Chapter 8

525 82 17
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

    DIKALA semua penghuni sedang bersiap mandi untuk ke sekolah, dua orang makhluk Allah S. W. T iaitu Fang dan Bobby menuju ke bilik tayang untuk mengambil semula kamera Gopal

   Yalah, nanti kena curi nanti si Gopal menangis dekat penjuru bilik.

   Sekejap, kenapa Gopal tidak ikut seperti yang dijanjikan?

   Al-kisahnya begini. Fang sudah menggerakkan si anak Kumaran tu seawal 4:00 pagi, waktu semua orang masih melelapkan mata. Boleh pula si Gopal itu tertidur dalam bilik air!

   Nak tak nak kenalah ajak orang lain.

   Bobby memasukkan tangannya di belakang mesin jual air. "ARGH!"

   "MAK!" Terkeluar suara wanita Fang. Fang memukul belakang Bobby. Ish, terus termasuk gen pondan dalam suara aku!

    "Kau kenapa?"

   Kamera yang sudah diambil itu Bobby masukkan ke dalam poket seluarnya. "Lipas."

   "Lipas?" Fang memeluk Bobby. Bukan sahaja peluk malah naik atas baju Bobby.

   "Woi berkedut baju sekolah aku!". Bobby menggelepar macam pesakit kancing gigi. Masakan tidak, baju ni dah digosok sekali gus Ahad lepas. Tepat pukul 1 pagi.

   "Adeh!" Punggung Fang mencium lantai.

   Bobby memeriksa bajunya. Alhamdulilah, tiada berkedut. Bobby kembali menjeling Fang. "Lipas tu dah larilah. Takut sangat dengan makhluk kaki berbulu tu."

   "Apa kau cakap tadi? Sorrylah aku tak dengar. Aku sibuk gosok punggung aku tadi." Fang memandang wajah Bobby dengan wajah tidak bersalah.

   "Ish kau ni, eh--- tu bukan Cikgu Rudy ke?" Bobby menunjukkan ke arah Cikgu Rudy yang membawa fail warna hitam.

   "Ish kau ni jangan tunjuklah." Fang menepis tangan Bobby yang ralit menunding jari ke arah Cikgu Rudy. Macamlah Cikgu Rudy tu artis.

    Heh, aku lagi popular. Sempat lagi Fang berdesis di dalam hati dengan tujuan memanjangkan chapter ni.

    "Kenapa cikgu keluar dari Bilik Tayang 2 tu?" Mata Fang fokus melihat bayang - bayang Cikgu Rudy sebelum kepalanya diketuk oleh Bobby.

   "ADEH!" Fang menjeling Bobby. "KENAPA KAU---"

   Fang ditarik Bobby ke belakang mesin air. Cikgu Rudy yang tadi menoleh ke belakang kembali meneruskan langkah.

   "Dahlah. Jom balik bilik. Bersiap. Dah nak sekolah ni." Bobby menarik tangan Fang (Fang pakai jam) menunjukkan mereka telah lewat.

   Fang mengeluh sambil ekor matanya memerhati kelibat Cikgu Rudy yang semakin jauh.

   "Yalah, jom."

...

   "Merepe--" BoBoiBoy menepis air yang disembur oleh Gopal.

   "Takkan kau tak caya aku." Fang menghirup air milo sambil tajam memerhatikan mereka.

   Iwan mengangguk kemudian menggoncangkan tangan sebelum mendepakan tangannya.

   Gopal memandang Iwan, pelik. "Dey, apa kau cuba buat ni."

   Iwan menyambung makan mihun sup sambil menunjukkan riak 'tak apalah'.

   "Tapi agaklah kau syak Cikgu Rudy ada kena mengena dengan sekolah ni. Belia--". Belum sempat Bobby meneruskan kata - katanya, si anak Kumaran menyampuk.

