Chapter 11

527 83 16
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Sekarang engkau
Diberi pilihan
Bersediakah engkau
Bongkarkan kebenaran

"DENGAN dukacitanya dari warga sekolah, saya ingin mengumumkan bahawa Cikgu Kokoci meninggal kerana dicekik oleh seseorang yang tidak diketahui."

    Fang termenung mengingatkan pengumuman pengetua semalam. Baru mencecah seminggu empat hari  dia bersekolah di sini, tetapi berbagai peristiwa telah terjadi.

   Semua pelajar kelihatan terkejut mendengar berita tersebut. Nasib tiada pelajar asma yang tidak sesak nafas ketika itu.

   Tidak fasal dihurung ke hospital nanti.

   Sekejap, mati dicekik?

   "Adeh!" Muka Fang tersembam pada meja. Fang menunduk melihat barang yang dibaling ke arahnya.

   Agaklah, kamus dewan bahasa? Patutlah rasa benjol kepalanya.

   Gopal bersiul - siul di antara Amardeep dan Bobby.

   Fang memandang Gopal penuh geram, ini mesti kerja dia. Tidak syak lagi. Tanpa sebarang peringatan mesej, Fang terus membaling kamus itu tetapi terkena Amardeep yang sedang memasukkan buku ke dalam beg.

   "WEY AMARDEEP MINTA MAAF!" Fang berlari menuju ke arah Amardeep yang sudah berdarah hidung. Dia menjeling ke arah Gopal. "Kaulah ni! Tengok aku dah jadi penjenayah."

   "Aku pula. Kau yang baling kamus." Gopal meletakkan kesalahan kembali ke atas bahu Fang.

   "Tak pa, tak pa. Aku tahu aku terkenal. Tak perlu berebut pada aku. Aku tahu aku hen--" Belum habis Amardeep berkata, Fang dan Gopal terus menolak Amardeep menyebabkan Amardeep terlanggar almari.

  "Eee- geli a-- WARGH!" Fang terkejut apabila pintu almari terbuka dan terlihat kelibat Iwan di dalam almari tersebut.

  "Eh, Iwan tu pun kau. Dah lama aku cari. Dahlah, jom kita pergi rehat."

   Mereka berempat melangkah keluar dari kelas. Tiba - tiba Gopal teringatkan sesuatu.

   "Jap, mana BoBoiBoy?"

  Bobby mengusap dagunya. "Oh dia pergi tandas tadi."

...

   "Diorang ni, aku seluruh tunggu tak mahu. Las las tinggal aku seorang." BoBoiBoy merungut sendiri apabila teringat dirinya panik melihat kawan - kawannya sudah tiada di luar tandas.

   "Eh itu kan Ying?" Tanya BoBoiBoy pada dirinya sendiri apabila terlihat kelibat Ying di hujung tangga.

   Telefon di tangan Ying memaparkan satu video.

    "Patut ke aku bagitahu pengetua?"

   Bagitahu.. apa?

    "Kamu jangan pernah nak mengajar saya!" Kelihatan Cikgu Rakesh membawa Cikgu Kokoci ke arah muka pintu sebelum mencekik lelaki tersebut sehingga tersekat nafasnya.

    Kelihatan muka  Cikgu Kokoci sudah menjadi biru. Dia sedaya upaya melepaskan cengkaman Cikgu Rakesh. "Le--lepaska"

   Tidak beberapa kemudian, Cikgu Kokoci jatuh dan rebah ke lantai.

   "Aku--Aku tak bunuh dia!"

   Tiba - tiba, kedengaran pasu yang pecah. Skrin yang  dihalakan ke arah pasu sebelum menjadi gelap.

   "Jadi, Cikgu Rakesh yang bunuh Cikgu Kokoci?" Ying memaling ke belakang apabila terdengar suara BoBoiBoy. Segera dia berlari seperti dikejar pengawas kerana datang lewat ke sekolah.

   "Hei Ying tunggu!" BoBoiBoy mengejar Ying sehingga ke koridor. Nasib bukan koridor bilik guru, kalau tak mahu diheret ke bilik disiplin.

   "Korang nak apa?" BoBoiBoy yang terdengar suara dari sebuah kelas terus menjenguk ke dalam kelas itu.

   Kelihatan tiga orang junior Tingkatan 1 sedang bermain dengan papan oujia. (Papan memuja syaitan /hantu)

AMARAN : ORANG ISLAM DIHARAMKAN BERMAIN DENGAN PAPAN NI KERANA BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM DAN MENSYIRIKKAN ALLAH S.W.T.

   "Apa korang buat ni. Syirik lah!" BoBoiBoy melemparkan papan oujia itu. Anehnya, jari ketiga - tiga junior itu tetap melekat pada butang (?) di atas papan itu.

   "Mereka berdua tak nak lepaskan kami." Kata seorang pelajar bertag nama Sheilda yang sudah menangis.

   "Tolong lepaskan kami." Rayu seorang pelajar lelaki yang sedikit iras dengan muka Sheilda. Kembar mungkin.

   Jari mereka bergerak kepada huruf 'B', 'O', 'L', 'E' dan berakhir pada huruf 'H'

   Lampu di bilik darjah...

   Ceh, ingat orang TNB mahu main elektrik ke? Tidak fasal nanti dihempuk oleh bos mereka.

   Aura di sekitar mereka bertukar menjadi seram sejuk serta - merta. Dua beradik pelajar kembar, Sai dan Sheilda berpeluk ketakutan.

   Tiba - tiba kedengaran suara orang menangis datang dari BoBoiBoy.

   "Abang... Abang okay?" Tanya seorang pelajar junior bernama Retak'ka. Mana tahu, abang senior ini menangis kerana terlalu takut ke.

   BoBoiBoy mengangkat muka dan terbit satu senyuman sinis di mukanya sebelum menterbalikkan meja di sebelahnya.

   Ketika itu, tercatat mangsa histeria baru di Sekolah Asrama Rintis apabila suara BoBoiBoy menjerit kedengaran.

...

    Kelihatan beberapa ustaz tiba di hadapan pintu pagar utama Asrama Rintis.

   "Ini ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rintis?" Tanya Ustaz Leon pada seorang jaga' di situ.

   "Iya, ini sekolahya. Lekas, aku sudah tidak tahan dan gentar dengar pekikan itu." gesa penjaga sekolah itu lalu menyorok di dalam pondok. Eleh, mak cik. Bukan mak cik pergi lokasi histeria tu pun.

    "Asrama Rintis?" Ali berkerut dahi memandang nama sekolah yang terpapar di hadapan sekolah lamanya.

   "Ali, kenapa tak masuk lagi?" Tanya Moon melihat Ali tercegat duduk di hadapan pintu pagar utama.

   Ali memandang Moon dan Viktor.


"Kenapa Asrama Rintis?"
-Ali-

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now