1 8 | time

298 22 0

Kereta Audi TT yang sudah siap dipolish kerana kesan calar di bahagian bumper dek pelanggaran tadi dikerling sekilas oleh Elena.

"Tak apa biar aku bayar."

"Nuh-uh, this is my car. So use my money only."

"Weh bagi la aku chance nak belanja kau."

"Kau nak belanja aku? Serius la?"

"Yalah."

"Okey kalau macam tu, belanja aku lunch lepas ni."

"Okey tapi aku nak tolong bayarkan jugak untuk kereta kau."

"Again Lena, ni kereta aku. Biar aku bayar. Kau pergi duduk dengan dia kat sana."

"Nak bayar jugak! Tak kira!" Elena menghentakkan kakinya berkali-kali sambil bibir dimuncungkan.

Erfan mengeluh melihat adik kembarnya ini. Haih, bila datang mood baik dia semua dia nak belanja.

"Lena, it's okay. Pergi teman dia kat sana. Kesian dia seorang tu." Erfan mengerling ke arah gadis yang dikenali sebagai Kayla yang sedang duduk di sofa di ruang menunggu.

Elena menoleh memandang Kayla. Gadis itu tersenyum nipis saat anak matanya bertentang dengan anak mata Elena. Elena membalas senyuman itu.

"Fine." Erfan senyum. Tangannya diangkat lalu mengusap perlahan kepala Elena yang dibaluti tudung bawal berwarna peach.

"Good girl." Elena terus berjalan ke arah Kayla.

Kayla hanya tersenyum melihat gelagat (uh tak pasti apa hubungan diorang berdua tapi yang pasti nampak cute and sweet) yang dari tadi bergaduh manja depan kaunter pembayaran.

Dah la muka seiras, si jejaka handsome tahap drooling habis. Si gadis pulak cantik kalah supermodel antarabangsa. Dengan muka kacukan habis diorang berdua tu, bila jalan sama-sama memang nampak serasi dan sangat menawan.

Dah la dia pakai baju pilot ya Allah, I forgot how to breathe dudes!

Kayla tersenyum sendirian.

"Haih Kayla, bila la kau nak jumpa jodoh handsome macam tu?" keluhnya perlahan.

"Hey," sapa Elena. Kayla angkat muka lalu tersenyum.

"Hey." Elena melabuhkan punggung di hadapan Kayla.

"Don't you mind if I ask you some questions?" soal Elena. Kayla tersenyum nipis.

"Just ask it. I don't mind."

"Firstly, I wanna know. What's your career actually? From your reaction when you lost your things to that two snatchers, I can assume that you're one of the important person in professional career."

Kayla tergelak halus. Apabila diingatkan balik perangai dia tadi, kelakar dan malu pulak rasanya. Dengan pakai sut pejabat, pijak motosikal peragut.

"Actually I'm a fashion consultant cum fashion designer. And the things that the snatchers took away from me was a file that contained client's proposal. I need to revise their proposal about the idea of their outfit for some formal occasions."

Elena mengangguk. Patutlah gadis ini beria marah peragut tadi. Dari tepi jalan sampai ke hospital dia membebel kepada dua peragut yang baru berusia awal 20-an tu.

"I see. And did you have your own boutique? I would like to have a drop there," kata Elena. Dia sememangnya memang suka dengan fesyen yang minimalis tetapi mematuhi syariah.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now