10-"Er..sorry Ameer.Aku..aku tak sengaja"

25.4K 632 14
                                    

Bab 10

"Er..sorry Ameer.Aku..aku tak sengaja,"

Ameer Reza memerhatikan sahaja pegawai daripada Menara Kuasa membentangkan pelan cadangan pembinaan hotel lima bintang yang bakal bermula tiga bulan lagi.Sudah hampir satu jam setengah dia berada di situ,duduk di sebelah Imran yang merupakan setiausahanya di pejabat yang sedang sibuk mencatit sesuatu di buku notanya.Dia daripada tadi tekun mendengar penerangan yang diberikan.Baginya dia sukakan cadangan yang diberikan untuk pembinaan tersebut.Dia suka seni bina bangunan itu yang nampak kreatif dan lain daripada yang lain.Unik namun dia sedikit meragui pelan itu yang dikatakan direka oleh satu kumpulan yang terdiri daripada empat arkitek yang semuanya terdiri daripada lelaki.

"Brilliant.You tak rasa ke idea dia orang ni brilliant.Walaupun mereka kumpulan yang last sekali tapi I dapat rasakan idea dia orang memang marvelous.You tak rasa macam tu ke Ameer?,"sebaik sahaja habis pembentangan tersebut,satu tepukan gemuruh diberikan oleh semua pegawai daripada Alam Bina Sdn Bhd yang hadir.Imran,setiausaha Ameer Reza bertanya sejurus selepas bunyi tepukan itu reda.Ameer Reza geram!Eh,budak ini.Ada ke aku yang ditanya.Macam dia pula bos.Tapi memandangkan dalam situasi itu,dialah setiausaha dan Imran merangkap setiausahanya berlakon pula menjadi CEO syarikat membuatkan soalan tadi itu sememangnya normal untuk ditanyakan oleh seorang bos kepada anak buahnya.

Kenapa terjadi situasi ini?Memang ini cara dia berurusan dengan orang luar.Dia lebih selesa orang luar tidak mengetahui siapa dia supaya orang luar tidak perlu terlalu berpura-pura dengannya dan bermanis mulut.Dia memerlukan hasil kerja yang bagus bukan kaki bodek.Namun,hampir semua syarikat yang menyertai perebutan tender kali ini kenal siapa dia kerana sememangnya pernah berurusan dengannya.Namun,ini kali pertama Kuasa Arkitek berurusan dengannya.Kuasa Arkitek bukanlah syarikat baru yang baru mencipta nama dalam dunia perniagaan.Dia juga tahu dan kenal dengan Kuasa Arkitek lebih-lebih lagi ketika era pemerintahan Tan Sri Yazid.Namun sejak Tan Sri Yazid turun takhta,syarikat tersebut lebih menjalankan perniagaan mereka secara tertutup dan senyap.Walaupun Ameer Reza pernah menawarkan satu projek kepada mereka tiga tahun yang lepas namun dipandang sepi sahaja oleh pihak Kuasa Arkitek.Jadi dia jadi tidak tahu cara berurusan dengan mereka.Malah profil syarikat juga hanya dipandang sekilas lalu.Siapa CEO syarikat yang baru juga malas untuk diambil tahu.Dia tahu syarikat itu hebat namun cara menjalankan perniagaan dengan lebih tertutup a.k.a underdog membuatkan sedikit sebanyak Ameer Reza kurang berminat ke atas syarikat ini.Namun,melihat prestasi mereka yang baik,dia tidak kisah untuk memberi peluang.Dia bukanlah CEO yang memandang populariti sahaja dalam bekerja.Baginya,hasil kerja yang baik itu lebih penting.

Ameer Reza mengerling Imran yang sedang duduk di hujung meja di mana kerusi yang selalu dia duduk kini Imran duduki.Imran berdehem,sedikit takut apabila Ameer Reza memberikan amaran dalam diam.Ameer Reza kembali memandang ke arah skrin sambil berfikir sesuatu.

"Er..aku sedikit ragu-ragu dengan plan ni"kata-kata yang diucapkan oleh Ameer Reza membuatkan sepuluh orang yang berada di dalam bilik mesyuarat yang sederhana besar itu memandangnya terkejut.

Zainal yang hadir sebagai orang kanan syarikat untuk memberi sokongan tersenyum tenang sambil membetulkan duduknya di kerusi selang empat bertentangan dengan Ameer Reza.

"Err..design ni terlalu..macam mana nak cakap eh.Bagi aku okey..memang cantik.You all kata team arkitek you all semua guys.But I think there is slightly feminine touch here.You see those architecture above the building.I bet it is a woman's touch.Sentuhan lelaki tak precise and unik macam tu.This one is extra-ordinary.Kerja artist dan orang yang sangat kreatif"

Zainal menganggukkan kepala,mendengar sambil melirik ke arah Faris di sebelah kanannya.Faris juga merenung ke arahnya.Mereka saling berbalas renungan,menyampaikan satu nama melalui pandangan itu.Zara Harnina Yazmin!Memang dia punya kerja.Itulah part yang gadis itu tukar bagi membolehkan mereka mendapat perhatian sebegini.Zara memang kreatif orangnya.Kerja-kerjanya memang cantik dan sentiasa mendapat pujian.Namun dalam situasi ini,Zainal tidak tahu mahu menganggap ianya baik atau sebaliknya.Perasaan pelik bertandang di hati Zainal.Imran tidak kelihatan seperti yang digambarkan.Sebaliknya.setiausaha Imran yang kelihatan menakutkan.Dengan pandangan mata Ameer Reza sahaja,Zainal sendiri tidak senang duduk.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now