27 "Sepuluh"

34.7K 671 91
                                    

Bab 27

"Sepuluh"

"Fuh.Panasnya kereta you Nal,"Zara membuka pintu kereta seluas-luasnya.Tidak pula dia melangkah masuk.Sebaliknya dia berdiri saja di tepi pintu kereta sambil mengipas wajahnya dengan tangannya persis joyah-joyah kampung yang sedang menahan kepanasan.Woi,memang panaslah!Bagaikan matahari di atas kepala,memuntahkan sinar mentari dengan garangnya.Fuyoh,bermadah pula!Zara menyeringai menahan kepanasan dengan dahi yang berkerut-kerut.Sesekali dipejam-pejamkan matanya apabila merasa pedih akibat peluh yang tidak sengaja masuk ke dalam matanya.Dia sempat memandang Zainal yang juga membuka pintu kereta di bahagian pemandu.Enjin dihidupkan.Inilah akibatnya jika memakir keretanya di bawah terik mentari.Zara memerhatikan sekeliling.Sejak akhir-akhir ini,Zainal memang suka memakir kereta di hadapan bangunan pejabat mereka.Mungkin kerana tugas baru sebagai CEO memaksa lelaki itu keluar masuk syarikat berulang kali dalam masa sehari.Tidak mengapa.Itu hak Zainal.Dah jadi bos kan!Bos Zara lagi.Zara kena redha.

"Kenapa tak parking basement aje Nal?Kesian Toyota you ini.Tengok.Nasib baik tak cair kereta you ini"bebel Zara sambil memandang Zainal yang juga sedang berpanas dan berkipas sepertinya.Bezanya,Zainal menggunakan kertas untuk menghasilkan angin berbanding dirinya yang hanya menggunakan tangan.Nampaknya,Zainal pun tidak rela melangkah terus ke dalam kereta.Zainal menggelengkan kepalanya perlahan.Kereta lembu pun tak sepanas kereta Zainal ini tau!Memang bahang habis.Ini memang confirm rentung kalau terus masuk dalam kereta ini.Jangankan manusia,semut pun tak ingin nak masuk!

"I takut kalau kita nak kena keluar balik.Malaslah I nak parking bawah.Buang masa aje.Lagipun inilah masa nak gunakan kuasa veto I sebagai CEO baru syarikat.Kan?,"Zainal sempat membangga diri membuatkan Zara menjuihkan bibirnya.Hello,nak berlagak dengan bekas CEO pula?Malas dia mahu melayan karenah Zainal.Memang Zainal kini majikannya setelah lebih dua bulan menyandang jawatan tersebut.Hah,Zara!Rasakan macam mana jadi kuli.Padan muka!Selalu asyik nak marah pekerja bawahan sajakan?

"Iyalah itu,Encik Zainal oi.Tahulah dah naik pangkat.Berlagak pula dengan I.Sukalah itu dapat jadi CEO kan?Pangkat aje pun Nal.Tak besar mana pun,"Zara memandang Zainal dengan mata yang kecil,menahan sinaran matahari.Eleh,macam aku kisah sangat dia ambil jawatan itu.Aku lagi sukalah!Tak berlubang-lubang otak aku memikirkan masalah syarikat yang tak pernah habis,fikir Zara.Digunakan tapak tangannya untuk menahan cahaya matahari daripada terus-terusan mengecilkan matanya.Aduhai,tua betul.Macam mana aku boleh terlupa sunglasses dalam kereta.Sunglasses dalam handbag pun lupa.Hish!Memang betul kot aku nenek kebayan,celoteh Zara.Memanglah logik lupa kalau dia memilih untuk meninggalkan beg tangannya dan membawa wallet sahaja di dalam genggaman tangannya kini.Tidak menyangka pula cuaca akan sepanas ini.Sebenarnya pagi tadi mendung.Namun sejak pukul 1 tadi,matahari kembali muncul setelah bersembunyi sepanjang pagi.Sekelip mata,cuaca yang asalnya dingin berangin berubah menjadi panas dan kering.Biasalah,cuaca bukan boleh diramal,kan?

Akhirnya mereka berdua memilih untuk masuk juga ke dalam kereta kerana tidak tahan terik cuaca di luar.Sama sahaja akibat berdiri di luar atau duduk di dalam kereta..

"Ingat senang ke nak jadi lagi superior dari you?I'm still your boss now,"Zainal melangkah perlahan-lahan duduk di depan stereng keretanya.Kalau tidak,sampai ke sudah dia terpaksa bekerja di bawah Zara.

"Okey.Apa-apa ajelah bos.Malas nak dengar..Ya Allah,kenyangnya perut.Sedap betullah nasi Arab tadi,"Zara bersandar di kerusi penumpang sambil menepuk-nepuk perutnya yang kekenyangan.Mereka baru sahaja selesai makan tengah hari satu jam yang lalu namun kekenyangan yang dirasai Zara masih terasa sehingga kini.Masih terasa kesesakan trafik dalam perutnya.Pasti perutnya sedang biul hendak memproses makanan sebanyak itu.Lantak kaulah!Mana tidaknya.Makan mengalahkan lembu dengan kerbau.Bayangkan nasi Arab yang penuh berbukit di atas pinggan besar itu berjaya dihabiskan Zara tanpa meninggalkan sebutir nasi pun seorang diri.Zainal sendiri tidak mampu menghabiskan nasi tersebut malah meninggalkan suku daripada nasi itu.Ternganga?Memang Zainal ternganga apabila menyaksikan Zara makan dengan lahapnya bagaikan sepuluh tahun tidak makan.Tapi hatinya senang apabila kekasih hati makan dengan kenyang dan tak berdiet seperti wanita lain.Makan macam hantu tapi tetap kurus di matanya.Agaknya kalau masak cacing masak sambal,makan ke tidak eh si Zara ini?

Lelaki itu...Where stories live. Discover now