Chapter 2

763 87 14
                                    

Selamat Datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

"BILIK 303"

FANG menyusun kasut di luar. Heh, rajin juga aku rupanya. Fang terperasan minta kaki lagi. Dia menolak pintu bilik itu perlahan - lahan.

   "Ya urut situ lagi, Bobby."

   "Ha urut lagi. Kat situ." Kedengaran bunyi orang sendawa.

   Fang mengerutkan dahi. Eh, ada orang buka pusat urut ke dalam bilik ni?

   "Hai, Anneyongtakjualsayur." Fang masuk ke dalam sejurus memberi salam. Seorang pelajar India dan pelajar berbangsa Melayu memandangnya seperti dia seekor hantu.

   Suasana menjadi kekok 5 saat apabila suasana bilik itu menjadi sunyi sesunyi kawasan perkuburan.

  " Hai. Anneyongtaknakbelisayur" Pelajar berbangsa Melayu itu menjawab salam. Dia terus mencuit bahu rakan di sebelahnya.

   "Gopal, mulakan operasi."

   Pelajar india bernama Gopal terus mengangguk dan bangun dari 'pusat urut' (katil).

   "Baik Laksamana Bobby."

   Waktu itu Fang merasakan dia ingin melarikan diri gaya pondan. Aku silap bilik ke?

   Gopal mengambil kertas mahjong dari bawah katil. Fang sudah berdebar. Entah apalah budak ni nak buat kat aku. Nak libas aku guna kertas mahjong tu ke?

  "SELAMAT DATANG BUDAK BARU!"

  Fang ternganga seketika "Apa... kah?"

  Gopal dan Bobby menyanyi mengikut rentak  'Selamat Hari Jadi'. "Selamat datang budak baru. Selamat datang budak baru. Selamat datang ke asrama ini. Selamat datang ke sini."

   "Yeay, ada kawan berambut landak akhirnya!" Berasap telinga Fang mendengarnya.

   "Apa kau kata?!"

   Gopal tersengih. " Maaf maaf."

   Bobby siap beri kad keahlian bilik 303 lagi. "Nah, kamu ahli kelima bilik 303 ni. Bilik paling istimewa!"

   Fang menyambut 'kad keahlian' itu.

   KAD KEAHLIAN BILIK 303
  NAMA :
  KELAS:
  AHLI KE- 5

   Eh?

   "Apa benda... " Belum sempat Fang menyambung ayatnya, Gopal telah menyampuk.

   "Aku Gopal. Lelaki paling terhensem kat sekolah ni." Gopal terkembang hidung memperkenalkan diri. Bobby memutarkan biji matanya. Aduh, malu pula mahu mengaku itu kawannya.

   "Aku Bobby. Ahli kedua. Maksudnya aku budak baru yang kedua masuk bilik 303 ini. Oh kata hai dekat Iwan." Jari Bobby menunding ke belakang Fang.

  "Iwan?" Fang menoleh ke belakang. " WARGH!" Lemah jantungnya melihat Iwan sedang memandangnya sambil melambai tangan berkali kali.

   Gopal tiba - tiba merangkul bahu Fang dan membawa diri jauh dari mereka berdua. " Ada satu perkara yang kau perlu tahu pasal bilik ni. Pertama, jangan pernah ponteng prep. Kedua, kau kena tahu Iwan ni pediam."

   "Assalamualaikum!" Seorang pelajar masuk melalui tingkap di sebelah Fang. (Tingkap diorang itu bukannya berpagar ) Fang terkejut hingga tubuhnya terdorong ke belakang.

   Iwan jatuh pengsan. Nasib jatuh betul - betul atas katil. 0.1 saat kemudian, dia bangun kembali.

   "Masuk ikut tingkap lagi?"

   Pelajar itu tersengih. " Ha'ah. Tadi terserempak dengan Cikgu Rak--"

   Gopal menutup mulut pelajar. "Dey BoBoiBoy. Kau dah sebulan kat sini. Aku dah kata jangan sebut nama Cikgu Disiplin nanti dia datang mari."

   BoBoiBoy memandang Gopal mendatar - _-.

   Sementara itu, Fang menjenguk ke luar. Yalah, ni tingkat 1 kot. Macam mana BoBoiBoy boleh naik tingkat 1. Fang terlopong melihat ada tangga besi disandarkan di situ.

