Chapter 9

555 75 11
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Sekarang engkau
Diberi pilihan
Adakah engkau
Bersedia bongkarkan kebenaran?

   "TRUT... TRUT..."

   Talian disambungkan.

   "Hello Moon. Apa khabar kau sekarang? Makin berisi je tengok."Usik Ali sambil memandang wajah Moon di hadapannya. Ya, mereka bertiga terpisah dengan cermin kaca penjara di antara mereka.

   Sekejap, bertiga? Oh, mestilah ada Viktor. Bak kata pepatah rekaan Nooroo, di mana Ali di situ ada Viktor!

  Moon memandang Ali tajam. Budak ni, nasib aku dah insaf dah! "Kepala otak kau! Makanan kat penjara ni sedaplah."

   Telefon beralih tangan. "Haiya, yalah tu. Entah - entah kau membongkang je masa kena kerja maaa. Meleleh air liur basi."

   "Hish, korang ni." Moon merungut. Rasa macam nak tambah 1 tahun duduk di dalam penjara. Menyampah pula jumpa dua ekor manusia ni.

   Telefon beralih pada Ali pula. "Kau nak keluar lusa kan?"

   "Betullah tu. Aku dah tak sabar nak tengok dunia luar. Pak cik penjara dalam ni bukan hensem pun." Moon menyengih miang seketika.

    Pengawai penjara itu menjeling Moon. Tak guna punya budak! Aku smackdown kau, tak boleh keluar penjara nanti.

   "Habistu kau nak ambil Uncle Raju dekat kedai Mamak Maju tu? Maklumlah taste kau kan ala mamak sikit." Sedang Ali bersembang, tiada siapa perasan kehadiran makhluk berwarna coklat hinggap di seluar Viktor.

   "Hish, dari kau suka Alicia. Penakut tak nak bagitahu dia."

   "Woi mana kau tahu?"

   Viktor yang mahu mengambil telefon dari Ali mengeluarkan suara gadisnya apabila seekor lipas seakan melambai di tangannya.

   "ARGHHHHH!"

  "Woi, woi! Kau dah kenapa? Nanti cikgu dengar pula." Kedengaran suara Bobby dari walkie talkie. Fang cepat - cepat menyambut panggilan.

   "Lipaslah." Fang menjauhkan diri dari lipas itu seperti lipas itu pernah membunuh keluarganya. Hish, shuh kau lipas!

   Suara Gopal menyampuk. "Alah, lipas pun nak takut ke?"

   "Kalau aku letak dalam baju kau, kau menjerit tak?" Tanya Fang dengan dada merombak marah. Ada juga yang meletup dalam pejabat ni nanti.

   "Ala mestilah tak sebab kau bukannya berani nak kutip lipas tu."

   "ISH KAU--"

   "Sudahlah. Fang kau dah masuk bilik pengetua dah?" BoBoiBoy menyampuk sebelum suara Fang mengejutkan kerani yang sedang bersantap di kantin itu.

   Nanti ganggu misi mereka pula. Ya, misi! Sebelum mereka akan diheret ke prep petang ini, mereka terus menghantar Fang untuk mencari rahsia sekolah ini selepas selesainya solat Zuhur.

   Pada mulanya, Fang berniat nak menghantar Gopal. Tapi, Gopal memberikan alasan takut pengsan semasa pembelajaran kelas tambahan nanti kerana tidak makan.

  Iwan? Hrm...  Bukan apalah tetapi nanti tidak dengar suara pula bila diberi arahan. Jangan terasa Iwan.

Iwan : *menangis di  penjuru bilik 3A*

   "Fang, kau dengar tak?" BoBoiBoy menyoal apabila tidak kedengaran suara Fang merespon.

   "Ya, ya. Aku rasa pengetua ternak lipaslah. Ada lipas kat meja dia." Kata Fang separa berbisik sambil menjarakkan diri dari meja pengetua.

