2 'Lets go Baby'

40.1K 781 15
                                    

Bab 2
'Lets go baby!'
*****
Ameer Reza melangkah keluar dari rumahnya dengan segak sekali.Kemeja biru lembut jenama Giorgio Armani yang dipakainya dipadankan dengan tali leher biru laut berbelang putih dan seluar slack hitam sudah cukup untuk membuatkan para wanita terpesona dengan penampilannya ke pejebat.Dia menoleh ke kirinya dan terpandangkan pintu rumah perempuan yang merupakan pemilik baru unit di sebelah rumahnya di bahagian kiri bangunan.Dia tiba-tiba teringat insiden malam tadi di mana dia menegur pemiliknya kerana terpekik terlolong ditengah malam hingga mengganggu tidurnya.Dia sungguh kepenatan semalam kerana terpaksa menghadiri pelbagai jenis mesyuarat dan memerlukan tidur yang awal untuk badannya yang letih.Malangnya ada pula manusia yang mengganggu tidur malamnya.Dia teringat kakinya yang menjadik mangsa keganasan perempuan itu.Sakit woii.

Tiba -tiba kelihatan pintu rumah gadis tersebut terbuka sedikit menandakan gadis itu ingin keluar rumah.Cepat-cepat Ameer Reza mengatur langkah ke lif.Tak ingin dia bersemuka dengan gadis garang itu.Boleh merosakkan moodnya di pagi hari,bisik hati kecilnya.Ish selisih malaikat 44,bisik hati kecilnya.Setibanya di lif,kebetulan pula lif pun tiba.Tidak ada orang di dalam lif.Dia pun melangkah masuk dengan pantas.Punat B1 ditekan berulang kali dengan harapan pintu lif tertutup pantas.Namun malang tidak berbau.Dikala pintu lif hampir tertutup,ada tangan yang menahan pintu lif tersebut.

Tersembul muka Zara.Niat di hati ingin mengucapkan maaf kepada sesiapa yang berada di dalam lif.Malangnya apabila terlihat muka lelaki itu,terus dia membatalkan niatnya dan membuat muka toya empat belasnya.Ameer yang memerhatikan perempuan bertudung di hadapannya berasa pelik.

"Lah..ingatkan siapa si cantik manis bertudung hijau di pagi hari.Rupanya si singa betina.Morning lioness,"sarkastik butir ayat yang keluar daripada mulut Ameer Reza.
Zara melangkat masuk ke dalam lif dengan muka cemberut, "Macam tak ada orang lain dalam dunia ni"

"Dah memang wing belah kiri ni ada 2 rumah je.Penjara katak kau dengan istana idaman aku.Jadi nak tak nak kena hadap la muka handsome aku ni,"balas Ameer dengan riak wajah selamba.

Zara menoleh memandang Ameer dengan pandangan geram kerana sakit hati.Mulut jantan ni kalau tak menjawab,tak sahkan.Ameer membalas pandangannya dengan muka selamba sambil mencebik bibir.Peduli apa aku!Malas mahu melayan karenah masing-masing,masing masing diam seribu bahasa.Lif meneruskan perjalanan berhenti di tingkat tingkat seterusnya.Penghuni penghuni unit lain mula memenuhi ruang lif yang agak kecil yang hanya boleh memuatkan 24 orang sahaja.Itu kalau ikut anggaranlah.Tapi selalu sebelum 24 orang,lampu overload dah menyala minta dikurangkan sedikit muatannya.Apabila semakin ramai yang memenuhi,Ameer dan Zara sama-sama harus mundur ke belakang lif untuk memberi ruang kepada muatan-muatan berat untuk masuk.Lama-kelamaan,akibat tiada yang keluar hanya masuk,mereka berdiri sebelah menyebelah.

Apa lagi,Zara tunjuk muka meluatnya dan Ameer menunjukkan muka jijiknya.Masing-masing memeluk tubuh,berasa jijik berada dekat dengan satu sama lain.Aduh,kenapa malang sangat jumpa dia ni pagi ni,bisik hati Zara sambil peristiwa malam tadi terbayang satu persatu di ruang mindanya.Perasaan malu menerjah diri apabila memikirkan kealpaanya memakai baju yang kurangsenonoh sedikit sebelum keluar rumah.Tulah,sudah terbiasa inilah jadinya.Teringat bebelan Puan Sri yang selalu menegurnya tetapi tidak diendahkan.Mulut mama tu kan dah masin!

Ehem!

Lamuanan Zara terhenti tatkala mendengar suara seorang lelaki di sebelah kirinya.Kelihatan seorang lelaki berumur dalam pertengahan 50-an sedang memandangnya sambil tersengih.Eh,macam kenal orang tua ini.

"Err..kita kenal ke?,"kata Zara sambil memikirkan keberangkalian dia pernah berurusan dengan lelaki separuh abad yang berpakaian lengkap berkot disebelahnya.Tapi kemungkinan itu besar tapi dia kurang pasti.Inilah masalah Zara.Memory gadis ini macam berkarat sikit.Susah sangat nak mengingat orang.Padahal penting baginya untuk mengingati nama klien-klien dan orang kenamaan yang berurusan dengannya setiap hari.Nasib baik,setiausahanya memahami dan sering membantunya mengingati nama klien dengan cara biar setiausahanya sendiri yang menghafal nama nama mereka.Apabila Zara lupa,dia tidak perlu risau.Setiausahanya ada untuk membantu.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now