18 "Tak payah nak bersayang-sayang dengan aku.Geli!"

26.2K 614 13
                                    

Bab 18

"Tak payah nak bersayang-sayang dengan aku.Geli!"

Zara merasakan badannya menggigil kesejukan lalu dirapatkan dirinya dengan sumber haba yang paling hampir sambil tangannya menarik selimut hingga ke paras lehernya.Dia selesa apabila dirasakan terdapat haba yang memanaskan badannya.Malah,bantal yang menjadi alas kepalanya dirasakan lebih empuk daripada biasa.Tangannya yang kejap memeluk bantal juga dirasakan mengalirkan sumber haba yang datang entah daripada mana.Dapat dirasakan pendingin hawa yang terpasang lebih rendah daripada kebiasaan.

Apahal sejuk sangat?Zara mengeratkan pelukannya terhadap bantalnya sambil mendekatkan dirinya dengan bantal tersebut.Tiba-tiba dapat dirasakan satu irama berbunyi dari bantalnya.Pelik.Bunyi irama tersebut bagaikan degupan jantung yang berdegup dengan kelajuan normal.Zara pelik.Ni apa masalah bantal ni pula?Sejak bila ada jual bantal ada bateri,boleh main lagu macam kotak muzik?Dia cuba untuk tidak mengendahkan bunyi yang didengari dan menyambung tidurnya memandangkan dia masih merasakan badannya keletihan.

'Penatnya.Balik pertunjukan semalam,kemas rumah lelaki tak guna tu lagi.Nasib baik tinggal bilik dia aje.Lain semua dah siap,'Zara mengomel perlahan di dalam hati apabila mengingati kejadian semalam sambil tersenyum senang hati.

Zapp!

Tiba-tiba dia bagaikan teringat sesuatu.Serta-merta matanya terbuka luas.Terkebil-kebil matanya memandang pemandangan yang terhidang di hadapannya.Struktur dan hiasan bilik yang jelas lagi nyata bukan miliknya.Terus dia bangun terduduk sambil memandang tempat dia berbaring.Ternganga mulutnya apabila menyedari dirinya yang enak berbaring di atas dada Ameer Reza yang terdedah tanpa pakaian.Jadi..jadi.muzik yang didengarinya dari tadi ialah... irama detak jantung lelaki itu sendiri.Kelihatan lelaki itu sedang nyenyak tidur.Zara memandang sekeliling.Perlahan-lahan,dia mula mengingati kejadian malam semalam.Tetapi..kenapa lelaki ini ada di sini? Dan kenapa dia tak pakai baju?Kenapa aku pakai singlet je?Terus sahaja tangannya mengangkat selimut tebal itu dan meninjau ke bawah selimut.Dia masih lagi berseluar.Selamat!

Dia menghela nafas lega.Namun,dia merenung wajah Ameer Reza seketika sebelum matanya jatuh ke arah dada lelaki itu.Astagfirullahalazim.Dosa apa lagi aku nak buat ni?Apa kena kau ni Zara?Zara menutup matanya dengan tangan kanannya bagi menghalang pandangan matanya.Namun lima saat kemudian,dia kembali melihat di celah-celah jarinya.Melihat apa?Tengok apa lagi kalau tak meninjau hidangan depan mata.Ish,Zara ni bahaya juga sebenarnya.Dia leka memerhatikan Ameer Reza di sebalik jari jemarinya.Alah,kalau nak tengok,tengok ajelah betul-betul.Ini nak main curi-curi tengok pula.Demi mengelakkan perangai tak senonohnya berterusan,Zara terus mencapai selimut yang menyelimuti badannya dan mula menutupi badan Ameer Reza daripada terus terdedah.Tapi apabila dia menarik selimut untuk menutup dada lelaki itu,bahagian kakinya pula yang terdedah.Semakin kalut pula si Zara.Terkejut dia.Lantas,dengan kelam kabut,dia menutup rapi badan lelaki itu.Sekali tengok,dengan kepala-kepala sekali dia nak bungkus dalam selimut tebal itu.Dah macam pocong pula dah!

Zara termangu seketika,memikirkan kejadian semalam.Sebaik sahaja Muiz menghantarnya ke Paysage,cepat-cepat dia turun dari kereta lelaki itu selepas mengucapkan terima kasih.Tiada kata-kata pelawaan untuk minum air atau singgah ke rumahnya.Dia ingin cepat-cepat mengakhiri pertemuan mereka.Semakin lama dia berada dengan Muiz,semakin kalut jiwanya dengan permainan hati yang ditonjolkan oleh Muiz.Dalam perjalanan pulang,dia singgah di rumah Ameer Reza untuk melepaskan geram dengan membersihkan rumah lelaki itu.Namun,kerana teramat keletihan, dia tertidur di sebelah katil.Zara merenung Ameer Reza yang sedang nyenyak tidur.Ewah,sedap kau tidur!Dasar suka ambil kesempatan.Patut kau kejutlah aku kalau betul kau dah balik.Rumah aku bukan jauh pun!Sejengkal aje.

Zara terus sahaja menendang kaki lelaki itu kuat.Geram punya pasla.Namun,dek kerana nyenyaknya lelaki itu tidur,Ameer Reza hanya memberi respon sedikit sahaja dengan menggerakkan badannya sedikit dan merengek kerana tidurnya diganggu.Zara tersenyum jahat.Ooo..nyenyak kau tidur ya.Siap kau!Kau tidur sedap-sedap,kejap lagi malapetaka datang.Tunggu kau!

Lelaki itu...Where stories live. Discover now