Chapter 5

605 80 22
                                    

Selamat datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

"AAAAAAAAA!"

   Kedengaran jeritan dari belakang kantin yang menganggu sesi pembelajaran. Fang menoleh ke arah tingkap. Suara siapa tu?

   Amardeep mengeluarkan buku notanya. "Mangsa ke 57."

   "Aduh, jadi lagi?"

   Cikgu Papa Zola menepuk - nepuk tangannya. "Hei hei bertenang wahai anak muda!"

  "Mari sini cikgu nak bagi tips untuk bertenang." Cikgu Papa Zola menarik nafas dalam dalam  sebelum menyambung. "Jangan panik."

   "CIKGU!"

   "Wah, sangat membantu." Kata Stanley dengan nada sindiran.

   Fang teringatkan hal semalam. Hari ini, Iwan sudah terlantar atas katil pesakit sebab demam terkejut. Terkejut sangat, mungkin?

   "Oh, tidak tenang lagi, ya? Mari sini kita buat soalan Matematik!"

   Ketika itu, semua murid 3 Cendekia terdiam. Ah sudah. Menyesal tidak ikut nasihat Cikgu Papa Zola tadi.

   "Apa jadi sebenarnya, BoBoiBoy?" Tanya Fang sambil menyalin soalan matematik.

   BoBoiBoy memandang Fang. " Oh tadi tu en? Ala, biasalah. Kalau dalam seminggu, sekurangnya ada tiga orang histeria." BoBoiBoy kemudian menyalin nota. Takut juga kena baling dengan meja oleh Cikgu Papa Zola.

   Tak pun kena jawab soalan Matematik.

   "Tiga orang?" Fang terkejut mendengarnya. Seriuslah?

   "Kau langsung tak takut?" BoBoiBoy menggeleng mendengar soalan Fang.

   "Terlampau takut pada mulanya aku masuk sekolah ni. Tapi lama lama aku doa  harap aku tak kena." BoBoiBoy mengetap bibir.

   "Tapi ada satu benda yang pelik tentang serangan histeria ni."

   Fang berhenti memikirkan soalan Matematik itu. "Jap, benda pelik?"

   "Pelajar histeria tu kebanyakkan pelajar perempuan yang bertocang satu."

   "BoBoiBoy, Fang. Apa kamu ingat ni perpustakaan ke nak bising - bising?" Bobby menyampuk percakapan Cikgu Papa Zola.

   "Tapi cikgu perpustakaan mana boleh bercakap."

   "SHHHH SHHH SHHH." Papa Zola meletakkan jari di atas bibir Bobby. Bobby membuat muka toya. 😑 - _-

   "Sebab kamu membuat mesyuarat tingkap tanpa mengajak cikgu. Cikgu ingin memberikan satu soalan." Papa Zola tersengih minta kaki.

   "Pak Cik Zulhasni ada 3 orang anak. Mak Norliza ada 3 orang anak. Berapakah jumlah anak mereka?"

   "Berapa? Err, 6 lah kan?"

   "3 tambah 3. 6lah!"

   "Jawapannya 6 cikgu!"

   "6, ya? Hahaha. Salah lagi dipersalahkan!" Papa Zola menyangkal jawapan anak - anak muridnya.

   "Habis tu apa jawapan dia cikgu?" Tanya Ying, bingung.

   "Jawapannya 0! Kerana Pak Cik Zulhasni dan Mak Norliza hanya ada anak ayam di rumah mereka." Papa Zola memberikan jawapan yang tidak disangka murid - murid.

   "Aduh, soalan apa ni cikgu?" Amardeep tidak berpuas hati dengan soalan Cikgu Papa Zola.

   "Hahaha. Ini soalan Canggih abad kebenaran. Si--" Percakapan Cikgu Papa Zola disampuk oleh bunyi loceng yang menandakan sekarang sudah masuk waktu rehat.

   "Wey, kita lawat Iwan kat bilik sakit nanti nak?" Cadangan Bobby dipersetujui semua kecuali Gopal.

   "Tapi, aku kena beli makanan banyak banyak." Gopal merungut.

  "Nah." Fang menghulurkan maggi kari. "Jimat duit. Nanti bulan depan kena bayar yuran pula."

