HY : 5

933 111 1
                                    

Mata bertemu mata. Tajam sekali pandangan mereka bertaut.

Suasana berlagu sepi,  hanya bunyi penghawa dingin kedengaran mengisi sunyi antara mereka.

Chan Mi berdehem bila terasa kekok.  Lelaki dihadapannya masih merenung tajam seolah tiada hari esok.

Peluh dingin mula menghiasi dahi bila lelaki itu tersenyum sinis.

"So, kaulah staf baru Golden's group yang famous tu? Wow..tak sangka, kita dapat jumpa juga akhirnya. " jeda Min Yoongi seraya menghulurkan tangan.

'Nasib baik dia tak perasan.. '

Chan Mi bernafas lega bila penyamarannya berjaya mengaburi lelaki itu.  Dengan senyuman manis, huluran tangan Yoongi disambut mesra.

"Selamat berkenalan Encik Yoongi. Saya gembira kita dapat bekerjasama. Hem..malu lah pulak.  Encik ni dahlah hensem. Aish..segan saya.. "

Itu dia...lakonan Chan Mi telah bermula!

Gadis itu tersenyum simpul seraya menunduk malu bila terus direnung.

Min Yoongi berdehem membetulkan tekak.  Senyuman di bibir bertambah lebar sebaik melihat tubuh Chan Mi.

Mata nakalnya meneroka penuh minat setiap pelusuk tubuh itu.

"Kalau nak bercakap soal kerja,  bukankah ia agak membosankan?  Jadi,  apa kata kita berkenalan dulu?" ujar Yoongi seraya mengelus lembut tangan Chan Mi.

Chan Mi diam tapi dalam hati sudah umpama ribut taufan menyumpah seranah lelaki miang itu.

Bukan dia tak nampak pandangan gatal itu tadi!  Dia tahu semuanya okay!

Tiba tiba,  Yoongi terus menarik kuat tubuh itu kearahnya. Chan Mi yang tidak bersedia terus terdorong ke depan akibat tarikan itu.

Membulat matanya sebaik dia selamat duduk di atas riba Yoongi. 

Pipi Chan Mi mula merah. Perasaan malu dan marah bercampur aduk!

Sumpah dia rasa nak tumbuk muka lelaki itu yang sedang tersengih kambing.

"Kenapa muka kau ni macam familiar eh? " soal Yoongi bila melihat wajah itu secara dekat.

Chan Mi menelan liur dengan gugup.
Nampaknya solekan tebal dimukanya tidak berjaya.

"A..apa maksud Encik?" Chan Mi mengusap lembut dada bidang Yoongi.

Berharap taktik itu dapat mengalih perhatian lelaki itu.

"Aniyaa.. Jangan panggil Encik.  Panggil oppa.." Yoongi menggelang perlahan seraya mengelus pipi gebu gadis itu.

Chan Mi tersenyum bila taktiknya berjaya.  Nampaknya perhatian Yoongi teralih!

Kalau nak tahu,  Yoongilah lelaki yang dia bergaduh dua minggu yang lepas. Gara gara dia terlanggar belakang kereta lelaki itu,  mereka bertekak tiada kesudahan.

Mujurlah waktu itu,  wajahnya terselindung disebalik mask kerana dia selesema. 

"Babee..."

Suara garau itu menyentak lamunan Chan Mi.  Mata Chan Mi jatuh pada wajah Yoongi yang sudah dekat.

Terbeliak mata Chan Mi sebaik Yoongi cuba menyasarkan bibir sucinya.  Tangan lelaki itu naik menekan belakang leher, mahu merapatkan jarak mereka.

"Ehem!  Haus la pulak. Saya nak minum lah."

Tanpa menunggu lama,  Chan Mi terus menolak lelaki itu lalu bingkas bangkit. Minuman yang tersedia disisip perlahan.

Yoongi merengus geram. Merah mukanya bila ditolak.  Egonya tercalar.

