Chapter 10

520 75 16
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Sekarang engkau
Diberi pilihan
Bersediakah engkau
Bongkarkan kebenaran

"APA? Hilang?" Cikgu Kokoci terkejut apabila mendapati fail yang diminta Pengetua Quatro tiada di tempatnya.

   "Kau biar betul?" Cikgu Rakesh menolak Cikgu Kokoci yang menaiki kerusi itu ke tepi. Diperiksa di atas almari itu. Ya, memang tiada.

   Cikgu Kokoci yang pendek mengerang kesakitan. Aduh, sakit punggung aku.

   "Aduh, macam mana ni?" Cikgu Rakesh menggaru kepalanya, kasar. Bagaimana ingin menerangkan kepada Pengetua Quatro nanti.

   Sepatutnya fail itu dihapuskan hari ini tetapi boleh hilang pula.

   "Hmm Hmm Hmmm." Cikgu Kokoci menari gaya Bellie Elish siap dengan berpusing 360° lagi!

   "Woi, apa kau buat?" Cikgu Rakesh menepuk belakang kepala Cikgu Kokoci, menghentikan perbuatan temannya itu.

   "Aduh." Cikgu Kokoci menjeling Cikgu Rakesh. "Hilangkan nervouslah."

   "Beginilah, kita biarkan sahaja. Kita pandailah kelentong Quatro tu. Ada kapal makhluk asing menyerang ke." Cikgu Kokoci kemudian mengeluh sedikit.

   "Lagipun buat apa nak takut dengan kes pembunuhan itu. Itu kes lama kan? Lagipun semua keluarga dah dapat pembelaan bila si pembunuh  tu diheret masuk ke dalam sekolah juvana. Pengetua pun dah palsukan kes tersebut. Kata semua pelajar bunuh diri. Jadi buat apa nak gelabah sangat?"

    Cikgu Rakesh kelihatan menggumam sesuatu sebelum berkata. "Aku rasa kamu..."

   "Aku betul kan? Aku tahu. Dahlah jom jumpa pe--" Belum sempat Cikgu Kokoci ingin menghabiskan kata - katanya, lehernya digenggam oleh seseorang.

   "Ra--"
  
   "Kamu jangan pernah nak mengajar saya!" Cikgu Rakesh memandang Cikgu Kokoci dengan pandangan penuh marah.

   Cikgu Kokoci dibawa ke arah muka pintu. Dia cuba melepaskan cengkaman lelaki yang mencekiknya itu.

   "Le--lepask"

   Sudah terlambat kerana nafasnya sudah berada di kerongkong.

   Cikgu Kokoci jatuh ke atas lantai. Dan ya, terjadi satu pembunuhan di dalam bilik pengetua.

   "Aku-- Aku tak bunuh dia!". Cikgu Rakesh cuba menegakkan benang yang basah. Dia meramas rambutnya. "Aku bukan pembunuh!"

   Kedengaran pasu pecah dari luar bilik pengetua. Cikgu Rakesh segera keluar dan memandang sekeliling, memastikan tiada siapa menjadi saksi.

   Kerana terlalu takut, Cikgu Rakesh meninggalkan bilik pengetua itu.

   Ying yang berada di bawah meja kerani keluar dan memandang ke arah bayang - bayang Cikgu Rakesh yang baru sahaja pergi itu.

   Dia memandang telefonnya. Ya, dia  merakam kejadian pembunuhan tadi.

...

    Tatkala semua orang tengah melakukan aktiviti sukan, penghuni bilik 3A bermesyuarat di gazebo sekolah.

    "Dey, bukalah fail hitam tu." Gopal menggoncangkan tangan Fang, menggesa Fang membuka fail hitam itu.

   Fang menggoyangkan tangannya, cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Gopal.  "Sabarlah. Bukan kau yang pergi bertarung (ambil fail) dekat bilik pengetua pun."

   "Ala, aku sebenarnya nak pergi tapi lapar." Gopal memutarbelitkan fakta. Semua memandang Gopal dengan muka toya - _-. Ya, ya sahaja kau.