   BoBoiBoy merenung tajam ke arah Fang? . Segera dia mengambil kertas mahjong di bawah katil Fang dan menyanyikan lagu. " Selamat datang budak baru. Selamat datang---"

   "Kitaorang dah nyanyilah. Siapa suruh kau lambat sangat bro." Tegur Bobby.

   BoBoiBoy menggulungkan kertas mahjong dan dicampak semula ke bawah katil. "Lah napa tak cakap awal awal."

   BoBoiBoy menghulurkan tangan. "Selamat datang ke sini." Perlahan - lahan Fang menyambutnya.

   Fang tiba - tiba teringatkan reaksi warga Asrama Rintis apabila ditanyakan perihal bilik ini. " Oh ya kau orang. Kenapa bila aku tanya pasal bilik ni kat orang ramai. Diorang lari?"

   Gopal mendengarnya laju menutup pintu dan menutup tingkap dan selindungkannya dengan langsir. Lampu juga turut ditutup namun kipas tidak kerana takut kepanasan dunia. Serta - merta bilik itu menjadi gelap seketika.

   BoBoiBoy dan Bobby menghelakan nafas berat. Aduh, dah mula dah budak ni - _-.

  " Pada satu zaman dahulu, bilik ni pernah didiami oleh budak macam kitalah. Tapi dua orang pelajar dalam bilik ni mati dibunuh."

   "Dibunuh?" Gerun Fang mendengarnya. Yalah, perkara bunuh ni bukan perkara main - main. Ini melibatkan nyawa seseorang.

   "Ya, dibunuh. Khabar angin mengatakan ada orang selalu kena ganggu bila lalu depan bilik ni. Nampak kelibatlah. Nampak orang menarilah."

   BoBoiBoy menyampuk. " Menangislah."

   "Menari apa bendanya. Menari Oppa Gopal Style?" Bobby terus mengutuk Gopal apabila Gopal tersalah sebut.

  "Tersalahlah. Okay sambung balik. Nampak kelibatlah. Nampak orang menangislah. Sebab tulah ramai tak nak masuk bilik ni."

   "Habistu napa korang masuk bilik ni?" Tanya Fang. Kalau dah berhantu sangat, pasti tiada pelajar didaftarkan di bilik ini.

   "Pihak sekolah anggap tu berita  palsu  yang cuba memburukkan nama sekolah. Sebab tulah diorang tak kisah dengan khabar angin tu." Terang Bobby sebelum menambah satu cerita.

   " Kitaorang ada juga dengar bunyi orang berlari kat sebelah kanan. Padahal kau sendiri tahu kanan ni bukan koridor. Dan ini tingkat 2."

  " Huhuhu. Dah tak da bilik lain dah. Semua dah penuh. " Kata Gopal dengan penuh nada sendu.

   Tiba - tiba lampu dibuka.

  Gopal memandang BoBoiBoy tidak puas hati." Napa kau buka lampu BoBoiBoy. Tak habis lagi cerita ni. "

  "Engkau tak nak sukan ke? Sekarang dah 5:30 petang dah. Kata nak diet." BoBoiBoy menggalas beg bola.

  "SUKAN!" Gopal berlari keluar mendahului BoBoiBoy. BoBoiBoy menggeleng kepala sambil tersenyum kemudian mengekori Gopal.

   "Ha tu almari kosong. Katil kau dekat sebelah katil aku. Atas kau tu BoBoiBoy. Aku gerak dulu en ke sukan. Oh Iwan ada kalau kau nak tanya sesuatu." Bobby menunjukkan Iwan yang berada di belakang Fang.

   Fang berjaya mengawal riak terkejutnya. Aduh, selain pendiam rasanya si Iwan ni pandai kejutkan orang.

   Setelah mengemas barang - barangnya, Fang mengajak Iwan ke padang untuk bersukan.

   Daun melintasi di hadapan pintu bilik 303 itu dan kelibat hitam berlari kemudian menghilangkan diri.

"Bilik ni pernah didiami
oleh budak macam kitalah.
Tapi dua orang pelajar
dalam bilik ni mati dibunuh."
-Gopal-

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now