1 4 | Syed's

325 25 0

Part ni Hanis je ada. Elena mahupun seangkatan dengannya tiada hekhek. Sebab chapter seterusnya akan ada kaitan dengan watak dalam chapter ni.

Sambil tu boleh ah tahu keakraban siblings Hanis ni. :)

>>>

Kereta Porsche Panamera warna merah itu menyusur masuk ke halaman rumah agam tiga tingkat itu. Kemudian, kereta itu diparkir bersebelahan Range Rover biru dan Audi Q5 berwarna putih.

Pintu pemandu dibuka. Hanis melangkah keluar daripada kereta setelah memarkirkan keretanya di tempat yang betul.

Telefon yang bergetar di dalam begnya diambil.

Angah hipster 🏹 (2 new messages)

Hanis membuka mesej itu.

Angah hipster 🏹

Lama lagi ke?

Are you home? I heard a car engine in our garage.

Hanis menjuih bibir. Abang kedua dia ini memang peka orangnya. Walaupun bilik dia di bahagian belakang dan tingkat tiga, masih boleh dengar apa yang berlaku di tingkat bawah ini.

Angah tak kerja ke?

Typing...

Erk, dia online pulak?

Nak ajak baby ikut angah sekali kejap lagi.

Tak ada orang nak teman 😭

Hanis menggeleng sambil ketawa kecil.

Turun la. Baby ada kat luar ni.

Srs?

Yaaaaaaaaaaaaaaa!

Wait, angah turun.

Hanis memegang telefonnya. Dia memandang cermin kereta Audi milik angahnya. Kedutan di shawl dibetulkan.

Drrrt.

Abah kacak ❤
Rahsiakan apa yang patut dirahsiakan dulu. Jangan bagi sesiapa tau except us. Dah sampai masa yang sesuai, I'll tell them.

I know. And I'll support you dad.

"Baby."

Hanis berpaling. Figura di hadapannya ini dipandang atas dan bawah. Dia turut sama melihat dirinya atas bawah apabila diperhatikan oleh Hanis sebegitu rupa.

"Kenapa? Is there something wrong with my outfit?" soal Hazriq.

Hanis menggeleng.

"Segak sangat ni, nak ke mana? And oh please, baby tak puji. Tanya je."

Hazriq memuncung. Ingatkan nak puji dia.

"I'm going to a function today, that's why I need a companion with me," kata Hazriq sambil mengemaskan blazer yang dipakai. Hanis mengangguk-angguk.

"Oh I see. Dekat mana?"

"The Syed's Empire Hotel." Hanis mengangguk.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now