secara mengejut ke penthousenya ini.

Apahal sekali pandang macam rombongan meminang?

Alpha ada. Hanis ada. Yang dia tak faham, kenapa Alex dengan Hayden ada sekali?

"Okey. Memang korang pilih tempat aku untuk dijadikan venue korang berjumpa ke apa ni?" soal Rafiq.

"Coincidence. Aku nak discuss something dengan Alex tapi dah alang-alang kat sini rasa malas pulak nak berganjak ke tempat lain," kata Elena.

Drrrt.

Terasa poketnya bergetar, terus Rafiq keluarkan telefonnya.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now