6 'Playboy besar tu'

27.6K 660 8
                                    

Bab 6

'Playboy besar tu'

Sejak 4 jam yang lalu,Zara masih lagi leka dengan lakaran bangunan baru yang bakal dipersembahkan untuk merebut tender daripada sebuah syarikat pembinaan.Zara kalau dah buat kerja,dia bukan ingat apa lagi dah.Dia fokus sehabis mungkin untuk memastikan hasil kerja tangannya sentiasa memuaskan hatinya sendiri.Walaupun dia telah memegang tampuk kepimpinan Kuasa Arkitek lebih 5 tahun tapi dia masih lagi gemar menyentuh pensel dan kertas lakarannya dan gemar menghabiskan masanya dengan lakaran-lakaran tersebut.Baginya lakaran itu minatnya dan hobinya sejak kecil lagi.Itulah sebabnya mengapa dia tidak boleh melepaskan seni lukisannya walaupun sudah memegang jawatan ketua pegawai ekskutif.

Suasana di dalam studio mininya di dalam pejabatnya yang boleh dikatakan besar itu benar-benar sunyi.Hanya kedengaran bunyi kipas siling yang ligat berpusing di atas kepalanya.Zara memang jenis tak tahan sangat sejuk.Orang yang mempunyai tekanan darah rendah.Oleh itu,dia lebih selesa memasang kipas daripada pendingin hawa yang boleh membuatkan dia terasa bagaikan kutub utara.Walaupun suasana bilik Zara nampak sunyi,namun di bahagian luar biliknya,pejabatnya bagaikan tongkang pecah kerana syarikatnya sedang berebut tender untuk beberapa projek baru yang bakal dilancarkan.Oleh itu,pekerja-pekerjanya semua sedang sibuk memastikan mereka menang projek-projek mega tersebut bagi memastikan keuntungan diperoleh oleh syarikat.Lebih penting lagi supaya gaji mereka terbayar.

Zara menoleh pada jam tangan jenama Fossil di atas tangan kanannya.Hadiah pemberian abangnya ketika dia berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sewaktu SPM dulu.Zara mengeluh.Entah di manalah abangnya kini.Bukan dia tidak mencari.Masalahnya,memang tiada jejak dan klu langsung di mana abangnya berada.Dah tu,tak mahu menelefon dirinya pula.Dia terlalu rindukan abangnya.Berbanding kakaknya,dia lebih rapat dengan abangnya yang ternyata lebih cool dan sporting.Yusra lebih serius dan matang.Namun,dia tahu mamanya pasti tahu.Tapi,dia malas mahu membuka mulut bertanya.Malas mahu menjawab pertanyaan mamanya yang boleh mengundang api kemarahannya.Jam menunjukkan pukul 15 minit ke pukul 1 tengahari.Masa untuk berehat dan makan.

Teringatkan mamanya,Zara meletakkan pensel lakarannya ke tepi dan keluar daripada studionya.Dia menuju ke arah meja pejabatnya dan duduk bersandar di atas kerusi mejanya.Matanya dipejam kepenatan.Sejak malam keramat seminggu lepas,mamanya rajin mengganggu ketenteraman dirinya.Hari-hari dia dibanjiri dengan panggilan telefon daripada mamanya bertanyakan tentang dirinya,Raiqal serta Ameer Reza.Kadang-kadang apabila penat melayan,Zara tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Namun,Puan Sri Zuliani bukan lawan yang mudah.Dicuba pula panggilan ke direct linenya di pejabat.Tidak cukup dengan itu,sudah dua kali mamanya membuat percubaaan datang mengejut ke rumahnya pada masa-masa yang tidak dijangka ketika dia tiada di rumah.Semuanya semata-mata kerana mahu masuk campur dalam urusan peribadinya.Nasib baik,Pak Lah pemandu keluarganya boleh dikatakan sporting dengan memberitahunya terlebih dahulu jika Puan Sri mahu berkunjung ke rumahnya.Bolehlah dia mengelak dengan pulang lambat ke rumahnya.

Zara rimas begini.Rasanya nak pulang ke rumah sendiri pun dia malas inikan pula nak pulang ke Casa de Yazu,kediaman keluarganya di kawasan elit,Damansara.Terbayang banglo 3 tingkat milik papanya yang indah dari luaran.Namun apabila menapak ke dalam,sunyi sebenarnya rumah besar itu.Balik-balik yang ada Cuma Puan Sri,Tan Sri dan orang gajinya.Itu sebabnya mamanya terlebih rajin untuk menyibuk dalam hal dirinya kerana dulu dia seorang sahaja wakil adik-beradiknya yang tinggal di dalam rumah besar itu memandangkan kakaknya yang sibuk dengan urusan butik sibuk berulang alik ke Itali kerana untuk mendapatkan supply dari sana.Zara juga perasan sejak kejadian mamanya dan Datin Aida bertandang hari itu,dia perasan ada sebuah kereta yang sering memerhatikan gerak gerinya dari jauh.Zara pasti itu orang upahan mamanya yang wajib melaporkan setiap perbuatan Zara setiap jam setiap hari.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now