4 9 | "too late"

800 65 10
                                    

Drrrt. Drrrt. Drrrt.

Mata Tan Sri Iman terbuka. Getaran yang terhasil dari telefonnya mengejutkannya dari lena. Isterinya yang sedang nyenyak dibuai mimpi dipandang sekilas. Dahi isterinya dikucup sebelum dia bangun dan mengambil telefonnya lalu berjalan keluar ke balkoni bilik.

Dahi Tan Sri Iman berkerut seketika apabila nama Hazriq tertera di skrin telefon. Dia terus menjawab panggilan itu.

"Helo angah. Kenapa call abah pagi-pagi buta ni? Is there something wrong?"

"Abah..."

Suara Hazriq yang bergetar di hujung talian membuatkan dada Tan Sri Iman berombak kencang.

"Kenapa, angah?"

"Abah, angah..."

Suara yang kurang jelas dan diselangi dengan tangisan Hazriq membuatkan Tan Sri Iman semakin tidak senang hati.

"Bertenang angah. Tell me, what's wrong?"

"Abah... angah tak boleh terima, bah. Angah tak kuat!"

Tangisan Hazriq yang semakin kuat membuatkan Tan Sri Iman mencengkam kuat bajunya. Mindanya sudah ligat memikirkan perkara-perkara negatif yang berlaku terhadap anak-anaknya. Allahuakbar. Tan Sri Iman beristighfar sendiri.

"Hazriq, bertenang. Bagitau abah apa yang jadi?"

Tan Sri Iman terdengar bahawa telefon telah bertukar tangan kepada Hafiey.

"Helo, bah."

"Along, kenapa? Apa jadi?"

Hafiey menarik nafas panjang lalu menghembuskannya.

"Kalau boleh, abah datang hospital sekarang. Along nak bawa angah balik. Abah ajak achik dengan adik. Biar along dengan angah jaga mama."

"Kenapa, long? Ada apa-apa jadi kat Hanis ke?" soal Tan Sri Iman, gusar.

"Abah bawa bertenang dulu. Along nak bagitau ni... baby dah tak ada. Dia dah meninggal pukul 1 pagi tadi."

Mata Tan Sri Iman terbuka luas.

"A-along tak bergurau k-kan?"

"Tak, bah. Doktor sendiri bagitau depan kami berdua," kata Hafiey.

"Allahuakbar! Anak aku!"

Tan Sri Iman terus jatuh terduduk di balkoni sambil tangan kirinya erat menggenggam besi balkoni untuk menahan rasa sebak. Bayangan negatif yang muncul tadi sudah menjadi nyata. Tan Sri Iman menarik nafas berat, cuba untuk menenangkan dirinya.

"Abah, bawa bertenang. Doktor nak kita buat sijil kematian Hanis. Along tak boleh buat sebab along risau tengok angah. Lagipun along akan uruskan bahagian lain. Kalau abah tak boleh, along minta tolong yang lain," kata Hafiey.

"Tak, long. Biar abah uruskan. Along uruskan hal-hal lain. Abah pergi hospital sekarang," ucap Tan Sri Iman.

"Terima kasih, bah. Terima kasih sebab kuat."

Kamu salah, Hafiey. Abah tak kuat. Hanis satu-satunya anak perempuan abah. Perempuan kedua abah sayang selepas mak kamu.

Tangan Tan Sri Iman terus melorot jatuh setelah talian diputuskan oleh Hafiey. Dingin angin pagi yang menyapa tubuhnya tidak lagi terasa sejuk.

"Abang? Abang buat apa kat luar ni? Sejuk lah," sapa Puan Sri Salsabilla. Tan Sri Iman mengetap bibirnya dan menoleh ke arah isterinya.

Puan Sri Salsabilla tersentak apabila wajah suaminya basah dengan air mata.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now