Tali leher dilonggarkan sedikit bila terasa panas. Matanya tajam merenung susuk gadis itu.

"Heh...jual mahal kau ya.. " bisik Yoongi sendirian.

Mug dicapai. Yoongi terus menghirup rakus minumannya. Tekaknya yang haus perlu dibasahkan.

Melihatkan itu,  senyuman sinis terbit di bibir Chan Mi. Jeratnya sudah mengena.

"By the way,  saya rasa baik kita bincang hal kerja dulu.  Boleh tak oppa?  Nanti dah siap hal kerja semua ni,  baru la kita boleh naughty naughty..." ujar Chan Mi dengan manja.

Bibir Bawahnya sengaja digigit perlahan sambil merenung wajah Yoongi dengan menggoda.  Sengaja dia berbuat demikian.

Yoongi kelu tidak bersuara. Dia terpesona dengan aura gadis itu.  Hatinya memberontak mahukan Chan Mi.

"Ba.. Baik.."

"Okay! Kalau macam ini ada beberapa fail pasal project dekat Ilsan.. Pasal pembangunan jalan raya yang-"

Gruuughhhhuuuuu~~

Penerangan Chan Mi terbatas dengan bunyi kuat yang terhasil dari perut Yoongi.

Muka jejaka itu merah padam.  Peluh jantan mula memenuhi dahi.

"Ugh! Kenapa pulak ni?  Ah!  Aduh!  Sakit perut.. Babe, sorry.  Aku nak gi tandas jap." kelam kabut Yoongi bangun.

Chan Mi terkebil kebil bila dalam sekelip mata susuk jejak itu terus lesap.

"Gila laju mamat tu lari. Pergh,  dashyat juga serbuk julap ni. Tak sampai seminit boleh cirit dibuatnya." ujar Chan Mi seraya bangun.

Tugas perlu dilaksanakan segera sementara berpeluang. Almari tinggi itu didekati lalu dibuka.

"Gotcha.. Tak sangka kat sini kau sorokkan benda tu." ujar Chan Mi sebaik jumpa apa yang dicari.

Di dalam almari itu,  terdapat sebuah kotak besi bersaiz sederhana.

"5...8..0..2.." penuh teliti Chan Mi cuba membuka kotak besi itu.

Dia cuba mengigat setiap digit password yang diberitahu Jungkook.

Tap!

"Yes!  Berjaya!" Chan Mi tersenyum riang sebaik kotak besi itu berjaya dibuka.

Namun dahi Chan Mi terus berkerut sebaik melihat isi di dalamnya.

"Ci.. Cincin?"

_________________________________________

"Ya, cincin tu berharga bagi puak Silver Snake."

"Tapi kenapa pulak?  Cincin tu biasa biasa je kot. Aku yakin tu cincin lama. Besi buruk macam tu pun berharga ke?  " Chan Mi pandang tepat ke arah Jungkook yang sedang berendam dalam kolam.

Mereka baru pulang dari berjumpa granpa dan menyerahkan cincin itu.

Sekarang, dua sepupu itu sedang menikmati masa terluang dengan aktiviti kegermaran masing masing.  Mereka perlu rehatkan diri setelah penat melaksanakan tugas.

Jungkook menyelak rambut basahnya ke belakang. Dia agak geram sebenarnya bila Chan Mi ganggu ketenangannnya.

"Itu bukan sebarangan cincin lah. Sukahati kau je eh kata besi buruk. Kalau tak tahu apa apa tu,  baik kau diam je." Jungkook menjeling tajam.

"Tapi.. "

"Dahlah,  jangan kacau. Aku nak berenang pun tak senang. Pergi main jauh jauh sana.. " halau Jungkook seraya menyelam ke tengah kolam.

"Haih...mamat ni,  ada jugak yang makan kaki. Dahlah aku yang tolong! Tak guna punya sepupu.  Erghh annoying af."

Wajah bahagia Jungkook yang sedang berenang ditatap tajam dengan hati yang membara.

Dasar sepupu tak guna!

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now