Chapter 4

626 83 9
                                    

Selamat Datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

   "Engkau dah gila  ke?" Bobby menolak sekeras kerasnya idea Fang. Ada ke mahu menjelejah tempat puaka itu malam - malam buta begini.

   "Ya, aku serius." Fang memandang empat orang sahabatnya dengan semangat berkobar - kobar. "Siapa nak bantu aku membongkar rahsia sekolah ni?"

   Pada mulanya Iwan mengangkat tangan tetapi menurunkan tangannya kembali apabila Gopal memukulnya.

  "Kalau Cikgu Ra---" Gopal menutup mulut BoBoiBoy.

   Gopal kemudian mengambil buku Peraturan (yang ditulis Gopal sendiri) kepada BoBoiBoy. "Aku rasa kau kena hadam buku ni elok - elok."

   BoBoiBoy mengambil buku itu daripada Gopal sebelum senyap senyap mencampakkan ke dalam tong sampah.

   "Ya." Fang tersengih. "Jangan risaulah, aku kecil kecil dahulu masuk kelab Panaromal tahu tak!"

  "Pada suatu hari, ada seorang nenek--"

   Penceritaannya dipotong oleh satu jeritan.

   "MAMA TAKUT!" Fang sewaktu kanak kanak hingusan berlari dari kelab Panaromal. Takutnya sampai basah seluarnya.

  "Aduh, budak ni. Nak ikut sangat." Kaizo terpaksa meninggalkan kawan - kawannya untuk mendapat adiknya.

   "Yalah tu." Gopal memandang Fang seakan - akan tidak percaya.

  Fang memetik jari. Aha, aku dah dapat idea macam mana nak heret semua sahabat akhirat aku menyiasat ke bilik tayang itu.

   "Korang tak siap lagi kerja Matematik kan? Ha, nanti balik menyiasat ni boleh aku ajarkan."

   "Tak pala--"

   "BOLEH!" Kata Gopal dan BoBoiBoy serentak. Iwan juga mengangkat tangan ceria. Bobby memutarkan biji matanya dan menghela nafas berat.

   Apalah nasib aku dapat kawan kawan macam ni

...

   Gopal membetulkan kameranya. Oh, buat pengetahuan semua, ini merupakan kamera yang dibawa masuk ke asrama ni secara haram.

   Ini kalau Cikgu Rake--

Gopal : DEY NOOROO. SHHH

Nooroo : - _-

   "Saya Gopal a/l Kumaran sedang berada di hadapan bilik puaka Asrama Rintis. Siapa yang melihat video ini, saya ingin menyampaikan wasiat siapkan kerja sekolah Matematik saya m/s 52 buat dalam buku MT1"

   "Apa benda kau merepek Gopal." BoBoiBoy menepuk bahu Gopal yang asyik merakam.

   Iwan memandang ragu ragu ke arah pintu Bilik Tayang 1 itu.

   Fang terkejut. Masakan tidak, kayu yang melindungi pintu Bilik Tayang 1 itu sudah hilang.

   "Macam--"

   Bobby menghela nafas berat. " Jangan risau, benda pelik di sini macam makanan harian bagi penghuni sini."

   "Pasti ke nak masuk?" Gopal terasa berat kaki ingin masuk ke dalam. Kalaulah Fang tak mahu masuk, mestilah dia orang yang paling gembira.

   Tapi itulah, dah hutang nak buat kerja sekolah Matematik TvT

   "Masuk jelah." Gopal terkejut melihat BoBoiBoy, Bobby, Iwan dan Fang telah masuk ke dalam. Tergesa - gesa dia mengekori mereka masuk ke dalam.

   "Teruknya." BoBoiBoy memandang meja yang diterbalikkan dan kerusi yang digantung pada kipas.

   Bobby ternampak sehelai kertas yang terkeluar dari laci almari yang terbalik bersebelahan pintu. Ditarik laci itu keluar. Apa natang yang buat benda ni paparkan dari komputer tu?

(Problem nak letak imej duh)

   "Cuba keluarkan." Gopal yang merakam itu meminta mengeluarkan benda itu.

   Gopal dan Bobby terjatuh apabila dilanggar oleh Iwan. Malang buat Bobby apabila Gopal menghempapnya.

   "Kenapa Iwan?" Gopal bangun apabila tersedar dia terduduk atas Bobby. Bobby segera bangun sambil membetulkan tulang belakangnya.

   Bobby menjeling Gopal menyebabkan Gopal tersengih macam kerang basi.

   "Baik jangan tegur." Fang membisikan kepada mereka. BoBoiBoy menelan air liur begitu juga dengan Gopal dan Bobby apabila melihat kelibat perempuan menangis di penjuru dinding.

   "Kita keluar senyap senyap." Baru sahaja BoBoiBoy ingin membuka pintu, semua kerusi di dalam bilik itu bergerak menghalang pintu tersebut.

   "Apakah." Bobby memandang kembali ke arah kelibat tersebut. Kelibat itu telah hilang!

   "WOAH." Gopal dan Iwan terundur ke belakang. Terdapat tulisan di permukaan pintu tertulis perkataan 'Tolong'.

   Gopal menzumkan tulisan itu menggunakan kameranya. " Apa benda ni?"

   "Gopal, Iwan. Hati - hati!" BoBoiBoy menundukkan kepala dua sahabatnya. Dua buku yang entah datang dari mana terlempar ke  arah mereka.

   "Kita kena keluar dari sini!" Bobby dan Fang merempuh pintu namun pintu itu tidak terbuka.

   "Apa dah jadi?" Fang memandang sekeliling.  Iwan sudah menggigil ketakutan. Tiba - tiba beberapa meja bergerak secara rawak, dan kemudian bergerak ke arah mereka.

   "KELUAR SEKARANG!" BoBoiBoy memberikan arahan segera apabila meja - meja itu bagaikan lembu yang ingin menyondol mereka.

   Gopal dan Iwan segera mecampakkan kerusi yang menyemakkan laluan keluar. Setelah tiga kali, Fang, BoBoiBoy dan Bobby merempuh pintu itu macam nak lari dari menjawab ujian, pintu itu terbuka.

   "Cepat lari!" Mereka berlima lari dari situ.

   Setelah beberapa ketika, pintu bilik tayang 1 itu tertutup sendiri.

" Jangan risau, benda pelik di sini macam makanan harian bagi penghuni sini."
-Bobby-



Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now