   "Dia terkenal bagi kerja sekolah banyak - banyak adalah!" Gopal menghentak meja, masih tidak puas hati dengan kerja sekolah Bahasa Inggeris yang bertimbun. Sudahlah tarikh hantarnya lusa!

   Tiba - tiba bunyi cengkerik kedengaran di sebelah meja mereka. Gopal terus mencabut kasutnya dan membaling ke arah cengkerik itu.

Cengkerik : They asked how you are and you said that you are fine but you aren't really fine and you just can't get it because they never und.. *kena baling kasut dengan Gopal dan Nooroo*

   Gopal keluar dari tempat duduknya dan mengutip semula kasutnya. Marilah kita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Encik Cengkerik.

   "Ada kisah silam ke antara kau dengan Cikgu Rudy sampai kau syak sangat dia?" Tanya BoBoiBoy.

   Fang mengangguk dan memandang ke arah Cikgu Rudy yang sedang ralit makan nasi goreng tanpa mengajak sesiapa termasuk kalian readers.

   "Ada (pagi tadi)"

   "Ehem ehem." Gopal berdehem banyak kali.

   "Kau kenapa Gopal berdehem banyak kali. Betullah--" Fang terperasan bahawa muka Gopal pucat sekali.

   "DIA BUKAN DEHEM LAH. DIA TERCEKIK TU!" BoBoiBoy panik menepuk belakang kawannya. Gopal mengeluarkan kembali tulang ayam dari esofagusnya.

   "Ewww."Semua penduduk bilik 3A itu membuat mimik muka kegelian.

   Gopal memandang rakan - rakannya, tidak puas hati." Apa eww eww? Kawan korang juga kan ni. "

  " Ala..  " Gopal memandang ke sana ke sini... Eh, ke kiri dan ke kanan sebelum memperlahankan suaranya. "Kita tengok je video yang rakam semalam tu. Tu sajalah bukti yang ada."

   Mereka semua mengangguk seperti sekumpulan burung belatuk. Ada benar juga si anak lelaki Kumaran ni.

   "KRING!"

   BoBoiBoy panik menghirup sup. "ARGH SUP BELUM HABIS LAGI."

   Iwan membuat bahasa isyarat ( 🤚, *isyarat orang berlari*, 👎) tatkala tangan kanannya menyuap makanan.

  "DEY INI KAU PUNYA PASALLAH FANG."

   "AKU PULA"

   "Dahlah korang, makan cepat."

...

   Malam itu, penduduk bilik 3A merungkai misteri sambil membuat kerja sekolah.

   Skrin kamera memaparkan kegelapan. Suasana masih normal. Hanya bunyi cengkerik dan kadang kadang bunyi kicauan burung hantu kedengaran.

  " Tak da papa pun. "Komen Bobby yang sibuk membuat kerja sekolah Sains yang diajar BoBoiBoy.

  " Faham tak?" Tanya BoBoiBoy kepada 'anak didiknya'. Yalah, mana tahu masuk telinga kanan, melalui mata kanan kemudian melalui mata kiri sebelum keluar dari telinga kiri.

  " Faham faham."

   Selang masa 15 minit, kedengaran suara bisikan bisikan yang kurang difahami. Fang perasan skrin kelihatan kabur kabur putih segera menggerakkan Gopal yang tertidur.

   (Gopal tertidur masa buat kerja sekolah Bahasa Inggeris.)

   "Dey apa kau--"

   Gopal terlompat ke belakang apabila terdengar suara jeritan remaja perempuan sehingga terlanggar Iwan. Nasib baik bagi Iwan apabila dia berjaya mengelak seperti Jackie Chan.

   "Suara apa tu." Perhatian BoBoiBoy teralih pada skrin kamera.

   "Mnoo, jnanaga, ohlgnolat."

   "MOON!"

   Kemudian kamera itu tetiba terpadam.

   Mereka berlima saling berpandangan.

   Siapa Moon?
  

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now