5 'Zara bukan nama kau ke?'

25.6K 730 14
                                    

Bab 5

'Zara bukan nama kau ke?'

Kelihatan Ameer Reza dengan bahagianya sedang mengunyah epal sambil duduk di atas bangku tinggi di dapurnya.

"Hei,kau buat apa dekat sini,babun?,"soal Zara,bertempik kerana terkejut.

"Mind your language young lady,"tajam renungan Ameer kepada Zara sesaat dua sebelum kembali tersenyum dan menjongkitkan bahunya tanda tidak tahu apa yang dilakukan di rumah Zara.Padahal,sejak Zara menghalaunya keluar dari rumah tadi,dia langsung tidak keluar daripada rumah gadis itu.Sebaliknya dia mengambil masa untuk menyelongkar peti sejuk Zara dan menemui epal merah lazat yang sedang lumat dikunyah-kunyah di dalam mulutnya.Sambil makan dia mengamati interior design rumah Zara yang ala-ala moden kotemporari.Banyak menggunakan padanan warna putih dan hitam.Nampak bosan namun tetap mahal pada pendapatnya..Kebanyakan perabot,langsir,alas meja,sofa juga berwarna putih.Sekali tengok macam gadis ini gilakan warna putih pun ada.

Sedang dia leka duduk di ruang tamu mengadap TV,kedengaran Zara masuk ke bilik.Niatnya untuk memanggil tetapi kelihatan Zara menonong sahaja masuk ke biliknya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling menyebabkan Ameer bercadang untuk menunggu sehingga Zara keluar dari bilik.Tunggu punya tunggu,Zara tidak keluar lalu dia memutuskan untuk duduk di dapur dan menjamah sebiji epal lagi sambil meminum lebihan air teh dan kek coklat moist tadi.Sambil makan di kaunter berdekatan sinki dan tempat memasaklah dia terdengar mulut Zara rancak mengomel seorang diri menandakan gadis itu sudah keluar semula dari biliknya.

Apabila ditinjau,terbuntang matanya melihat Zara yang hanya bertuala mandi sedang mengemas meja makannya.Dengan rambut perangnya yang masih lagi lembap serta tuala putih kapas yang menunjukkan sebahagian besar kulitnya yang putih serta lehernya yang jinjang menyebabkan Ameer Reza hampir tersedak.Kalau macam ni,Pak Imam pun boleh kena serangan jantung.Terkeluar epal yang sedang dikunyahnya di dalam mulut.Dia akui selain mulut mak nenek Zara,gadis itu sempurna dari segi penampilan dan paras rupa.Cuma mulutnya yang persis beruk kena belacan itu membuatkan dia berasa ringan untuk mencekik-cekik gadis itu sehingga arwah.

"Aku kan dah suruh kau balik"suara Zara tinggi sambil merenung tajam Ameer lalu berjalan ke arah Ameer Reza.Epal yang tinggal separuh bulatan di tangan Ameer Reza dirampas kasar oleh Zara.Terasa dadanya turun naik menandakan dia sedang cuba mengawal kemarahannya yang kian membara.Apabila berdiri betul-betul di sebelah Zara,semakin kuat bau aroma mandian ,losyen serta minyak wangi Enchanteur yang dikenakan di tubuh Zara.Sedangkan sebelum Zara melangkah masuk dapur tadipun dia sudah boleh terhidu bau wangian Zara berbatu jauhnya.Inikan pula apabila berada di sisinya dalam jalan tak sampai satu meter.

Apabila dekat begini,tipulah untuk mengatakan Ameer Reza tidak tertarik untuk memandang ke arah daerah-daerah yang tidak sepatutnya di tubuh Zara.Zara pelik apabila Ameer Reza hanya diam sambil merenung tajam ke arah dadanya.Dia turut memandang ke arah pandangan mata Ameer Reza.Membulat matanya apabila menyedari apa yang sedang berlaku.Namun,seperti biasa dia bukan wanita yang cepat melatah.Kalau satu syarikat empayar besar mampu dikawal,inikan pula hanya seekor makhluk asing didalam rumahnya.Dia menarik nafas dalam-dalam lalu meletakkan epal yang dipegangnya di atas pinggan di hadapan Ameer Reza.

Dia tersenyum geram bercampur sinis.Terus tangan kanannya mencengkam rahang Ameer dan memalingkan muka Ameer supaya berlawan mata dengan matanya.Ameer terkaku.

"Mata aku dekat sini,Mr.Ameer Reza.Dekat muka bukan dekat tempat kau pandang tadi itu.And I don't consider you as a human being enough to enjoy my body by your naked eyes.Since you are a non-human being to me,I assume you don't have what human call lust to enjoy this kind of pleasure.Therefore,there is no need for me to cover my self like a pathetic girl or you to start acting like a real man.Therefore,focus your eyes on me and only my face.Did I make my self clear enough?"kata-kata Zara penuh amaran menunjukkan dia tidak takut dengan apa jua situasi yang sedang dihadapinya.Diakan ruthless bitch.Kalau setakat badannya yang menjadi pertaruhan,dia masih mampu untuk mempertahankan maruah dirinya.Dia tidak perlu takut dengan Ameer Reza.Dia tidak menggoda Ameer Reza.Dia tidak bernafsu dengan Ameer Reza.Ameer Reza yang mencerobohi rumahnya.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now