   Gopal menyambut maggi kari itu dengan penuh kesenduan.

...

   Sedang mereka mengisi mangkuk plastik itu dengan air panas, Fang terlihat sekumpulan manusia mengerumuni koridor sekolah.

   "Hei kau nak pergi mana, Fang?" Tanya BoBoiBoy apabila melihat Fang menuju ke arah sekumpulan pelajar.

   "BoBoiBoy, giliran kau pula." Gopal menyiku BoBoiBoy yang melihat bayang - bayang Fang menuju ke arah manusia - manusia yang berkerumun itu.

   Fang mendekati kawasan tersebut. Kelihatan pelajar bernama Suzy itu asyik menangis. Badannya diikat supaya tidak berlari ke tidak tentu hala seperti tadi.

   "Semua pelajar sila beredar dari sini. Biar pihak sekolah uruskan perkara ni." Cikgu Quatro, pengetua sekolah tersebut menghalau para pelajar yang mengeremuni Suzy.

   "Sekolah ini lagi menakutkan dari apa yang kau nampak" Fang terkedu mendengar kata - kata Suzy. Kemudian, Suzy menjerit bagaikan terlihat penanggal.

   "Beredar semua!" Kata Cikgu Rakesh dengan ngaumannya yang kuat. Ini kalau singa pun lari tak cukup tanah.

   Fang menuju kembali ke arah kawan - kawannya apabila semua orang turut beredar.

  "Kau pergi mana?" Tanya Bobby. Fang selamba mengisi mangkuknya dengan air panas.

   "Oh, aku pergi dekat banyak manusia tadi." Fang menjauhkan mangkuk dari coway tersebut. Yes, sekarang empat sahabat ni bersedia bersendu makan maggi kari.

   "Eh tak pa ke kalau bawa maggi ni masuk bilik sakit?" Tanya BoBoiBoy, ragu - ragu. Nanti tidak fasal menangis bawah ketiak datuknya kerana disebat oleh akak nurse.

   "Ala. Nurse - nurse semua mesti kasi punya. Ada pun pergi dekat pelajar histeria tadi. Kita nak melawat Iwan kan?" Bobby menenangkan BoBoiBoy.

...

   Iwan yang sedang terbaring lemah sambil membaca buku Geografi untuk menghilangkan ngantuk. Tapi itulah, sama sahaja macam baca kamus.

  " Iwan! " Gopal melambai ke arah Iwan. Iwan mengurut dada sendiri. Aduh, sudahlah suara Gopal lantang dan kuat!

   "Iwan demam kau dah kebah?" Tanya Bobby, prihatin. Iwan membuat isyarat jari yang menunjukkan sedikit.

   Fang menyentuh dahi Iwan. " Nasib baik dah kebah sikit. Huhuhu, sorry Iwan buat kau macam ni."

   Iwan menggeleng sambil tersenyum menandakan dia okay sahaja.

   BoBoiBoy menggeleng melihat tingkah laku Fang. Gopal memutarkan biji matanya.  "Aduh, drama betul landak ni."

  "APA KAU KATA?!"

   "Err tak da papa." Gopal menelan air liurnya. "Ha bercakap pasal semalam."

   Gopal mengeluarkan kamera dari hujung seluarnya.

   Bobby membeliakkan matanya. Gilalah, bawa kamera pergi sekolah. "Lah patutlah aku nampak hujung seluar kau kena ikat dan gelembung semacam!"

   "SHHHH!" Gopal menutup mulut Bobby. Boleh pula dia ni cakap kuat - kuat. Nanti tidak fasal dia dikejar dengan penyapu oleh Cikgu Rakesh.

   "Kenapa Gopal?" Tanya BoBoiBoy apabila melihat Gopal kelihatan seperti ingin memberitahu hal yang penting.

   Gopal menurunkan tangannya dari mulut Bobby. "Ehem, EHEM!"

   "Cakaplah cepat." Kata Fang, tidak sabar ingin mendengar apa yang ingin dikatakan Gopal.

"Aku sebenarnya perasan sesuatu yang aneh dalam video yang aku rakam semalam."
-Gopal-


Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now