9 "Your eyes.They are so...blue"

28.2K 620 16
                                    

Bab 9

"Your eyes.They are so...blue,"

Bath robe yang tergantung di tempat penyidai di sebelah pintu bilik air dicapai Zara lalu disarungkan di tubuhnya.Selepas mandi,ternyata dia lebih selesa dan lebih sejuk.Kalau tidak,dialah cacing kepanasan dalam dunia ni.Dia berasa seolah-olah dialah gadis paling busuk dalam dunia ini.Dia menoleh sekilas ke arah bilik air milik lelaki itu yang ternyata amat besar dan luas.Siap ada jakuzzi lagi.Batu marmar berwarna coklat pekat dan cair berselang seli menghiasi lantai bilik air milik lelaki itu..Namun sebab sekarang sudah pukul 3 pagi dengan tahap kesejukan yang hampir membunuh,Zara lebih gemar untuk mandi di dalam pancutan air biasa sahaja dari berlama-lamaan di dalam bilik air.Dia sendiri tidak tahan sejuk.Buat apa pula dia mahu mandi lama-lama walaupun jakuzzi yang terdapat dalam bilik air yang agak besar itu memang menggoda dirinya untuk berendam di dalamnya.Tak kuasa aku nak membunuh diri dalam kesejukan tahap cipan macam ni.Gigi aku macam dah nak tercabut berlaga satu sama lain menahan kesejukan.

Zara merenung imej dirinya yang ternyata lebih segar berbanding sebelumnya.Kalau tidak,tadi sebelum masuk ke dalam bilik mandi, dia pun terkejut dengan dirinya yang serabai,rambut yang bagaikan pontianak kesiangan dan maskara yang sememeh.Dia pelik bagaimana Ameer Reza mampu bertahan malah makan semeja bersamanya dengan rupanya yang amat tidak menyelerakan tadi.Zara mendekatkan wajahnya dengan cermin untuk menanggalkan kanta pelekap yang dipakainya.Kanta pelekap yang dipakai sejak daripada zaman sekolah menengah lagi.Bukan kerana dia rabun namun kerana dia tidak suka merenung ke dalam anak matanya sendiri.Anak mata yang sering mengingatkannya kepada papanya dan juga Muiz.Matanya yang banyak memberi isu dunia kepadanya.Mata yang mampu membuatkan dia sedih sendirian pabila keseorangan.Mata yang mempunyai seribu satu cerita.

Matanya pedih kerana memakai kanta pelekap itu melebihi tempoh 14 jam yang ditetapkan.Dia menanggalkan sahaja dan terus dibuang ke dalam tong sampah yang terletak di sebelah kiri sinki.Tiada bekas untuk menyimpan mahupun air saline yang boleh digunakan untuk merendam kanta pelekap itu.Semuanya tiada kerana ini bukan rumahnya.Oleh itu,nasib kanta pelekap itu memang tidak boleh diselamatkan dan terpaksa dibuang kerana kalau dibiarkan kering tidak berendam,lens itu pastinya mengeras dan apabila dipakai semula pastinya menyakitkan dan kurang selesa bagi Zara.Walaupun kanta pelekap itu masih baru namun Zara terpaksa berkorban.Dia tidak mahu matanya dijangkiti kuman.Berbanding kanta pelekap tersebut,dia lebih sayangkan matanya itu walaupun dirinya menganggap matanya sendiri bagaikan cacat.

Direnung anak matanya di dalam cermin.Lama dia merenung ke dalam anak matanya sendiri sebelum mengalihkan pandangan pada rambutnya yang basah.Mata yang menyaksikan seribu satu cerita.Digunakan tuala bersih yang memang tersedia tergantung di penyidai tuala seperti bath robe tadi juga untuk mengeringkan rambutnya yang masih lembab.Disengetkan kepalanya bagi membolehkan rambutnya tergantung bebas di sebelah kanannya bagi memudahkan dia mengeringkan rambutnya.Sambil mengeringkan dia bernyanyi kecil mendendangkan lagu k-pop kegemarannya. Namun tidak bertahan lama apabila matanya menangkap sesuatu di sebelah tengkuk kirinya.

Terbuntang mata Zara apabila dia melihat kesan lebam biru keunguan di atas kulitnya di bahagian tengkuk kirinya serta kesan bekas gigi Ameer Reza.Didekatkan wajahnya ke cermin bagi memastikan apa yang dilihatnya itu memang ada di situ dan bukan halusinasinya.Disentuhnya kulit di situ.Dia menggelengkan kepala perlahan.Besarnya kesan lebam ini.Kenapa pula ni?Kena gigit apa ni?Semut?Lebah?Ulat apa?Pepijat?

Bagaikan kamera,otaknya mengimbas kenangan yang terakam dalam kotak mindanya sebeleum dia tertidur atas sofa tadi.Satu persatu secara terperinci terlayar di fikirannya.Rambut.Wangi.Zara.Ameer.Natalie.

"Damn you,Ameer!"Zara menyumpah Ameer Reza serta-merta apabila dia sedar kesan apa yang terdapat pada kulit putihnya itu.Terus sahaja Zara membaluti rambutnya dengan tuala itu pantas.Bersedia mahu menyerang Ameer Reza.Memalukan betul!Eee..dasar buaya tembaga!

Lelaki itu...Where stories live. Discover now