0 1 | hola, malaysia!

1.4K 67 31

Author's POV

Rome, Italy.

"Weh mana barang-barang aku?! Kau curi eh?!"

"Eh cakap elok sikit eh, aku orang kaya tau tak ada masa aku nak curi barang kau, kenit!"

"Amboi, sesuka jiwa raga basikal BMX kau aje cakap aku ni kenit. Excuse me, it's only 0.2 cm differences between you and me, okay? Jangan nak berlagak yang kau tu lagi tinggi daripada aku, aku sepak kau nanti."

"It's a fact bro. Aku bukan nak berlagak tapi kau memang lagi pendek daripada aku hahahaha."

"Ei kau ni, kalau aku dapat kau aku gigit kau lepas tu campak kat zoo. Biar singa makan kau."

"Eleh, singa pun takut dengan aku okey!"

"BOYS, ENOUGH! I DON'T WANNA HEAR ANY SOUND FROM YOU GUYS! I CAN'T FOCUS ON MY WORK! Nak bising sangat, pergi duduk luar rumah. I nak buat kerja pun tak senang tau!" bebel gadis berselendang hitam sambil bercekak pinggang. Mata mencerun ke arah si pembuat bising.

Penat melihat, mendengar dan melayan adegan drama swasta yang berlaku di hadapan mata. Dia yang mahu buat kerja di ruang tamu terus tergendala semua kerjanya. Hendak buat di bilik kerja, abangnya sedang mengguna pakai bilik itu. Kalau di bilik tidur pula, nanti bersepah dengan kertas proposal yang bergulung-gulung macam kuih gulung.

"Hun, tak elok marah-marah. Nanti cepat tua." kata seorang jejaka yang memakai beanie hitam kosong. Gadis itu menjeling jejaka itu.

"Oh, nak cakap yang I ni dah tualah sebab selalu marah korang? You kalau kena sepak dengan I, sia-sia je you datang rumah I ni." Jejaka itu tersengih seperti kerang busuk. Gadis itu menjelingnya tajam.

"Ha okey okey, kitorang zip mulut kitorang eh? Ha pergi buat kerja. Sorry for disturbing you, Lena." celah lelaki yang memakai hoodie yang tertera jenama Supreme berwarna hitam sambil mengheret lengan adik-beradiknya.

"Eloklah you heret diorang, Raf. I penat dengar diorang bergaduh. Tak padan dengan tua, nak jugak ajak gaduh dengan yang muda." perli gadis itu. Jejaka berbeanie itu memuncung.

"Are you blaming me, hun?" Gadis itu menghela nafas perlahan.

"Meer, please don't be childish can you? I ada banyak kerja ni, lusa nak bertolak balik Malaysia. So please, bertimbang rasa sikit dengan I?" kata gadis itu, lembut. Bukan menggoda tapi berlembut.

Jejaka itu mengerdip-ngerdipkan matanya merenung gadis di hadapannya. Seperti membaca diri gadis itu. Dia menghela nafas.

"Fine. Raf, let's go to gymnasium." Gadis itu tersenyum.

"That's my amico mio (my man)." Dan, mereka bertiga menghilangkan diri dari ruang tamu, menuju ke gimnasium. Gadis itu kembali duduk di tempatnya, menyambung kerja yang tergendala.

×××

Izmeer's POV

Buk!

"Aduh! Sakitlah, sakai!" Laju mulutku mengaduh apabila kepalaku diketuk kuat. Tak guna punya adik! Aku abang kaulah!

"Sakit? Hah tulah siapa suruh memekak dekat situ? Kan dah kena halau dengan Elena." Omel adikku, Isyraf yang bercermin mata berbingkai petak berwarna hitam.

Nerd. Tapi aku tak faham kenapa perempuan gilakan dia. Sangat.

"Masalahnya, Adan yang mula dulu! Dia tuduh aku ambil barang dia! Aku dah cakap aku tak ambil, dia masih nak tuduh aku!" Rengusku, meluahkan rasa tidak puas hati.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now