p r o l o g

1.4K 84 39

Someone's POV

Kuala Lumpur, Malaysia.

24 September 2005.

Mata berwarna biru cair itu tajam memerhatikan suasana di dalam rumah itu. Tidak berkelip walau sesaat sekalipun seolah-olah dia tidak mahu terlepas satu adegan pun yang berlaku dalam rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah itu.

Tersergam indah menyelindungkan seribu duka.

Sesekali tangan yang berada di sisinya dikepal kuat membentuk buku lima hingga menampakkan urat-urat hijau yang timbul. Barangkali menahan amarah yang semakin menggila dalam diri apabila melihat situasi itu.

Pengakhiran drama itu adalah, seorang remaja lelaki berusia lingkungan 15 tahun ditendang keluar dari rumah dengan cara diterajang kasar oleh seorang wanita berusia lingkungan 35 tahun setelah beberapa minit berperang mulut.

Riak wajah wanita itu bengis manakala riak wajah remaja lelaki itu cuma selamba saja. Kemungkinan besar remaja itu sudah terbiasa dengan keadaan ini.

Tangan dikepal kuat untuk seketika sebelum menyeluk poket seluar, mengambil telefon. Jari-jemarinya menari seketika di atas skrin telefon sebelum melekapkannya ke telinga. Mata masih tunak memandang hadapan.

"Helo?"

"Awasi dia sampai aku balik."

"Baik, bos." Talian terus dimatikan. Matanya kembali dihalakan ke arah rumah itu dan remaja lelaki tadi. Tangan kembali dikepal kuat.

"Wait for me. I'll come back to save you." Serentak itu, bibirnya mengukir senyum sinis.

Once you touches what's mine, welcome to my hell.

Dia memusingkan tubuh dan menapak ke arah kereta mewah yang terparkir elok. Dia memboloskan tubuh dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu berdesup laju meninggalkan tempat itu, seolah-olah mahu menghapuskan bukti dia pernah berada di situ.

"Ti conosco ma non mi conosci. (I know you but you don't know me)," Serentak itu, dia kembali mengukir senyuman paling sinis dalam dunia.

' I can turn myself become a cruel monster, as you wish. '

vote and comment! ♥

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now