20 "Kalaulah aku ada magic,dah lama aku berhentikan motor tu"

21.2K 535 19
                                    

Bab 20

"Kalaulah aku ada magic,dah lama aku berhentikan motor tu,"

Ameer Reza menikmati pemandangan pagi dengan tenangnya sambil mulutnya dari tadi tidak berhenti-henti mengunyah Milo dan roti butterscotch yang disediakan oleh Zara.Setelah hampir setengah jam berada bersama dengan gadis itu di atas motor berkuasa tinggi mewahnya,Ameer Reza memang mengakui bahawa Zara seorang gadis luar biasa yang mampu mengemudi kenderaannya dengan baik.Malah lebih baik daripada dirinya sendiri.Mungkin kerana pengalaman gadis itu yang lebih lama berbanding dirinya dalam bab-bab motorsikal ini..Oleh itu,tiada sebab untuk Ameer Reza menyangkal kelayakan Zara memiliki lesen B penuh dan boleh menarik nafas lega.Itu yang asyik melantak aje kerjanya.Senang hatikan.Kalau tak,tadi segala surah dibacanya sebab takut punya pasal.Sampai tercampur-campur,tersalah-salah.Macam jumpa jin pula.Ha,itu kau orang semua tak tengok macam mana minah tu ambil selekoh.Mak aiii...memang mengucap sedikit la Ameer Reza sebab memang Zara buat macam litar.Nak cium jalan tar dah lutut si Ameer itu.Memang mengucap panjang tapi yang lain semua sempurna.Bab menyelit-nyelit celah kereta itu tak payah cakaplah.Ngeri tahap koma beb.Namun,melihat Zara yang mampu bersahaja dan tidak melatah,Ameer Reza membuat keputusan untuk meletakkan satu satunya nyawanya di atas muka bumi ini di atas tangan Zara.Dan hasilnya,dia kini masih bernafas tenang di atas muka bumi Tuhan ini sambil menikmati hidangan sarapan pagi paling enak.

Dan..

Itu jugalah sebabnya mengapa mulut dia tak habis-habis melantak daripada tadi.Ya Allah!Tak ingat dunia langsung.Dia buat macam dalam kereta pula.Kiri kanan tangan penuh dengan botol air dan rotinya.Eee..boleh lagi dia melantak dalam keadaan Zara memecut dengan kelajuan tinggi kerana kelambatannya untuk menghadiri mesyuarat paginya bersama pekerja bawahannya.Bagi Zara pula,tiada yang lebih penting melainkan urusan syarikat dan kerja-kerjanya.Kerana hanya dengan kerja sahaja,dia boleh melupakan segala masalah yang meruntun jiwa terutamanya masalah dengan Pengerusi Menara Kuasa.Nampaknya papanya itu main kasar dengan mengambil keretanya tanpa kebenaran.Jangan dijual sudah!Bukan dia tidak kenal papanya itu.

Kejadian yang sama pernah berlaku ketika di zaman dia baru mencecah 18 tahun apabila dia berjaya mendapatkan lesen B penuh dan dia dengan bahagianya membeli sebuah Kawasaki untuk kepuasan diri sendiri.Baginya,dia memang berminat menunggang kenderaan seperti itu bagi melepaskan tekanan yang dialami dalam keluarganya.Abangnya sendiri memang membebel sakan sewaktu dia mengemukakan hasrat untuk mengambil lesen B penuh namun apabila Zara menunjukkan kesungguhan dan minatnya,abangnya akur malah menolong Zara membeli motorsikal tersebut.Lain pula ceritanya dengan Tan Sri yang mengamuk sakan mendengar berita yang tak pernah dibuat orang tersebut.Boleh nampak asap keluar daripada telinga orang tua itu masa Zara memberitahu perihal motorsikal barunya.Yelah,mana pernah dibuat orang anak gadis meronggeng dengan motor besar.Hasilnya,masa hari pertama dia berangkat ke US lagi,papanya sudah menjual motorsikal tersebut.Geram dengan anak gadisnya yang tidak boleh dikawal langsung!Tapi,memang silaplah mencari fasal dengan Zara.Sebagai adegan membalas dendam,Zara beli motorsikal lain di US.Dan sepanjang berada di sana,memang motorsikallah yang menjadi teman setianya.Muiz juga tahu memandangkan mereka pernah belajar di bawah satu universiti yang sama.Lebih-lebih lagi,mereka bekas kekasih yang pernah hangat menyulam kasih.

Zara semakin memperlahankan motorsikalnya apabila jarak antara lokasi mereka dan lokasi pejabatnya hanya sekadar 800 meter.Dia sempat menoleh ke arah Ameer Reza yang masih lagi melantak dengan bahagianya.Siap mata terpejam lagi kau.Zara sempat menggeleng perlahan sambil kembali fokus di atas jalan raya.Padahal Zara tak tahu.Bukan setakat makanan yang dinikmati Ameer Reza,bau minyak wangi yang digunakan Zara juga turut dinikmati dengan hati yang bahagia.Yelah,duduk di belakang Zara,dengan motorsikal yang bergerak laju,sudah tentu bau haruman Zara nyaman memasuki lubang hidungnya.Bau wangi Chanel versi limited editon sebegitu siapa yang tidak suka.Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu memeningkan kepala.Sedap orang lain membaulah katakan.Membawa Ameer Reza ke awan nan biru yang sentiasa ceria dengan sang men...

Lelaki itu...Where stories live. Discover now