0 4 | drama

493 31 8

Alex's POV

"Alex!"

Ah, apa lagi dia nak daripada aku? Menyusahkan aku la!

Lambat-lambat aku bangun, berjalan malas ke arah dapur.

"Hm, ada apa?" soalku. Dia menjelingku tajam. Heh, kisah apa aku dengan jelingan dia. Cukuplah childhood aku dipenuhi dengan mimpi ngeri.

"Dah pandai nak lawan aku sekarang huh? Kau ingat kau hebat sangat?!" jerkahnya lantang sambil menghentak tangannya ke meja. Tak lama kemudian, dia berdesis perlahan lalu meniup tangannya.

Sakit la tu.

Well, ladies and gentleman, introduce to you the arrogant 'Datin' Hazirah atau nama sebenarnya Zubaidah binti Abu. Aku pun tak faham kenapa dia ubah nama dia lepas kahwin dengan arwah ayah aku.

Yes, you read it right. Ayah aku dah lama tak ada, tapi kenapa dia masih guna title Datin? Heh. Tak sedar diri.

"Aku dah lama berani. Kau je tak tau." Selamba aku membalas. Puan Zubaidah tersenyum sinis.

"Kau jadi macam ni mesti sebab kawan-kawan kau kat kafe tu kan? Diorang yang ajar kau untuk kurang ajar dengan aku kan?! Eh, sedar sikit! Aku ni mak tiri kau!"

Suaranya mula naik seoktaf membuatkan aku mendengus kasar. Mata hazelku tajam merenung wanita tua ini. Nafas mula naik turun dengan kasar, tidak teratur.

"Jangan nak libatkan diorang la makcik! Aku yang ajar diri aku sendiri jadi macam ni sebab kau tu memang layak diajar!"

Pap!

Satu tamparan dihadiahkan ke pipiku, sebagai balasan aku berkasar dengannya.

"Eh budak, kau masih tak reti kenang budi kan? Cukup baik aku tak buang kau dari rumah ni lepas mak kau mampus!"

Pap!

Giliran aku naik tangan ke pipinya. Agak berbisa tanganku tapi hatiku puas bila melihat hujung bibirnya berdarah.

"Kau kutip aku pun untuk jadi anjing kau! Bukannya kau layan aku macam anak kau! Eh aku penat la jadi anjing kau untuk berbelas tahun ni.

Kau jangan lupa. Bila-bila masa je aku boleh ambil balik rumah ni. Lagi sekali, kalau aku dengar kau hina arwah mama, aku takkan teragak-agak untuk tendang kau dan Erin keluar dari rumah ni! Faham?!"

Aku terus meluru laju ke bilikku lalu melanggar bahunya membuatkan gelas di tangannya jatuh ke lantai.

Prang!

"Alex!" Panggilannya membuatkan aku berhenti melangkah, namun tidak menoleh.

"Nak apa?"

"Kau kemas ni sekarang!"

Eh, dia yang pecahkan suruh aku kemas pulak?

"Gelas tu bekas arak kau, rasa jijik aku nak sentuh. Jadi, kutip la sendiri. Adios." kataku lalu berjalan masuk ke bilik.

Tombol pintu dibuka lalu ditutup kembali. Badan terus direbahkan ke atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Mata merenung ke langit.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now