   "Mana ada pengetua ternak lipas." Bobby menyangkal teori Fang. Kalau ya pun, mesti kena tangkap ke kelas tahanan sebab bunuh lipas ternakkannya.

  "Fang, cuba kau cari dalam laci - laci ke." BoBoiBoy memberi cadangan.

   "Okay." Fang menerima cadangan BoBoiBoy. Dia menyelongkar laci - laci pengetua.

   Tangan Fang terhenti membelek apabila terperasan buku berwarna putih di dalam laci meja pengetua.

   Entah kenapa dia merasakan ada aura di sebalik buku tu, Fang membelek belek muka surat buku tersebut.

   "Eh ni macam diari pengetua. Gilalah, rajin bebenornya."

   "Apa dia Fang? Kau jumpa apa apa tak?" Tanya Bobby.

   "Jap..." Fang membelek diari pengetua secara rawak sehingga terhenti pada satu muka surat.

Ridzwan, kenapa kau jadi kambing hitam diorang? Ayah dah lama agak kau bukan pembunuhnya.

Tapi terlambat. Ini semua salah si polis yang bodoh tu! Tidak cekap dalam menyiasat dan jadi mangsanya siapa, kau anakku.

Ayah akan balas dendam.

  Eh ni lebih seram dari baca isi hati watak perempuan atau lelaki jahat dalam novel cinta.

    Padah bersandar pada almari pengetua, kepala Fang menjadi sasaran fail hitam. "Aduh!"

   "Kenapa, Fang?" Suara BoBoiBoy dibiar sepi.

   "Kejap." Fang membelek fail hitam yang mengenai kepalanya tadi. "Rahsia gelap Asrama M.A.T.A?"

   Kedengaran bunyi pintu pejabat dibuka, Fang tergopoh - gapah berlari tidak tentu hala. Kalau orang nampak, mesti ditangkap Fang ke Hospital Bahagia.

   "Adeh!" Fang jatuh tersembam apabila kakinya tersadung kaki meja.

   Kedengaran suara Gopal pada walkie talkie. "Fang kau okay tak? Fang?" Walkie talkie itu kemudiannya hilang signal.

   Fang mengerang kesakitan apabila terdapat kesan luka pada pergelangan kakinya. Tanpa disedari, ada satu bayang - bayang mendekatinya.

   "ARGH!"

   Fang mengurut dada apabila lipas itu terbang dan keluar melalui tingkap pengetua.

   "Apa kamu buat kat sini?"

   "AAAAAAAAA!"

   Cikgu Rudy mengorek telinga sedikit, memastikan telinganya tidak pekak mendengar jeritan Fang. "Hei kamu, sudahlah!"

   Mata Cikgu Rudy menangkap ke arah fail yang dipegang kemas oleh Fang. Fail itu segera dirampas dari Fang.

   Fang pula sudah mengetap bibir dan menunduk seperti anak kucing yang takut dimarahi.

    Habislah aku kena marah. Kalau aku tahu mesti aku guna tingkap macam si BoBoiBoy je masuk bilik pengetua (Bilik pengetua tingkat 1) ni.

   Cikgu Rudy mengeluh sebelum mencampakkan kembali fail itu pada Fang. Fang terkejut dan memandang Cikgu Rudy dengan seribu pertanyaan.

   "Kau kena tahu risikonya kalau kau buat benda ni. " Cikgu Rudy meninggalkan Fang di dalam pejabat itu. Fang mengetap bibir, memikirkan 'nasihat' Cikgu Rudy itu.

   Seusai Cikgu Rudy meletakkan fail (jangan risau, tu fail jadual peperiksaan), - - -

SEKEJAP, FANG CEK KITA PERIKSA APA NANTI.

   Kedengaran suara mangsa histeria seterusnya menjerit.

  "Kau kena tahu risikonya kalau kau buat benda ni. "
-Cikgu Rudy-

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum