2 9 | "...killer"

1.2K 61 10
                                    

Drrrt. Drrrt. Drrrt.

Telefon yang bergetar di phone holder itu ditenung seketika. Tertera nama pemanggil di skrin telefon yang menyala.

Incoming call...
Hazel

Panggilan itu dijawab dengan menggunakan handsfree.

"Helo?"

"I'm fine now. Bila nak pergi tengok belaan kau tu?"

Elena menjulingkan mata ke atas. Dia kini dalam perjalanan pulang ke rumah setelah puas ber'dating' dengan Alex, bakal suaminya.

"Pantang sihat, tak sudah-sudah berjalan. Boleh tak, duduk diam-diam dengan Ray tu?" bebel Elena.

Hazel mendengus di hujung talian. Ray yang berada di sofa mansion dikerling sekilas. Tiada siapa yang tahu, bahawa jantungnya boleh meletup bila-bila masa saja apabila duduk berdua-duaan dengan Ray dalam tempoh masa yang lama.

Sayangi jantung anda gais.

"Aku bosan la."

"Ah tak ada. Aku tak kira. Aku boleh pergi dengan Hanis. Cukuplah dia hina kau dan cederakan kau. Aku tak nak benda sama berulang walaupun aku tau benda tu takkan berlaku lagi. Kau rehat, duduk diam-diam jangan lasak sangat. Jangan acah kebal."

Hazel di hujung talian mencebik mendengar bebelan Elena umpama ibu yang sedang memarahi anak kecil yang degil.

"Sampai bila aku nak duduk diam-diam?"

"Sampai kau dapat kebenaran daripada aku."

"Elenaaaaa!"

"Hei apa jerit-jerit ni, terkejut aku la."

Elena tersengih mendengar suara Ray.

"Ray dah seru tu, aku nak cau dulu. I'm driving right now bye."

Terus talian dimatikan. Dan Elena meneruskan pemanduannya seperti biasa. Mata birunya fokus ke arah pemanduannya di jalan raya.

Dan haluannya menuju ke arah kawasan yang menempatkan dua beranak yang mencari pasal dengannya.

×××

Mata bertentang mata. Aura di sekeliling seakan-akan diresap oleh atmosfera membuatkan keadaan mereka terasa sangat tegang.

Charles.

Walaupun dia memiliki rekod perubatan yang agak serius, namun itu tidak menghalang dia untuk menguruskan syarikat peninggalan ayahnya, Quisèn Holdings. Kerana syarikat itu merupakan punca pendapatannya untuk mengekalkan gaya hidup mewah sehingga kini.

Walaupun dia diburu oleh pihak Interpol atas kesalahan membunuh gadis-gadis tidak bersalah namun dia licik dalam menyembunyikan diri.

Dan kini, dia ingin menjalinkan kerjasama dengan keluarga Carls' dengan harapan, pengaruh Carls' boleh membantunya menyembunyikan diri. Dia juga mendengar khabar angin bahawa pihak polis di Malaysia dan antarabangsa tidak boleh menyentuh keluarga Carls' walaupun mereka membuat kesalahan terbesar dalam hidup mereka dan menyalahi undang-undang. Jadi, dia akan berasa selamat berada di bawah pengaruh Carls'.

Tetapi kali ini, dia seakan-akan tidak menyedari bahawa dia sedang menempah maut dengan malaikat maut, kerana berhadapan dengan Carls'.

Carl.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Carl, wakil daripada syarikat gah itu. Hanya sebaris nama sahaja Charles tahu, lelaki ini merupakan pewaris syarikat itu.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now