7 'Manis'

25.6K 625 8
                                    

Bab 7

"Manis"

Dua bungkus sampah dicampakkan ke dalam tempat yang disediakan.Banyak betul sampah!,bisik hati kecilnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.Orang dalam apartment ni membiakkan sampah-sampah ni sampai melimpah-melimpah.Macam-macam jenis sampah yang ada di situ.Ada sampah jenis basah seperti sisa makanan dan ada juga sampah kering seperti kertas-kertas.Nasib baik bilik sampah ini tidak berbau.Kalau tak jangan harap Ameer Reza nak merajinkan diri turun ke tingkat G untuk membuang sampah.Eleh,si Ameer Rezza ini rajin pun sebab sampah dalam rumahnya yang telah melimpah-ruah dalam tong sampah kecilnya.Itu sebablah sampai 2 bungkus sampah dia bawa hari ini.2 bungkus sampah besar untuk semingu.Tidak ke banyak tu?Lagi-lagi bila dia tiada di rumah.Patutnya tiada sampah yang dihasilkan.Ni semakin bertimbun pula.

Ameer Reza pantas sahaja meninggalkan bilik pembuangan sampah itu dan terus sahaja menaiki lif yang sama yang dia naiki ketika turun tadi.Nampaknya tidak ramai orang yang keluar pada waktu yang menginjak tengah malam ni.Kebanyakkan penghuni barangkali kepenatan setelah satu hari membanting bahu mencari rezeki.Sambil naik,Ameer Rezza terfikirkan jiran barunya iaitu perempuan tak berapa betul di sebelah rumahnya itu.Sudah seminggu lamanya dia tidak bertemu gadis itu namun apabila balik sahaja terus mereka bertentang mata.Tidak sampai 24 jam lelaki itu berada di rumah,gadis itu telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya.Sejak gadis itu berpindah ke situ macam-macam peristiwa pelik yang mereka berdua alami gara-gara mama gadis itu.Sebelum gadis itu pindah ke situ sudah hampir dua tahun juga Ameer Reza tinggal di apartmen yang sama.

Selama ini dia aman sahaja duduk di rumah itu.Tiada siapa yang menghuni unit yang Zara duduki sekarang ini sepanjang-panjang Apartment Paysage ini ditubuhkan.Itu pun mengikut fakta-fakta yang pernah diberitahu oleh penjual-penjual unit sebelum ini.Itu yang membuatkan unit di sebelah rumahnya itu mempunyai harga yang agak mahal.Itu membuatkan Ameer Reza yakin bahawa Zara Harnina Yazmin bukan calang-calang orang kerana mampu memiliki unit mahal seperti itu.Tambahan pula,emak ke pada gadis itu merupakan seseorang yang bergelaran.Itu menguatkan lagi fakta bahawa gadis itu anak orang berada.Namun,selebihnya dia tidak punya maklumat lanjut tentang gadis itu.Status hubungan mereka bukan berkawan jauh lagi berkasih.Mereka hanyalah jiran.Itupun jiran atas secara tidak sengaja.Iyalah,orang-orang dekat sini tidaklah selalu sangat keluar untuk menjalani aktiviti sosial bersama jiran-jiran.Orang-orang di sini lebih gemar menghabiskan masa di sebalik pintu rumah mereka bersama keluarga.Jarang mereka keluar rumah untuk beramah mesra seperti di kampung.

Tiba sahaja di depan rumahnya,Ameer Reza sempat merenung ke pintu rumah gadis itu.Apakah yang gadis itu sedang lakukan?Dia tersenyum kecil apabila teringatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi.Gadis itu memang aneh.Tidak sama dengan teman-teman wanitanya yang rata-rata semuanya comel-comel dan manja semata-mata.Ada sesuatu yang dia nampak pada gadis itu.Ketabahan hati.Dia teringat lagi apabila dia merenung ke dalam anak mata gadis itu ketika kejadian panas mereka seminggu yang lalu,dia juga nampak sesuatu yang ada dalam anak mata gadis itu.Bukan tahi mata,bukan bulu mata tetapi kesedihan.Namun,siapa dia mahu mengulas isu tersebut di hadapan gadis itu.

Tiba-tiba,dia bagaikan tersedar sesuatu.Terus tindakan refleksnya mengetuk kepalanya sendiri dengan tangan kanannya.

"Apa aku buat ni?Ishh,membazirkan sel-sel neuron otak aku aje bekerja nak ingatkan dia.Dia bukan sesiapa pun.Sekadar lumut di tepi longkang,"bebel Ameer Reza kepada dirinya seorang diri sambil jari jemarinya lincah menekan kata laluan rumahnya.Sewaktu menutup pintu,perasaan pelik mula menerjah dirinya.Kedengaran televisyen dipasang kuat.Aku tak tutup TV ke tadi?Tutup rasanya,bisik lelaki itu sambil cepat-cepat melangkah ke arah ruang tamu.Ada orang datang ke?Namun tiada siapa tahu kata laluan rumahnya.

"Zara Harnina Yazmin!"Ameer Reza menjerkah apabila kelibat gadis itu kelihatan sedang berbaring santai di atas sofa dengan kaki terlujur di bahu sofa.Zara yang sedang berehat terus mengangkat tangan menyapa lelaki itu tanpa perasaan serba salah.Matanya masih lagi fokus pada TV tanpa mempedulikan kehadiran lelaki itu.Zara mengiringkan tubuhnya terhadap Tv membuatkan buah pear yang terletak di atas perutnya dan isi makanan ringkas yang berada dalam plastik pembalutnya tergolek jatuh ke lantai.Membulat mata Ameer Reza memerhatikan pear yang tergolek di atas permaidaninya yang berbulu dan makanan ringan yang bersepah di atas lantai.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now