Chapter 7

560 73 5
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

SIASATAN PERTAMA : PENYIASATAN POKOK BERDARAH

   Setelah selesai solat Zuhur, semua pelajar beredar ke kantin atau dorm masing - masing bagi menyiapkan diri sebelum bermula prep 1 jam lagi.

   Kecuali lima manusia ni.

   Setelah selesai solat Zuhur, Fang terus mengajak teman - temannya menyiasat di padang.

   "Nyum, nyum." Gopal yang asyik menguyah roti kacang itu mendapat perhatian Bobby.

   "Kau ni, makan duduklah." Bobby menegur perlakuan Gopal yang biadap itu.

   Gopal terus mencangkung dan berjalan terkedek - kedek mengekori Fang. Bobby hanya mampu menepuk dahi sampai lebam melihat kerenah Gopal.

   Rasa tidak mahu mengaku kawan pun ada.

  " Inilah pokok berdarah tu." kata BoBoiBoy sambil mengusap permukaan batang pokok tersebut. Iwan yang dari belakang Bobby muncul di sebelah BoBoiBoy turut mengikuti perbuatan BoBoiBoy.

   "FANG APA KAU BUAT?" Bobby terjerit sedikit melihat Fang mematahkan serpihan kayu pada batang pokok tersebut.

   Terkeluar darah disebabkan perbuatan Fang tadi. Fang memasukkan serpihan kayu ke dalam sebuah bekas. "Apa?"

   Tiba - tiba, sehelai daun gugur dan daun itu berdarah. Sama seperti situasi yang pernah dilihat sebelum ini, ranting ranting dan pohonnya juga mengeluarkan darah.

   "Ee, pokok berdarah ni dah mula berdarahlah!" Gopal bercakap dengan mulut yang penuh sambil menjauhi 'pokok berdarah' itu.

   "Ehem." Kedengaran suara manusia membetulkan kotak suaranya. "Itu bukan kotak suaranya."

  "YAYA? YING?" Terkejut beruk para lelaki di situlah. Masakan tidak terkejut, ada seorang ketua pengawas sekolah dan...murid biasa di hadapan mereka.

Ying : *nangis di penjuru*

   "Pokok ini pokok jatilah." Fang mengerutkan dahi mendengar kata - kata Ying. Pokok jati?

   "Pterocarpus Angolensis nama saintifik bagi pokok ni

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

   "Pterocarpus Angolensis nama saintifik bagi pokok ni. Kat Malaysia, orang panggil pokok jati. Kalau dekat Afrika Selatan, diorang panggil Pokok Kiaat dan Pokok Mukwa." Terang Yaya sepanjang lebarnya. Muka pendengar masing - masing macam nak tak nak sahaja mendengar.

  " Petiplatipus? Apa benda tu? " Gopal menggaru kepalanyayang tiba - tiba sahaja terasa gatal.

  " Sebab tulah jangan tidur dalam kelas Geografi." Yaya menggeleng mengenangkan sikap Gopal yang asyik membuang air liur ketika cikgu sedang mengajar.

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