4 'Sayakan love of her life,apple of her eye and king of her heart'

25.5K 686 6
                                    

Bab 4

'Saya kan love of her life,apple of her eye and king of her heart.Tak begitu Zara?'

Mereka makan dalam suasana senyap pada awalnya.Zara menempatkan dirinya di sebelah Ameer Rezza manakala mamanya duduk berhadapan dengannya di sebelah Datin Aida.Dari tadi mata kedua-dua wanita yang hampir separuh abad itu singgah di wajah Ameer Rezza menandakan mereka sedang menilai dan memerhatikan gerangan jejaka yang baru diperkenalkan tadi.Tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka ini.Kesian wanita berdua ni terutamanya Puan Sri.Terkejut dengan perlakuan tidak senonoh Zara ini.

Lain pula dengan si Zara yang memang sedang merancang strategi di dalam kepala.Otaknya dirasakan tepu dan nasi bagaikan pasir yang dikunyah.Hilang segala selera makannya.Sesekali matanya menoleh kepada Ameer Reza yang sedang sibuk mengunyah dan makan di sebelahnya seakan-akan tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.Muka Datin Aida dianalisa dua tiga kali.Sekali-sekala nampak juga muka masam datin itu yang disembunyikan di sebalik senyuman hipokrit apabila pandangan mereka berdua bertemu.Bertentangan mata dengan Puan Sri pula membuatkan Zara tersedak air liur sendiri.Begitulah penangan mata tajam Puan Sri.

"Lah..kenapa tersedak ni?Makan perlahan-lahan sayang,"kata Ameer Reza sambil menghulurkan jus oren yang berada di sebelah kiri pinggan Zara.Zara juga terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja di dengarnya.Makin menjadi-jadi sedaknya sampai tersembur nasi yang dikunyahnya.Hish,tak senonoh betul.Datin pula sibuk berdehem-dehem.

Ameer Reza sehabis mungkin menahan tawanya daripada meletus melihat muka pelik Zara yang memang comel.Lantas tangan kanannya di usap di belakang Zara untuk membantu Zara pulih dari sindrom 'sayang'nya itu.Zara cuba menenangkan dirinya yang sedang bermain api dengan Ameer Reza.Matanya tertacap pada dua orang wanita yang sedang ligat memerhatikan mereka.

Dasar tak senonoh punya jantan.Kot ya pun nak mengusik aku atau nak kenakan aku sekalipun,agak-agaklah.Aku tengah makan kot!

"Hish,tak senonoh betullah you ni.Sampai tersembur-sembur nasi.Hai laNasib baik I sayang you Zara,"Ameer mengutip sebutir nasi yang hinggap di bawah bibir Zara.Berdegup hebat jantung Zara dengan perlakuan berani mati Ameer Reza.Eh,kot ya pun berlakon,janganlah over tau.Dikunyah sebutir nasi itu dan dicubit mesra pipi kanan Zara.Zara hampir mahu pitam dengan lakonan Ameer Reza yang memang ternyata boleh buat peminat menangis!Zara?Hello,sesedap mulut kau aje nak panggil aku apa.Nak aku cili mulut kau tu ke?

"Thanks,"Zara bersuara perlahan,tertunduk malu.Bertambah malu apabila ada dua orang dewasa yang sedang memerhatikan mereka

"Welcome,my sweetcheek ,"jawab Ameer Reza bersahaja sambil meneruskan suapannya.Dalam bersahaja ada sinisnya.Sempat die menghadiahkan satu kenyitan mata sebelum meneruskan suapan nasinya.Baru kini dia ketahui nama gadis itu.Sedap disebut namun tidak sesuai dengan perangai wanita itu yang femininnya entah ke mana.Nama sedap tapi perangai gorilla!

"Min,mama tak kenal pun Ameer Reza ni siapa.Min tak pernah bawa jumpa mama pun,"

Sebaris pertanyaan daripada mamanya membuatkan kunyahan Zara terhenti.Kalau memang dia sedang bercinta dengan Ameer Reza sekalipun ,mama hanya akan berkenalan dengan pilihan hatinya hanya pada hari pernikahannya.Tiada niat di hati mahu memperkenalkan cinta hatinya awal-awal kepada mamanya,khuatir putus di tengah jalan.

"Oo..Busylah ma.Tak ada masa nak kenalkan.Lagipun dah kenal sekarang kan.Dah lama Min kenal Ameer.Dekat setahun jugalah,"jawab Zara sambil menambah air minuman ke dalam gelasnya dan gelas Datin Aida.

Ameer yang mendengar tertawa di dalam hati.Setahun?Sehari pun tak sampai der.

"Oh.Busy betul sampai tak sempat nak kenalkan.By the way,how is the company?,"sempat lagi Puan Sri menyindir nampaknya.Nampaknya Puan Sri tidak terbeli langsung dengan ayat kelentong Zara tu.Nasib kaulah Zara dapat emak ala-ala FBI ni.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now