22 "Mana ada goda bodoh-bodoh.Serius.Kau cantik...Sangat"

27.3K 606 40
                                    

Bab 22

"Mana ada goda bodoh-bodoh.Serius.Kau cantik...Sangat,"

Awan yang sudah bertukar warna menandakan hari malam ybakal tiba sebentar lagi.Namun Zara masih lagi melekat di atas buaian yang terdapat DI taman permainan yang terletak dalam kawasan perumah sekitar Apartmen Paysage.Sejak sejam yang lalu dia duduk di situ,cuba untuk menenangkan fikirannya yang sedang kacau setelah berpeluh-peluh berlari di sekitar taman perumahan tersebut.Dengan berlari tadi,sekurang-kurangnya dia dapat melupakan seketika perkara yang berlaku dengan mengalihkan perhatian terhadap aktiviti petangnya itu.Dapat juga menyihatkan badannya.Namun,apabila duduk begini,hatinya seakan tidak membenarkannya untuk berganjak dari situ.Padahal dia perlu bersiap untuk ke rumah orang tuanya sebentar lagi.Mungkin hatinya memerlukan ketenangan dan kedamaian seketika,jauh daripada kesibukan kota raya.

Daripada taman itu penuh dengan kanak-kanak hingga lengang ketika ini,dia masih tidak berganjak,duduk di atas buaian berwarna biru itu sambil sesekali kakinya menolak tanah untuk menggerakkan buaian itu perlahan.Bukan takut jika laju buainan itu namun hatinya tidak boleh berfikir jika terlalu laju.Cukuplah berbuai kecil sebelum berhenti.Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa 24 jam ini membuatkan dia sendiri bagaikan mahu gila melayan kerenah orang tuanya terutamanya Tan Sri Yazid.Hari ini,satu hari Zara tidak masuk ke pejabat.Dia hanya berkurung di dalam bilik,mengatur strategi untuk berhadapan dengan orang tuanya sebentar lagi.Dia tidak boleh bekerja dalam keadaan kepalanya berserabut sebegini.Memang tidak akan mendatangkan hasil.Sementara itu,kepalanya sentiasa mengulang tayang kejadian yang tidak diingini yang berlaku pada mesyuarat petang semalam.Puas diusir pergi namun otaknya memang degil sedegil hatinya.

Apabila teringatkan kejadian petang semalam di bilik mesyuarat,automatik matanya terus terpejam,seolah-olah cuba menenangkan dirinya yang bagaikan singa betina kelaparan semalam.Dia ingat lagi sebaik sahaja dia keluar daripada bilik mesyuarat semalam,dia terus masuk ke bilik kerjanya dan...

Memang tunggang-terbalik pejabatnya.Mana tidaknya,hampir semua yang ada dalam bilik kerjanya itu,dicampak dan dibaling ke lantai untuk melampiaskan marahnya.Iyalah,kepada siapa pula hendak dilampiaskan kemarahannya yang membuak-buak kalau tidak kepada sebarang obejk yang berada di hadapan matanya.Yang murah-murah ajelah.Gila kau kalau PC MAC tu dilempar.Mahal tau!Zara memegang tengkuknya.Masih terasa tegangnya di situ akibat terlalu memikirkan masalah yang mendatang.Dan yang jadi mangsanya siapa lagi kalau tak Kak Risya yang terpaksa kerja lebih masa untuk mengemas semula meja Zara setelah Zara mengeluarkan arahan untuk mengemas semula biliknya.Tengok itu.Tak ke menyusahkan orang namanya itu?Zara..Zara.Tapi kalau tak dilepaskan nanti,gila pula si Zara ini akibat memendam perasaan.Tak apa Risya.Kau buatlah pahal sedikit,tolong ,cik panas baran ni ha.

Zara meraup wajahnya.Lelah.Penat.Letih.

Keluhan kecil terkeluar jua daripada mulutnya.Terasa berat dugaanmu kali ini,Ya Allah,bisik hati kecilnya sambil merenung langit kemerahan yang hampir bertukar hitam.

Mungkin jam hampir menunjukkan pukul lapan.Entah.Zara sendiri tidak tahu.Tidak pula dia mengenakan jam tangan ketika keluar daripada rumah tadi.Itulah,banyak sangat masalah sampai lupa nak pakai jam.Nak mengintai telefon bimbit di dalam poket jaket jogingnya,malas pula.Telefonlah yang paling malas untuk disemak.Takut-takut ada panggilan daripada orang tuanya.Ish..ngeri!Zara mengalihkan pandangan ke arah permainan gelongsor yang berada di hadapannya.Tiada kanak-kanak pun yang berada di situ.Hanya dia seorang diri.Namun,itu bukan menjadi masalah mahupun ketakutannya.Dia termenung sendirian lantas air matanya menitis setitis di bawah mata kirinya lantas cepat-cepat diseka.Dia tidak boleh menangis di saat dia perlu berdiri sekuat-sekuatnya.Dia perlu berdiri sekuat bagaikan hulk mahupun Ironman.Amboi,hiperbola sungguh.Tapi,itu kebenaran.Lebih-lebih lagi apabila dia bakal berhadapan dengan orang tuanya sebentar lagi.Namun,dia hanya manusia biasa.Tambahan pula,sejak semalam,dia masih lagi belum melepaskan lelah dalam jiwanya yang memberontak untuk dikeluarkan.Apabila keseorangan dirumah,tidak pula air matanya mahu mengalir.Bukan tidak mahu tetapi ditahan.Kini,apabila berseorangan di tempat terbuka ini pula,laju sahaja kesedihan menyapa dirinya.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now