19 "Such a stupid baby.I don't mean your Baby.I mean youAmeer"

24.4K 621 34
                                    

Bab 19

"Such a stupid baby.I don't mean your Baby.I mean you,Ameer"

Zara memberikan salam yang kedua sebelum mengakhiri solat Zuhurnya dengan istigfar dan doa sahaja.Nak zikir lebih-lebih pun tak boleh.Bukan sebab tak tahu tapi kerana satu susuk manusia yang sedang memerhatikannya penuh tekun dari atas katil sampaikan dia pula yang tidak senang duduk dibuatnya.Jangan kata nak sembahyang lama-lama,nak mandi lama-lama pun dia tidak senang hati dibuatnya.Dikerling sekilas ke arah Yusra yang sedang duduk bersila sambil bersilang tangan di atas katilnya sambil matanya tepat memerhatikan dirinya.Pasti banyak persoalan dalam kepala gadis itu sejak insiden di luar pintu rumahnya setengah jam yang lalu.Zara melepaskan keluhan kecil sambil menggelengkan kepala kecil sebelum menadah tangan untuk mula berdoa.Selain mendoakan yang baik-baik sahaja untuk diri dan keluarganya,sempat juga dia berdoa supaya dapat keluar daripada soalan-soalan berat Yusra.Ya Allah,lepaskanlah aku daripada azab yang satu ni.Tak larat nak melayan soalan-soalan berbaur soalan sains daripada kakaknya yang satu ini.Boleh sakit jiwa oiii lebih-lebih lagi dari tadi Zara langsung tidak menjawab sebarang soalan-soalan panasnya sejak melangkah masuk ke dalam rumah.Mana tidaknya,belum sempat masuk ke rumah lagi,soalan-soalan petir kakaknya sudah mula menyapa dirinya.

Apabila teringatkan insiden di balik pintu tadi,Zara memang dapat mengagak kakaknya mungkin akan singgah dalam masa terdekat.Bukan untuk tujuan apa tapi mungkin untuk mengucapkan terima kasih daun keladi kerana telah menolong dirinya.Namun yang membuatkan dirinya terkejut beruk ialah secepat ini kakaknya menjejakkan kaki ke apartmennya.Inilah masalahnya bila tempat tinggal dirinya tidak lagi menjadi tanya tanya kepada ahli keluarganya.Semua dengan sesenang hati boleh mengunjungi dirinya tanpa perlu memaklumkan dirinya.Eee..rumah aku bukan pusat kebajikan masyarakat tau!Perdana menteri nak masuk pun kena buat appointment dengan aku,okey!

Sebaik sahaja ternampak Yusra tadi,memang suasana bertukar panik dan hening seketika.Ketiga-tiga mereka bagaikan kaku di tempat mereka berdiri.Termasuklah Yusra yang bagaikan terjojol matanya memerhatikan Ameer Reza yang memang seksi mengalahkan model wanita paling hebat di dunia.Apabila melihat Yusra memerhatikan Ameer Reza dengan pandangan penuh minat,Zara berasa terpanggil untuk menyelamatkan maruah lelaki itu.Amboi,macam Ameer tu gadis suci pula kau buat Zara!Yelah,mana tidaknya turun naik mata si Yusra memerhatikan Ameer Reza dari atas sampai ke bawah.Sesekali menganggukkan kepala mengiyakan sesuatu yang hanya diri Yusra sendiri yang tahu.Zara yang melihat pula yang seram.Naik bulu roma kau!Terus diarahkan dengan suara pejabatnya supaya Ameer Reza lekas-lekas masuk ke dalam rumah tanpa sebarang sebab.Ameer Reza yang memang blur tak tahu apa yang terjadi pun menurut sahajalah tanpa banyak soal.Dia sememangnya malu sendiri apabila melihat ada perempuan lain yang memandangnya tubuhnya yang terdedah dengan penuh minat.

"He's quite hot for a kind of a guy"Yusra sempat bersiul kecil.

Itu ayat pertama Yusra selepas Ameer Reza melangkah masuk ke rumah.Zara hanya mampu terdiam dan membuat muka tidak bersalahnya yang selamba badak itu.Zara menggelengkan kepalanya laju tiba-tiba.Ish..aku sepatutnya berdoa bukannya mengelamun ingat benda lain.Ishh...ini semua salah Yusra.Dialah yang buat aku sembahyang tak berapa nak khusyuk ni.Lain yang aku patut buat,lain yang aku fikir.Cepat-cepat Zara menyudahkan doanya sebelum dia kembali melalut mengingati perkara tidak penting ketika di atas tikar sejadah.

"Who is he?"soal Yusra ketika Zara mula menanggalkan telekungnya.

Zara memandang Yusra sambil mengjongket bahu, "Anybody but not somebody.Don't make your mind overthink Yus.Kau cuma nampak sesuatu yang dipanggil komunikasi sosial antara dua orang yang berjiran.It is normal."

"Yeah.Dalam keadaan yang mencurigakan.Seorang pakai boxer and look at you.Still in previous mess since yesterday's morning.So,aku tak rasa tindakan aku untuk overthinking is abnormal.Semua manusia normal dalam keadaan aku akan berfikir macam aku,"Yusra memepertahankan haknya dan membentangkan hujahnya dengan penuh bersemangat.

Lelaki itu...Onde histórias criam vida. Descubra agora