3 5 | D-day

562 40 6
                                              

Sebuah Toyota Vellfire berwarna hitam elok terparkir di hadapan pintu masuk hotel yang gah dan bakal menyaksikan penyatuan dua insan dengan satu akad, seorang anak jutawan terkemuka dan seorang pewaris Lawrence mencuri tumpuan pihak media yang sud...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah Toyota Vellfire berwarna hitam elok terparkir di hadapan pintu masuk hotel yang gah dan bakal menyaksikan penyatuan dua insan dengan satu akad, seorang anak jutawan terkemuka dan seorang pewaris Lawrence mencuri tumpuan pihak media yang sudah berkampung di hadapan hotel itu sejak jam 6 pagi lagi.

Apabila figura yang berada dalam kereta itu melangkah keluar, lensa kamera mula terarah kepadanya. Figura itu melayangkan senyuman tenang, dan melangkah dengan penuh bergaya. Dia juga memaut pinggang isterinya dengan kemas, bagai tidak mahu dilepaskan.

Tuan Carl Luth Ashraff dan Tengku Elyza Hellina.

Selepas mereka melangkah keluar, sebuah kereta model sama turut berhenti di tempat yang sama. Figura yang keluar dari perut kereta itu juga turut mencuri tumpuan pihak media.

Tuan Carl Noah Alexander dan Tengku Sophea Rachella.

Sepertimana yang dilakukan oleh abangnya seketika tadi, dia turut mengikut jejak langkah abangnya. Senyuman tenang ditayangkan dan berjalan dengan penuh bergaya.

Tidak lama kemudian, kereta model yang sama turut berhenti. Kali ini, empat pasangan yang cukup terkenal sebagai pewaris generasi kedua The Carls' Empire.

Tuan Carl Hans Ezzery dan Puan Nur Irina Haura, Tuan Carl Emir Amsyar dan Puan Syarifah Hayla Nasuha.

Kereta model sama turut terparkir di belakang kereta yang dihuni dua pasangan itu.

Tuan Carl Ralph Albert dan Puan Nurul Syuhada, Tuan Razaleigh Ayden dan Puan Carla Raynia Andrea.

Beberapa minit kemudian, berderet kereta mewah meluncur ke arah yang sama dan terparkir elok. Kali ini, kehadiran pewaris generasi ketiga The Carls' Empire yang terdiri daripada anak-anak kepada Tuan Carl Hans Ezzery, Tuan Carl Emir Amsyar, Tuan Carl Ralph Albert dan Tuan Razaleigh Ayden.

Kereta pertama, Lamborghini Huracan. Carl Erfan Nufael keluar daripada kereta itu dengan senyuman maconya sesuai dengan karakternya sebagai seorang yang gentlemen.

Kereta kedua, McLaren 540C . Carl Izmeer Raydan keluar daripada kereta itu dengan riak wajah dingin. Riak wajah Izmeer memang sinonim dengan tingkah lakunya yang dingin.

Kereta ketiga, BMW 428i. Carl Isyraf Rayyan keluar daripada kereta itu sambil membetulkan rambutnya sebelum menyarungkan kembali songkok di kepala. Kali ini, dia tidak mengenakan kaca mata bulat pada wajahnya.

Kereta keempat, Ferrari 488 Pista. Carl Izzat Rashdan keluar daripada kereta itu dengan riak wajah yang tenang. Walaupun dia seperti kebudak-budakan, namun dia adalah jejaka yang amat santai.

Mereka berempat berjalan bersama dan bergerak masuk ke dalam secara beriringan tanpa mempedulikan lensa kamera yang sibuk menangkap gambar mereka berempat.

Setelah mereka berempat masuk, tiga lagi kereta mewah masuk ke perkarangan setelah kereta-kereta yang membawa mereka berempat tadi meluncur keluar.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now