Chapter 13

620 81 29
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Kebenaran kini
Telah terbongkar
Bersedia ucap
Selamat tinggal?

DUA hari telah berlalu sejak Cikgu Rakesh ditangkap akibat pembunuhan ke atas Cikgu Kokoci. Ramai warga sekolah tidak menyangka seorang guru disiplin tergamak melakukan perbuatan keji itu.

Nooroo : Harap harap lepas cuti ini, tak ada undang - undang baharu bunuh orang kat sekolah.

Terima kasihlah pada Ying yang berani bongkarkan segalanya. Nasib Fang tidak membuat idea gila - gila sehingga membuat majlis kesyukuran.

Gazebo dipenuhi geng Fang serta Yaya dan Ying tepat jam 5:20 petang. Minta kaki sahajalah masing - masing tidak ke padang untuk bersukan.

Kalau Cikgu Kokorikulum nampak ni, mahu dikejar guna cangkul.

"Kenapa panggil kitaorang ni?" Tanya BoBoiBoy, hairan apabila dia dan konco - konconya (Fang dan Gopal dan Iwan dan Bobby itulah) dipanggil ke sini. Orang nak bersukan tahu, tak?

(Oh, jadi tanggapan Nooroo bahawa mereka ponteng sukan ni salahlah. Jap, apa ucapan minta maaf dalam bahasa Jepun? Mianhaeyo?)

Yaya memegang bahu Ying, seolah menyalurkan kekuatan.

Ying tersenyum memandang Yaya sebelum membuat pengakuan. "Aku nak minta maaf."

"Krik Krik, Krik Krik." Kedengaran bunyi cengkerik di sebelah gazebo mereka.

"Eh, bukan kau dah mati ke?" Buat kedua kalinya, cengkerik itu terkena kasut sekolah Gopal yang sudah dua bulan tidak basuh.

"Kenapa kau minta maaf?" Tanya Fang sambil memikirkan kesalahan Ying pada mereka. "Jap, kau ke kencing depan dorm kitaorang tu?"

"Budak ni. Aku dah kata tu kucing Cikgu Maskmana yang kecing." Kata Bobby menidakkan tuduhan Fang yang tidak berasas itu.

"Segala histeria tu, bunyi menjerit di belakang sekolah, bunyi larian. Semua aku buat." Ying membuat satu pengakuan yang mengejutkan semua.

BoBoiBoy, Fang, Gopal, Bobby dan Iwan saling berpandangan sebelum menjerit.

"KAU YANG BUAT?"

BFGB memandang Iwan. Eh, suara dia ke yang garau tadi.

Kepada : Ying

Kalau Ying membaca surat ini, maksudnya akak dah tiada lagi. Akak pun rasa tidak sedap hati malam ni setelah mengetahui yang kawan akak, Moon tu membunuh.

Lagi lagi dapat tahu, akak lah mangsa seterusnya.

11 tahun lalu...

Si hoodie putih itu mengambil pisau dari poketnya, sebelum menikam Iman berkali - kali. Moon tidak sanggup lagi lalu dia memeluk Iman.

"Iman..."

"Mo--- on."

Tapi kalau akak tiada nanti, janganlah marah atau berdendam pada Moon sebab dia baik sebenarnya. Akak sayangkan dia sangat - sangat. Dia selalu ada dengan kakak bila akak susah senang di asrama ni.

"Iman, maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku hilang kawalan."

"Kawan jenis apalah aku ni. Sanggup bunuh kawan sendiri."

Tetiba rasa sakit perut pula. Akak nak ke tandas.

Sayang adik akak

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now