   Fail hitam itu dibuka. Terpapar tajuk berita yang menggoncangkan dada.

   PEMBUNUHAN DI ASRAMA M.A.T.A?

   KERANA DENDAM MASA SILAM, WARGA SEKOLAH MENJADI MANGSA.

   PEMBUNUHAN KE 5 ASRAMA M.A.T.A

   PEMBUNUH CUCI TANGAN?

   "Seriuslah semua ni?" BoBoiBoy membelek beberapa helaian surat khabar yang dikoyak berkali - kali.

PEMBUNUH JUNIOR ASRAMA M.A.T.A

Cyberaya- Akibat dendam atas jawatan sekolah tidak berpihak kepadanya, seorang pelajar, Moon Binti Uno, 14 akhirnya diheret masuk ke Sekolah Juvana apabila terlibat dalam kes membunuh 6 warga sekolah Asrama M.A.T.A termasuk ayahnya sendiri...
  
   Sumpah, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

   Iwan pengsan satu saat setelah membacanya.

"Jadi..." Bobby memandang wajah rakan - rakannya. "Inilah kebenaran yang pihak sekolah cuba sorokkan selama ni? "

   Terpapar wajah keenam - enam mangsa pembunuhan di surat khabar itu.

Mangsa pertama, Uno, pengetua Asrama M.A.T.A

Mangsa kedua, Mika, pelajar Asrama M.A.T.A

Mangsa ketiga, Ukaira, pelajar Asrama M.A.T.A.

Mangsa keempat, Zass, pelajar Asrama M.A.T.A

Mangsa kelima, Iman, pelajar Asrama M.A.T.A

Mangsa keenam, Khai, pelajar Asrama M.A.T.A.

   "Cara pembunuhan adalah menikam sebelum mengeluarkan jantung mangsa. Jantung mangsa itu disumbatkan ke dalam mulut mangsa?". Fang membuat mimik muka kegelian.

   "Tapi peliknya, kenapa diorang kata sesetengah anggota badan mangsa ketiga sehinggalah kelima tidak dijumpai?" BoBoiBoy menunjukkan apa yang dijumpainya pada beberapa helaian berita.

   "Eh? Yake?" Fang mengambil helaian berita itu. Ada beberapa anggota yang hilang seperti kepala, jantung dan kaki mangsa.

   Gila, apa yang bekas pembunuh tu buat dengan semua tu?

   Tiba - tiba, kelihatan semua pelajar meninggalkan padang. Ada yang berlari, ada yang berjalan dan ada juga jalan ke belakang kemudian terhantuk pada dinding sekolah.

    "Dey, Nutamahalamaruma. Nak pergi mana tu?" Tanya Gopal pada seorang pelajar yang kelihatan tergesa - gesa meninggalkan padang.

   "Woi panggil aku Nutt!." Nutt memukul belakang Gopal. 

   Gopal menggosok belakangnya. "Aku rasa tulang aku dah patah."

   "Perhatian semua warga Asrama Rintis, sila berkumpul di pavillion (tapak perhimpunan) sekarang." Kedengaran suara Pengetua Quatro berkumandang.

   "Eh kenapa?" Tanya Gopal.

   Fang menggalas begnya. "Kita bincang malam nantilah. Jomlah pergi pavillion."

   "Jap, mana Iwan?" Tanya Bobby apabila kelibat Iwan tidak kelihatan.

   "Belakang kaulah Fang." BoBoiBoy menunjukkan ke arah belakang Fang.

   "WARGH!" Fang terlompat ke hadapan. Nasib baik Nutt menyambut Fang ala drama Korea.

   Fang bangun dan berpura - pura menepuk - nepuk pakaiannya kononnya ingin membersihkan habuk.

   "Dahlah, jom pergi."

   Tanpa disedari semua, terdapat sekeping gambar mangsa kelima di atas meja gazebo. Tidak beberapa lama kemudian, seorang pelajar perempuan mengutipnya sebelum bergerak ke tapak perhimpunan.

"Jadi, inilah kebenaran yang pihak sekolah cuba sorokkan selama ni."
-Bobby-

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora