HY : 49

1K 106 48
                                    

"Aku tumpang bersimpati dengan berita Hotel Rock Bison. Tak sangka, ada orang yang cuba jatuhkan kejayaan puak Silver Snake."  suara granpa kedengaran.

"Ya, kami memang dapat tamparan hebat disebabkan letupan tu. Tapi mujurlah semuanya dapat dikawal."

"Hmm interesting, aku kagum dengan cara korang handle masalah ni.  Dan tak sangka dalam masa yang singkat puak korang berjaya cover semua kerugian.."

"Dalam dunia ni kita haruslah bijak. Lagipun, terima kasih juga pada puak The Kims yang bodoh tu. Kalau bukan sebab duit syarikat mereka yang berjaya kami curi,  mesti Silver Snake dah gulung tikar sekarang. Hahahaha."

Suara gelak ketawa memenuhi ruang radio. Meriah sekali nada itu bergabung.  Namun semua itu malah membuatkan hati seseorang panas!

"Yah! Jadi Silver Snake yang seleweng duit syarikat kita?! Kurang ajar betul!" Seokjin di seat belakang sudah panas hati.

"Sabar hyung, kita kena fokus pada perbualan mereka. Jangan sampai terlepas apa apa info penting." kata Namjoon.

"Jungkook,  kau record kan semua ni?" soal Taehyung si seat pemandu.

Jungkook disebelah mengangguk. Dari awal lagi, perbualan itu sudah dirakam.  Sesekali jari Jungkook membetulkan punat radio bila isyarat tidak jelas.

"Tapi kan, macam mana kita boleh dengar perbualan dorang? Kau pasang spy ke? " soal Namjoon pada Jungkook

"Aniya..kita dapat dengar sebab mini microchip yang dipasang pada Chan Mi. Aku letak chip tu pada semua baju dia, agar mudah kita nak kesan koordinat. Bukan itu sahaja,  cip tu juga berfungsi sebagai microphone. Aku yakin Chan Mi ada dekat dalam. Tapi, dia tak bergerak " kata Taehyung sambil memerhati titik kordinat Chan Mi.

Titik merah itu kekal pada kedudukannya menandakan Chan Mi tidak melakukan apa apa pergerakan.

"Ada sesuatu yang pelik,  sebab tak silap aku,  koordinat ni menunjukkan almari dalam ruang pejabat granpa." ujar Jungkook dengan dahi berkerut.

"Mungkin orang tua tu sumbat Chan Mi dalam almari dan dia kunci?  Jadi sebab tu Chan Mi masih ada di sana." teka Seokjin.

"Hmm boleh jadi. So, apa tindakan kita? " Namjoon mencelah.

"Kita tunggu Silver Snake keluar dan lepas tu kita terus serang. Lagipun, agak berisiko kalau nak serang sekarang sebab Chan Mi masih dekat dalam. Aku taknak mereka apa apakan dia. " putus Taehyung.

Bang!

"Yah! Apa dah jadi?! " Seokjin dan Namjoon terkejut bila bunyi pistol tiba tiba kedengaran kuat di corong radio.

Taehyun dan jungkook pantas membetulakn isyarat.

"Terima kasih sebab banyak bantu puak  kami selama ni.  Rasanya,  cukuplah sampai sini kita berkerjasama. Aku dah tak percayakan kau lagi. Kau ingat aku tak tahu , kau yang bom hotel kami kan? Kau cuba nak jadi pengkhianat ya? Jangan mimpi, kau tak mungkin boleh jatuhkan puak kami. Cukuplah sampai sini saja pengenalan kita, selamat tinggal,  granpa... "

Bang!

Jungkook pejam mata serapat mungkin bila tembakan kedua bergema.

"Si.. Silver Snake..bunuh granpa? " Taehyung tergamam.

"Jangan buang masa lagi,  kita bergerak sekarang.  Seokjin dan Namjoon uruskan puak Silver Snake,  aku dan Taehyung akan uruskan yang lain." Jungkook mula siap sedia dengan senjata.

"Baik!" sebaik mendapat arahan,  mereka semua bersedia.

"Letupkan kereta tu, jangan bagi sesiapa terlepas." Seokjin tegas memberi arahan menerusi walkie-talkie.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें