Chapter 1

927 97 30
                                    

Selamat Datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

"LIHATLAH, tu Fang!"

"Argh, kacaknya dia! Berdarah hidung aku."

"Senalizana, aku nak calonkan dia dalam senarai menantu akulah."

Fang mengawal keluasan lubang hidungnya. Aduhai, susahnya menjadi orang kacak ni! Fang tersengih macam monyet minta kaki seterika eh seketika.

"Saya tahu saya kacak dan popular macam ni . Ish macam Aaron Kepala Aziz lah. Tak perlu berebut. Saya beri tandatangan se-- Adeh!" Lamunannya terhenti apabila mukanya menjadi sasaran kunci. Kurang landak betul. Baru sahaja nak berangan dikelilingi ramai peminat.

" Jangan nak beranganlah. " Kaizo menghulurkan kunci loker dan kunci bilik yang jatuh kerana dibaling kepada Fang tadi.

" Jangan lupa benda ni." Kad pelajar Fang dilempar kepada pemilik kad tersebut. Siapa lagi kalau bukan landak.

"Abang ni. Cubalah bagi elok elok." Fang merungut sambil menyimpan kad pelajar ke dalam poketnya. Mungkin sebab nilah abang aku tiada girlfriend tetapi peminat ramai.

Hairan sungguh. 😑

"Dahlah abang nak pergi ni. Jaga diri elok - elok." Kaizo mengusap kepala adik kesyangannya. " Kau kena tahu yang aku, mak, ayah sayang kau."

Ketika itu, Fang merasa sebak di dada. Dia terus mendakap tubuh Kaizo. " Terima kasih, bang."

Orang di sekeliling sampai menutup mulut kerana terharu melihat 'kesweetan' adik - beradik itu. Aku dengan adik aku macam ahli gusti bila terjumpa.

Setelah abangnya meninggalkan Asrama Rintis, baru Fang teringatkan sesuatu.

" Abang punyalah drama lepas itu tinggalkan adik dia terkontang kanting tak tahu bilik kat mana."

Fang membaca nama bilik yang dilekatkan pada kunci bilik tersebut. " Bilik 3A."

Fang menghabiskan masa 20 minit menanyakan warga asrama. Hairannya, ramai seakan melarikan diri apabila ditanya soal bilik itu.

Kenapa diorang ni? Bukannya aku tanya mana rumah Chucky pun.

"Peliknya. Bila tanya bilik 3A, terus diorang lari tak cukup tanah. Apal-- Adeh!" Tatkala Fang merungut mengenangkan sikap warga Asrama Rintis, dia berlaga dengan seseorang.

"Maaf, maaf."

Kelihatan seseorang itu berpakaian kemas seperti gaya seorang guru. Dua kali pandang macam pemilik hati saya (cia cia cia, tiba sahaja). Aduh, kau buat masalah dengan pemilik hati aku, Fang!

Fang : Apa yang  kau merepek ni, Nooroo

Nooroo : *mengenangkan laporan Sains yang tidak siap lagi* Nothing.

"Cik--" Fang membaca nametag di dada cikgu tersebut. "Cikgu Rudy, maafkan saya."

Cikgu Rudy menggeleng. " Tak pa, saya maafkan. Kamu budak baru ke?"

Fang mengerutkan dahi. " Macam mana kamu tahu."

Cikgu Rudy menunjukkan dua beg yang dibawa oleh Fang (termasuk satu beg galas) serta kunci loker dan bilik. Fang tersengih sekali lagi tapi kali ini seiras benar dengan landak.

" Cikgu tahu mana bilik 3A?"

Wajah Cikgu Rudy berubah namun beliau cuba mengawal riak. " Kamu nampak blok B tu? Kamu naik sampai tingkat 2. Dekat tingkat 2 tu yang paling hujung tulah bilik 3 A."

Fang tersenyum. Akhirnya setelah 2000 tahun (20 minit) menjelajah bertanya jalan!

"Terima kasih, cikgu." Fang bergegas ke bilik yang dituju.

Cikgu Rudy hanya memandang kelibat Fang yang berlari macam landak jumpa landak yang lain. Sikap Fang mengingatkan dia pada seseorang.

"Sama macam Ali."
-Cikgu Rudy-

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora