Prolog

936 95 13
                                    

   "SAYA bantah!" Jenny menepuk meja, tanda protes. Wajah - wajah yang berada di bilik mesyuarat itu dipandang tajam.

   "Duduk, Jenny." Jenny mendengus duduk apabila di'sound' oleh Tarung.

   "Kembali ke misi terbesar kita untuk menukar nama sekolah ni." Kata Quatro, serius.

  Tiba - tiba Kokoci mengangkat tangan tetapi tiada seorang pun menghiraukan. Kerana rasa dipulaukan, Kokoci menurunkan tangannya semula.

  "Apa motifnya?" Tanya Fitt sambil berpeluk tubuh.

  "Seperti korang tahu, asrama ini pernah berlaku lokasi pembunuhan melibatkan banyak pelajar mati." Quatro menunjukkan gambar pelajar yang telah dibunuh.

   "Apabila sebut Asrama M.A.T.A atau Sekolah Menengah M.A.T.A mesti orang akan ingat bahawa inilah sekolah lokasi pembunuhan."

  "Tak tuan pengetua hanya takut kata or---" Quatro memukul meja membuatkan suasana dewan mesyuarat itu sepi.

  "Jadi." Quatro bermain jarinya. "Ada cadangan?"

   Kokoci mengangkat tangan.

  "Bukan kamu Kokoci."

   Kokoci menurunkan tangan kembali.

  "Saya cadangkan Asrama I.R.I.S" cadang Tarung

  "Terlalu agak... Keperempuanan." Komen Quatro sekali pakej dengan mengutuk idea Tarung.

  'Kalau cam tu baik letak Asrama Tengkorak terus' Tarung menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Quatro di dalam hati. Kalau bukan sebab dia yang bayar gaji,  dah lama Tarung campak Quatro ke luar tingkap.

   "Saya cadangkan." Fitt mengangkat tangan. "Asrama Rintis."

   Semua ahli mesyuarat memandang Fitt dan mula berbisik - bisik.

  "Asrama Rintis?"

  "Kenapa pelik sangat namanya?"

  "Entah. Cuba letak nama Asrama Qoim ke. Asrama Wion ke."

  "Kalau nama asrama macam tu boleh letak dalam tong sampah, Kokoci."

   Quatro menepuk tangan berkali - kali sehingga dewan mesyuarat senyap.

  "Baiklah. Kita terima cadangan Fitt tadi." Quatro tersenyum. "Gantikan Asrama M.A.T.A dengan Asrama Rintis."

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now