HY : 16

867 110 12
                                    

Matahari mula menyinari kehidupan manusia pada pagi itu. Burung burung pula riuh berkicauan meninggalkan sarang demi mencari rezeki masing masing.

"Amannya pagi ni... " udara segar dihirup.

Mata Chan Mi terpejam rapat menikmati bayu pagi. Rambutnya melentok lembut ditiup angin.

"Kakak.."

Terbuka mata Chan Mi sebaik mendengar suara garau itu. Perlahan Chan Mi menoleh ke belakang. Senyumannya terbit sebaik melihat Taehyung yang sedang mendekati.

"Awalnya Tae bangun. Kakak ingatkan Tae tidur lagi. So,  macam mana hari ni? Feel better?" soal Chan Mi dengan mesra. 

Sejak kes semalam, dia mula melayan Taehyung dengan lembut. Cukuplah apa yang Taehyung lalui,  dia tidak mahu menyakiti jiwa lelaki itu lagi. Biarlah dia yang berubah asalkan Taehyung baik baik sahaja.

Namun soalan mesra itu dibalas dengan renungan kosong. Taehyung langsung tidak memberi apa apa reaksi. Dia terus merenung wajah Chan Mi tanpa kata.

"Ke...kenapa ni? " gugup Chan Mi jadinya.

Lain macam mood Taehyung pagi ni.  Meremang romanya bila ditatap sepasang mata bundar itu.

"Kakak pergi mana malam semalam?"

Zap!

Soalan Taehyung menyentakkan Chan Mi.  Terkedu gadis itu sebaik Taehyung menyoal dengan serius.

"Kakak tak pergi mana mana pun lah.  Ada je kat rumah." balas Chan Mi dengan muka selamba.

Taehyung diam.

"Erk...kakak nak masuk dalam lah.  Sarapan tak buat lagi ni.  Kakak pergi dulu eh.. " Chan Mi cuba mengelak.

Namun belum sempat dia melangkah pergi,  Taehyung pantas menahan lengannya.

"Kakak tipu." kata Taehyung mendatar.

"Mana ada tipu lah!  Betul.  Semalam kakak ada kat rumah je." Chan Mi tidak mengalah.

Mana mungkin dia nak bagitau apa yang dia buat semalam.

"Tae lepaslah.  Kakak nak masuk ni. " Chan Mi cuba melepaskan cengkaman lelaki itu.

Taehyung menurut. Perlahan lengan Chan dia lepas. Tapi anak matanya masih seperti  tadi,  tidak beralih dari merenung wajah bersih gadis itu.

Dia tahu ada sesuatu terjadi semalam.  Buktinya,  dia tersedar hendak ke tandas tengah malam tadi tapi rumah kosong.  Kelibat Chan Mi langsung tiada.

"Kakak masuk dulu eh.. Nanti dah siap, kakak panggil kita sarapan sama sama." Chan Mi mengatur langkah.

"Tae tak suka orang jahat. Tak kiralah apa pun kejahatan yang dorang buat,  Tae tetap tak suka. Dan Tae tak suka orang yang berpura pura baik,  sedangkan di belakang dia lah syaitan." langkah Chan Mi terus mati sebaik Taehyung buka mulut.

Berderau darah gadis itu dengan mesej yang Taehyung sampaikan. Bagaikan panah terpacak tepat pada sasaran,  begitulah apa yang Chan Mi rasa.  Tersentap hatinya dengan ayat pedas lelaki itu.

"Tae.. Kakak.. "

"Kejahatan dibalas kejahatan,  ianya salah kakak. Itu tak betul. Omma selalu pesan pada Tae. Omma kata, dalam hidup ni,  kita jadilah seperti pokok.  Walaupun dibaling batu,  tetap dibalas buah.  Walaupun orang buat jahat pada kita,  abaikan.  Dan buat lah kebaikan selagi masih bernyawa." sejurus itu,  Taehyung terus berlalu pergi.

Chan Mi terkedu. Susuk Taehyung yang sudah menghilang ke dalam rumah dipandang sepi.

"Huh... " kedua tapak tangannya direnung,  senyuman sinis terbentuk di bibir.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now