30"You should stick to this brand,sweetcheek,"

26.5K 693 189
                                    

Bab 30

"You should stick to this brand,sweetcheek,"

Zara menghidupkan enjin keretanya dan menghidupkan pendingin hawa.Lelah sungguh dia.Dia menoleh ke arah jam tangannya.Jam hampir menunjukkan pukul 11 pagi.Dia terlambat bangun gara-gara berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerja yang lambak gara-gara ketiadaan Zainal yang pergi ke Singapura.Dia pulang ke rumah ketika hampir Subuh.Dalam dia menjalankan tugas-tugasnya sebagai pembantu peribadi Zainal, sedikit sebanyak dia harus juga mengambil tahu dan menolong Zainal dalam urusan syarikat papanya memandangkan Zainal kurang arif tentang bab berkenaan.Kesian pula apabila dia melihat Zainal yang terkial-kial menguruskan syarikat papanya itu.

Zara bersandar di tempat duduk pemandu.Sungguh dia berasa sangat mengantuk.Dia hanya mampu tidur selepas Subuh iaitu pada pukul 7 pagi dan bangun lima belas minit yang lalu.Hanya tiga jam lebih.Itupun kerana Zainal menghubunginya untuk bertanya adakah dia sudah bertolak ke Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan Imran, ketua pegawai eksekutif Alam Bina Sdn. Bhd.Kenapalah ada majlis-majlis perkahwinan ketika hujung minggu sebegini?Malasnya.Kalau dulu bolehlah dia wakilkan orang lain.Sekarang?Dia sendiri kuli,dia sendiri yang kena pergi atas arahan bos.Rasakan.Dulu sesuka hati aje nak mengarah orang kan.

"Ooo...I dah sampai Tapah dah"

Zara ketawa kecil sambil memejamkan matanya.Tiba-tiba dia teringat.Itulah jawapan yang diberikan kepada Zainal ketika dia terhuyung-hayang mencapai tuala mandi dan menuju ke arah bilik air tadi.Padahal mata pun tak terbuka.Sibuk sangat cakap dah sampai Tapah.Sungguh Zara berasa tidak larat.Kalaulah perkhidmatan Pak Lah boleh diguna pakai.Tindakan refleksnya tanpa sedar membuatkan dia menggelengkan kepala.Oh,tak boleh.Tak boleh.Cukup dengan apa yang terjadi minggu lepas.Serik.Taubat.Semua ada.Rasanya tiada kudrat untuk mendengar bebelan papanya lagi.Silap hari bulan perkara itu diungkit semula jika dia berkeras mahukan Pak Lah menghantarnya ke Taiping.

Kalau cakap dengan mama pula,ayat trade mark dia ialah "suruh kahwin tak nak.Kawan mama ramai yang anak dia bujang-bujang lagi.Handsome pula itu".Ish mama itu.Muka tongkang pecah pun dikatanya kacak kalau mak bapak dia kaya.Ingat semua anak orang kaya kacak-kacak dan cantik-cantik ke?Propa je itu.Duit mak bapak dia orang je cantik sangat.Itu yang mama sibuk nak buat menantu itu.Adui,mama..mama.Semakin penat pula apabila terbayangkan orang tuanya.Dia lebih memilih untuk lelap ketika itu juga.Dengan suhu badannya yang nyaman akibat baru sahaja mandi dan pendingin hawa yang sejuk,rasanya boleh sahaja dia terlelap dalam masa singkat.

"Allah.Godaan betul," Zara bersandar selesa sambil memejamkan matanya.Amboi Zara.Ini ada yang betul-betul terlelap ini.Awak itu dah terlambat.Lepas itu nak memandu jauh.Masih lagi sibuk nak main pejam-pejam mata.Nanti kau entah ke mana, majlis Imran entah ke mana.Eh,budak bertuah ini!Silap-silap kau sampai,pengantin tengah cuci kuali!Dengan kau-kau sekali kena cuci nanti.

Zara memejamkan matanya dengan perasaan senang hati.Betul-betul senang hati sehingga dia tidak perasan dia sebenarnya telah terlelap hampir 15 minit.Malas sungguh rasanya untuk mewakili Zainal ke majlis ini.Kalau Zainal ada,rasanya dia lebih rela berbungkus di dalam comforternya dari memaandu jauh semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.Letih.Lagi-lagi apabila terpaksa mengorbankan masa rehatnya di hari minggu.Ahad itu sekali aje seminggu tau.Argh,Zara.Ini strategi bisnes.Untuk meluaskan pengaruh dan menambah senarai rakan niaga.Jangan malas sangat boleh tak!!!Zara membuka matanya semula.Aduh,ingat apabila mata terpejam,katilnya akan berada di depan mata.Tapi itu hanyalah angan dalam lakluknya.Realitinya,stereng kereta sedang menunggu untuk diputar ke kiri dan ke kanan.

"Mak oiii.Dah 15 minit.Eh.Siapa matikan enjin ini.Eh,mana kunci kereta..,"Zara baru terperasan pintu keretanya terbuka.Dia memandang kereta yang terpakir di sebelahnya.Kelihatan Ameer Reza sedang leka membaca surat khabar pagi sambil minum sesuatu dari termosnya.Zara tercengang memandang Ameer Reza.Ameer Reza pada mulanya tidak perasan akan Zara yang sudah terjaga.Namun apabila mata mereka bertentang,dia hanya berlagak biasa.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now