13 "Baik juga kau eh."

22.9K 566 17
                                    

Bab 13

"Baik juga,kau eh."

Enjin kereta dimatikan.Zara duduk diam seketika dan memandang sekeliling.Casa d'Yazu.Terletak di dalam Damansara dan dalam kawasan perumahan elit.Rumah di sini semuanya di bina mengikut cita rasa dan atas tanah sendiri yang dibeli.Rumah ini di bina dalam kawasan tiga lot menjadikan halaman rumah ini sangat luas dan mendamaikan.Itu juga merupakan tiket untuk Puan Sri sentiasa mempunyai keinginan untuk mendekorasikan halamanrumah yang sedia ada.Nasib baik jugalah Tan Sri jenis tidak kisah membazirkan duit untuk sang isteri.Kalau tak mahu berpecah belah.Rumah tiga tingkat ini mula didiami Zara semasa dia berumur 14 tahun selepas papanya menjual rumah lama mereka di Cheras.Rumahnya memang cantik tersergam indah.Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pintu utama,sesiapa sahaja pasti tepukau dengan kolam air pancut di hadapan pintu rumah.Ditambah pula dengan taman mini mamanya yang menempatkan rumput yang menghijau serta pelbagai bunga orkid yang merupakan minat Puan Sri membuatkan Zara sendiri suka menghabiskan masa di dalam kawasan rumahnya sendiri.Beberapa tahun yang lepas,mamanya menambah kolam ikan kecil dan buaian untuk melepak di situ.Zara dan papanya berkongsi minat yang sama iaitu menghabiskan masa selepas makan malam memandang bintang sambil mengelamun jauh di taman itu telah menyebabkan mamanya menambah kemudahan tersebut bagi membuatkan mereka anak beranak selesa bersantai di situ.Kerusi yang unik juga ditambah membolehkan seisi keluarga berpeluang untuk menjamu minum petang atau makan tengah hari di situ juga.

Zara memerhatikan air pancut yang terletak dalam jarak 20 meter daripada pintu masuk rumahnya.Kedudukan air pancut yang berada di tengah dunia itu membuatkan rumahnya bagaikan mempunyai bulatan kecil seperti roundabout.Memang lokasi dia memakir keretanya sekarang ialah lokasi sementara untuk pemandu-pemandu menurunkan rakan-rakan mamanya sebelum meletakkan kereta di halaman rumah yang jauh lebih besar.Jadi tiada alasan untuk mamanya mengamuk jika dia meletakkan kereta di situ.Bukan ada kawan mamanya pun hendak datang melawat petang-petang Jumaat ini.

Zara melangkah keluar daripada kereta dan menanggalkan cermin mata Gucci tanpa bingkainya yang berwarna ala-ala peach pink.Zara berjalan perlahan ke arah buaian yang terletak di sebelah kiri rumahnya yang berada dalam taman mini mamanya dan duduk di situ,menikmati udara petang.Sudah lama dia tidak ke mari.Sejak dia berpindah ke Paysage.Bukan tidak mahu datang tetapi malas mahu berhadapan dengan orang tuanya yang tidak habis-habis memeningkan kepalanya.Apabila bertemu dengan papanya,soal perniagaan dari A sampai Z pasti keluar.Isu yang tidak pernah diketahui pun pasti boleh diketahui sekelip mata.Silap-silap,sampai malam pun tak habis.Kalau mamanya pula,pasti dicanang pasal rakan-rakannya serta anak -anak teruna mereka.Itulah antara sebab mengapa Zara keluar daripada rumah besarnya ini.Penat mahu melayan kerenah pelik orang tuanya.Lebih baik bertemu sekali-sekala.Namun,itu tidak bermaksud dia melepaskan tanggungjawabnya sebagai anak.Setiap kali bertemu Pak Lah,pasti ditanyakan khabar orang tuanya.Diarahkan supaya pemandu keluarganya itu memaklumkan kepadanya jika ada apa-apa perkara yang memerlukan perhatian segeranya.

Dia melemparkan pandangan ke kolam ikan mamanya yang menempatkan beberapa jenis ikan yang cantik-cantik dan comel belaka.Zara mecapai plastik makanan ikan yang terdapat di situ dan ditaburkan sedikit untuk ikan-ikan tersebut.Sedekah.Ikan pun nak makan juga.Tapi tak boleh bagi banyak-banyak.Kembung ikan Puan Sri ni kejap lagi,aku juga yang kena,Zara bermonolog sendirian.Inilah kediamannya.Satu ketika dahulu dia bahagia tinggal di rumah ini bersama-sama keluarganya.Namun apabila masa beredar dan mereka membesar,lama-kelamaan dia terasa keseorangan.Semua tinggal kenangan.Mana tidaknya jika seorang -seorang meninggalkan dirinya.Mula-mula abangnya kemudian adiknya.Kakaknya sekejap ada sekejap tiada.

Kedengaran derap kaki berjalan di belakangnya.Zara menoleh.Kelihatan Mak Cik Lijah,pembantu rumahnya yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya sejak kecil lagi menghampirinya.Zara tersenyum kecil lalu memeluk wanita yang sebaya dengan mamanya itu.Dia lebih rapat dengan wanita itu berbanding mamanya.Wanita itu yang kerap kali menjaga makan pakainya,sakit lelahnya dan mendengar luahan hatinya sejak kecil lagi.Dia sahaja yang rapat dengan Mak Lijah.Abang dan adik lelakinya memang lebih rapat dengan mamanya.Kakaknya juga kerana kakaknya lebih menurut kata berbanding dirinya.Dirinya yang sering diketepikan berpaling kepada Mak Lijah untuk secebis kasih sayang.Kesal juga dihatinya tidak menjenguk wanita yang sudah dianggap seperti mamanya sendiri.

Lelaki itu...Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu