3 9 | safe

1.3K 68 7
                                    

Columbia Asia Hospital

"Ya Allah selamatkan anakku, Ya Allah. Permudahkanlah segala urusannya," rintih Puan Sri Salsabilla yang kini ditenangkan oleh Puan Irina.

Manakala Hafiey pula, mundar-mandir di ruang menunggu itu seperti orang yang tiada hala tuju. Adik-adiknya yang lain turut berada di situ, menunggu dengan wajah gusar.

Tan Sri Iman yang sedang duduk bertentangan di isterinya hanya merenung sayu wajah sugul isterinya itu. Tuan Carl Hans yang perasan akan keadaan itu, menepuk perlahan bahu lelaki yang bergelar abang iparnya itu.

"Sabar Man, ini ujian untuk keluarga kau. Insya-Allah, everything's gonna be fine."

Tan Sri Iman tersenyum kelat.

"Insya-Allah, thanks."

Mata Tuan Carl Hans mula beralih ke arah Elena, anak perempuannya yang hanya mendiamkan diri sejak Hanis dimasukkan ke dalam dewan bedah. Baju pengantin juga telah ditukar dengan pakaian lebih selesa kerana pakaian itu telah pun kotor terkena darah Hanis.

Alex yang setia berada di sisinya, yang juga dalam persalinan baru cuba untuk bercakap dengan Elena.

"Elena."

Manakala minda Elena pada ketika itu, sibuk berfikir. Langsung tidak mendengar panggilan Erfan.

Kenapa mereka tiba-tiba diserang pada majlis perkahwinannya? Kenapa? Dan kenapa semua nampak macam bersedia hadap benda ni? Erfan, sepupu-sepupunya yang lain, malah Hanis dengan Rafiq pun semua nampak bersedia untuk hadap benda ni. Ahli WRF pun sama. Kenapa aku tak tau?

Diam. Tiada balasan.

Alex mengetap bibir. Kepala yang tidak gatal digaru. Dia sudah kehabisan idea untuk buatkan Elena bercakap sepatah dengan dia.

Sepatah pun jadilah!

Sepatah perkataan langsung tidak keluar dari mulutnya sejak Hanis dikejarkan ke ambulans, masuk ke unit kecemasan, dan sehingga kini, Hanis yang dimasukkan ke dewan bedah dengan segera.

Bukan sahaja Hanis, malah Rafiq juga turut menjalani pembedahan serentak dengan Hanis dalam dewan bedah yang berbeza.

Keluarga Tengku Azrel dan keluarga Harrison kini berada di dewan bedah yang menempatkan Rafiq.

Dia berdehem seketika sebelum dia memandang Elena yang sedang merenung lantai.

"Elena. Saya tau awak tengah sedih. Kawan awak, Rafiq dengan sepupu awak, Hanis sama-sama dalam operation hall. Tapi awak tak boleh sedih-sedih macam ni. Apa kata, kita pergi surau, kita buat solat hajat supaya urusan diorang dipermudahkan. Jom?" pujuk Alex dengan nada suara yang rendah dan berhati-hati.

Takut juga dia kalau tiba-tiba dia akan ditengking oleh Elena. Alex menelan liur apabila Elena masih diam, namun matanya masih kekal memerhati Elena.

Tiba-tiba saja Elena bangun dari duduknya membuatkan semua mata yang berada di situ memandang ke arahnya. Alex terkebil-kebil.

"Awak nak pergi mana?" soal Alex.

Elena menoleh. Mata kuyunya terkedip-kedip perlahan.

"Kata nak pergi surau."

Yes! Empat patah! Mission succeed!

Alex tersengih. Dia turut bangun sebelum menoleh ke arah keluarganya yang lain.

"Err, kitorang minta diri kejap nak pergi surau," kata Alex sebelum meraih tangan Elena dan berjalan seiringan.

Alex mengusap lembut tangan Elena yang berada dalam genggamannya.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now