2 7 | Charles

378 25 9

Carl's Architecture Holdings

Drrrt.

Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon dikerling sekilas.

Incoming call...
2nd bros

Punat hijau dislide ke tepi. Pen yang dipegang terus diletak kembali. Telefon ditekapkan ke telinga.

"What's up?" soal Izmeer.

"Meer. You need to know this."

Suara tegas Isyraf di hujung talian membuatkan dahi Izmeer berkerut. Jarang adik keduanya ini dalam keadaan seserius ini.

"Apa dia?"

"Hari tu, aku dengan Izzat ada buat tinjauan."

"Untuk?"

"Aku bagitau kau, jangan terkejut pulak. Sebab aku memang dah expect ini akan berlaku sejak 5 tahun lepas, lepas kita bunuh taiko Red Eagles."

Izmeer menyandar di belakang kerusi besar miliknya.

"Apa dia?"

"Elena's ex. He's here for real. Sebelum ni kita hanya dapat mesej ugutan dari dia je kan? This is for real. He's really make his comeback to Malaysia."

Izmeer terus berdiri.

"What the hell?!"

"And I've already checked his current activities, he's here for Elena. Dia nak Elena balik."

Izmeer mengepal penumbuk.

"Damn that fucking bastard! Aku takkan bagi Elena dengan semudah itu la kat jantan macam tu! Untuk apa dia munculkan diri balik?! Dia tak pernah rasa serik ke?"

"Aku rasa macam nak bunuh dia sekarang jugak Meer, dan aku risaukan Elena sekarang ni. What should we do now?"

Izmeer menarik nafas panjang.

"Fael dah tau? Elena?"

"I don't know. Aku rasa diorang dah tau."

Tangan kiri diangkat untuk mengurut pelipisnya perlahan untuk mengurangkan rasa berdenyut di kepala.

"For now, we need to make sure Elena's safety is in super perfect condition. All of us know a fact, that bastard is a psychopath."

"Aku akan trace mamat tu. Dan, aku akan roger kau."

"Okey, and thanks bagitau."

"You're her protector, of course you should know about this. Got to go."

Telefon dijatuhkan ke sisi. Izmeer kembali terduduk di atas kerusi. Dadanya turun naik tidak sekata.

Hanya satu nama yang bermain di fikirannya ketika ini.

Charles Pharell Van Quisèn.

"Damn you, Charles."

×××

Twin's mansion

"Sorella?"

Sunyi.

"Sorella?"

Sunyi lagi.

Dahi Erfan berkerut. Dah kenapa adiknya tak menyahut ketika dia memanggil? Biasanya Elena akan cepat-cepat menyahut tatkala mendengar suara Erfan.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now